Tempahan Kereta Sewa di Kota Kinabalu Harga Cun Giler - BEN ASHAARI

Tempahan Kereta Sewa di Kota Kinabalu Harga Cun Giler



Mungkin ada di antara anda semua sudah ada yang merancang untuk pergi holiday pada 2019 dan 2020. Atau anda masih lagi memikirkannya. 2019 sebenarnya masa yang cukup sesuai untuk anda pergi bercuti tenangkan minda anda. Tapi di manakah destinasi yang paling sesuai ya...


Sabah. Ianya terletak di kawasan Borneo. Tempat yang di syorkan pada anda untuk bercuti. Ini kerana Sabah mempunyai tarikan pelancongan yang semula jadi. Tidak dengan itu sahaja, kepelbagaian budaya dan etnik di Sabah juga menjadi salah satu sebab mengapa penduduk dunia tertarik dengan negeri di bawah bayu itu.


Di bawah ini ialah senarai tempat menarik di Sabah sebagai panduan untuk anda merancang percutian ke Negeri Di bawah Bayu ini.

Tempat menarik di Sabah Yang Patut Anda Kunjungi Sebelum Menyewa Kereta

Kota Kinabalu adalah ibu negeri Sabah. Dahulunya dikenali dengan nama Jesselton. Di sini terdapat banyak tempat-tempat pelancongan yang menjadi tarikan pelancong. Antara tempat menarik di Sabah yang boleh dilawati ialah:

1. Pasar Filipina
Amat popular untuk pelancong mendapatkan barangan cerderamata atau kraftangan seperti, mutiara, butang baju melayu, keychain, rantai, dan segala jenis aksesori wanita. Menariknya, semua murah-murah.


2. Desa Cattle Dairy Farm
Desa Cattle Dairy Farm ini juga digelar sebagai New Zealand Kecil negeri Sabah kerana panorama sekelilingnya yang kelihatan seperti di negara orang Maori itu. Pemandangan ladang lembu ini sangat menyejukkan mata dengan kehijauan rumputnya yang seluas pandangan mata.


3. Pulau Selingan
Untuk menuju ke Pulau Selingan ini, anda perlu menaiki bot dari Sandakan yang memakan masa 50 minit merentasi Laut Sulu. Setibanya di sini nanti anda dapat melihat kepelbagaian flora yang terdiri daripada hutan bakau, pokok lantana dan lain-lain lagi.


4. Masjid Kota Kinabalu
Merupakan masjid kedua terpenting di Kota Kinabalu selepas Masjid negeri di Sembulan. Kos pembinaan Masjid Kota Kinabalu ini adalah 34 juta ringgit. Seni binanya diinspirasikan daripada Masjid Nabawi yang terletak di Madinah. Juga digelar sebagai Masjid Terapung kerana dikelilingi oleh lagun buatan manusia. Bukan itu sahaja, masjid ini juga agak lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti mesin ATM, klinik penjagaan paliatif, 3 buah madrasah dan ladang ikan.


5. Pulau Mabul 
Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Sabah. Pulau ini kecil, melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin. Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan aktiviti scuba diving. Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot. Terdapat pelbagai hidupan eksotik di kawasan scuba seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam dan rumpai laut.


Wah!! Banyaknya Tempat Menarik Di Sabah! Bagaimana Pula Dengan Penginapan?

Sepatutnya anda tidak perlu runsing mengenai penginapan di Sabah ini. Ini kerana ianya terlalu banyak samada anda mahu tinggal di hotel, apartment mahupun homestay. 

●  Borneo Homestay Murah By Sumandak SabahBorneo
Homestay Murah terletak di Telipok, Kota Kinabalu, Sabah. Jika anda mencari tempat penginapan yang strategik, inilah tempatnya! Ia terletak di tengah-tengah tempat-tempat menarik untuk dilawati di Sabah seperti Gunung Kinabalu, Kundasang, Mengayau Kuday dan Sepilok Sandakan di mana anda boleh melawat pusat konservasi orang utan. 


Apartment ini mempunyai 2 bilik dan boleh memuatkan 5 tetamu. Lengkap dengan perabot dan peralatan lain, anda juga akan ada akses swimming pool. Antara aktiviti menarik berdekatan yang boleh dilakukan ialah paragliding di Kokol Hills, menunggang kuda di Shahbandar Tuaran Cowboy Town dan melawat Jambatan Tamparuli..

Little Hut
Jauh dari hiruk-pikuk bandar, The Little Hut menawarkan chalet dengan nama-nama ‘catchy’ seperti ‘Unbreak My Hut’, ‘Hut Leluyaa’ dan ‘Hut Attack’ dengan kapasiti berbeza-beza bagi pilihan penginap. Chalet ini menawarkan penginapan dengan kapasiti untuk 2 ke 5 orang dengan harga yang berbaloi. Dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang megah, mungkin agak mencabar untuk sampai ke chalet ini, namun sangat berbaloi pada akhirnya terutama bagi pengunjung yang gemarkan suasana perkampungan.


Terletak di Kampung Mesilau, pengunjung boleh bersiar-siar di sekitar kampung dan melihat kehidupan harian penduduk tempatan di sini. Seperti penduduk lain yang bercucuk tanam, chalet ini juga mempunyai kebun sayur mereka sendiri buat kunjungan pengunjung. The Little Hut juga strategik kerana terletak tidak jauh daripada tarikan pelancong seperti Taman Mesilau dan Desa Dairy Farm.

Hounon Ridge Farmstay
Hounon Ridge Farmstay adalah lokasi terbaik pagi pelancong yang suka berkhemah atau menginginkan penginapan dengan landskap yang indah. Walaupun perjalanan ke kawasan ini agak mencabar, tetapi pasti akan terubat dengan keindahan latar belakang semulajadi di sini.


Bertempat di  Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, keunikan farmstay ini ialah kemudahan bagi pengunjung untuk bermalam di dalam khemah di tapak perkhemahan yang disediakan. Pengunjung juga boleh mengadakan aktiviti BBQ  di kawasan yang tersedia. Selain hotel, ada juga disediakan penginapan berkonsep hostel sebagai pilihan buat pengunjung.

● North Borneo Biostation Resort  
North Borneo Biostation Resort di Kudat , Sabah ini memang salah satu resort tepi pantai yang menarik untuk anda luangkan masa di sini. Bukan saja dapat bermalam di resort yang unik, anda juga boleh nikmati keindahan suasana Pantai Bak Bak, Kudat. Pantainya memang menarik dan anda tak akan menyesal datang ke sini!


North Borneo Biostation Resort letaknya di hujung utara Borneo iaitu di Kampung Bak-Bak. Menghadap laut China Selatan, keindahan Pantai Bak Bak berhampirannya sungguh menarik hati. Suhu persekitarannya pula menyamankan iaitu sekitar 29-30ºC. Sekelilingnya dipenuhi pokok kelapa dan pokok-pokok lain.

● Skyville Zen Resort Kundasang
Dengar sahaja perkataan ‘zen’, anda tak perlu risau tentang kenyamanan atmosfera yang ditawarkannya. Kalau anda nak tahu, ‘zen’ yang berasal daripada bahasa Jepun ini membawa maksud ‘meditasi di tahap tertinggi.’ Inginkan fikiran yang setenang ini? Menginaplah di Skyville Zen Resort, Kundasang.


Dikelilingi oleh ketenangan alam semulajadi yang menyegarkan dalam suasana yang  dingin Skyville Zen Resort, Kundasang, menginap di sini dapat membawa anda sekeluarga bersatu dengan alam.

Bila Tiba Di Sabah, Naik Teksi Atau Sewa Kereta? Mana Yang Senang ?

Pengangkutan adalah menjadi masalah utama bagi mereka yang bercuti di Sabah ini. Bayangkan jika anda menaiki teksi dari Kota Kinabalu hendak pergi kundasang. Perjalanan anda akan mengambil masa selama 2 jam. Pasti akan melibatkan kos yang banyak memandangkan di Sabah tiada pengangkutan awam yang lain seperti komuter, LRT dan sebagainya.

Namun jika anda memilih untuk menyewa kereta, anda dapat menjimatkan kos perjalanan anda selain ia memudahkan anda pergi dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

#1 - Boleh Menaiki Bila-Bila Masa | Kereta Sewa Sabah
Anda tidak perlu tunggu lama untuk teksi, grab car dan pengangkutan yang lain. Dengan menyewa kereta sewa anda boleh terus menaiki kereta pada waktu yang anda inginkan. Ada masanya kita hendak cepat tetapi tiada pula kenderaan, tanpa disedari urusan kita juga tergendala. Pasti anda tidak mahu hal yang sedemikian berlaku!


#2 - Selesa Dan Mempunyai Ruang Privasi | Kereta Sewa Sabah
Mengambil kereta sewa dan menggunakannya sepanjang tempoh anda berada di Kota Kinabalu memberi keselesaan kepada anda dan keluarga atau kawan-kawan. Anda boleh berehat di dalam kereta, berbual, makan dan melakukan apa sahaja. Pendek kata, anda mempunyai ruang privasi untuk anda dan keluarga anda sendiri.


#3 - Boleh Membawa Barang-Barang Tanpa Had | Kereta Sewa Sabah
Anda boleh membawa barang-barang personal anda tanpa had sekiranya menaiki kereta sewa. Sekiranya menaiki kenderaan awam, pasti amat berat dan sukar untuk anda membawa barang yang banyak, berat dan sebagainya.


Tempahan Kereta Sewa di Kota Kinabalu Harga Cun Giler Dengan N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd

Pastinya anda tercari-cari di manakah anda boleh mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang tip top dari segi kondisi, keselesaan, kebersihan, keselamatan dan prestasi kereta yang mantap tapi dengan harga yang murah? Anda berada di tempat yang betul. N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd menawarkan anda Kereta Sewa di Kota Kinabalu dengan harga yang cun giler. 


Anda pasti tidak akan mempercayainya. N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat sewa kereta kota kinabalu nombor satu Malaysia yang berpangkalan di TINGKAT 1 KEPAYAN PERDANA COMMERCIAL CENTRE, JALAN LINTAS KOTA KINABALU, SABAH. Ia 100% syarikat milik bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Kementerian kewangan Malaysia.
Tempahan Segera dalam Talian 

Anda boleh menempah terus kereta anda dalam talian dan mendapatkan pengesahan dalam hanya beberapa minit. Tiada lagi proses tempahan manual yang merumitkan. Dan anda tidak perlu lagi menunggu 24 jam untuk mendapatkan pengesahan.


Pengambilan Percuma 

Mereka  boleh menjemput anda di destinasi yang paling mudah untuk anda. Pilih daripada lokasi pengambilan dan penghantaran utama: Lapangan Terbang Kota Kinabalu.


Kadar Sewa Kereta Bajet Dari Kereta Sewa Kota Kinabalu

N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd tidak menambah kadar caj untuk bayaran komisen dan perbelanjaan tambahan. Oleh sebab itu mereka dapat menyediakan anda dengan kadar sewa yang paling berpatutan di seluruh bandar ini.


Jenama Tempatan dengan Perkhidmatan Bertaraf Antarabangsa dan Kelebihan N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd

Mereka tidak mempunyai kereta berjenama popular seperti Avis, Hertz, atau kereta Eropah yang lain. Tetapi apa yang membezakan mereka adalah perkhidmatan premium yang di beri kepada anda. Selain daripada menyediakan anda kereta yang berkualiti, mereka  juga memenuhi permintaan khas anda yang akan mencipta memori perjalanan anda yang indah ketika bersama dengan mereka.


Cara Buat Tempahan  Kereta Sewa Online / Website di www.nhtraveltours.com

Layari Website www.nhtraveltours.com
Anda boleh melayari laman web www.nhtraveltours.com walaupun menggunakan telefon bimbit atau pc sekalipun.  Laman web www.nhtraveltours.com mudah difahami dengan gaya bahasanya yang ringkas, padat dengan maklumat yang jelas dan terdiri daripada bahasa Inggeris bagi tempahan kereta sewa N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd. Anda boleh buat tempahan kereta sewa online nhelzyrentacar di bahagian  yang disediakan.


● Cari tarikh perjalanan dan lokasi pick-up anda
Pilih maklumat tempat pengambilan kereta, tempat penghantaran kereta berserta tarikh dan masa yang boleh anda tetapkan. 


Pilih Kereta Sewa Idaman Anda
Anda boleh buat tempahan kereta sewa online dengan memilih kereta yang sesuai bagi kegunaan anda dan keluarga.  N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd menyediakan pelbagai jenis kereta sewa yang berkualiti, cantik dan bersih yang terdiri daripada banyak jenama kereta yang eksklusif pada kadar murah dan berpatutan untuk anda tempah. Mudahnya buat tempahan kereta sewa online kerana anda boleh memilih jenis kereta dan harga yang telah dinyatakan secara keseluruhan. Setelah itu pilih kereta anda dengan mengklik butang “book Now”.


Pilih Add-on (pilihan)
 Jika anda tidak berminat untuk menambah apa-apa add-on, hanya klik butang terus.

●  Isikan maklumat
Anda perlu mengisi maklumat anda sebagai pemandu di ruang yang telah disediakan seperti yang diminta.  Selepas selesai melengkapkan maklumat diri, anda boleh terus menekan ‘Continue’ bagi meneruskan pembayaran.


Buat Pembayaran Tempahan Kereta Sewa Online
Anda akan  ke billplz gerbang pembayaran untuk pembayaran deposit. masukkan kod baucar diskaun 'profhariz' bernilai RM20. Setelah itu, Anda akan menerima maklumat tempahan kereta sewa di Kota Kinabalu anda sebagai bukti pembayaran dan rujukan untuk pengambilan kereta kelak. Simpan nombor tempahan dan anda sudah bersedia untuk pergi.


Senarai Kereta Sewa di Kota Kinabalu dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd

Antara kereta yang terdapat di N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd ialah :

Axia 1.0 (A)

Sehari: RM 120
Mingguan: RM 714
Bulanan: RM 1800

Myvi 1.3 (A)

Sehari: RM 130
Mingguan: RM 773.50
Bulanan: RM 1950

Saga FLX 1.3 (A)

Sehari: RM 130
Mingguan: RM 773.50
Bulanan: RM 1950

Bezza 1.3 (A)

Sehari: RM 140
Mingguan: RM 833
Bulanan: RM 2100

Alza 1.5 (A)

Sehari: RM 190
Mingguan: RM 1130.50
Bulanan: RM 2850

Vios 1.5 (A) 
Sehari: RM 210
Mingguan: RM 1249.50
Bulanan: RM 3150

Avanza 1.5 (A)

Sehari: RM 220
Mingguan: RM 1309
Bulanan: RM 3300

Innova 2.0 (A)
Sehari: RM 260
Mingguan: RM 1547
Bulanan: RM 3900

Innova NEW 2.0 (A)

Sehari: RM 300
Mingguan: RM 1785
Bulanan: RM 4500

Hilux Revo 2.4 (A)

Sehari: RM 350
Mingguan: RM 2082.50
Bulanan: RM 5250

Fortuner 2.4 (A) 

Sehari: RM 550
Mingguan: RM 3272.50
Bulanan: RM 8250

Vellfire 2.4 (A)

Sehari: RM 700
Mingguan: RM 4165
Bulanan: RM 10500


Testimoni Kereta Sewa Di Kota Kinabalu Dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd





Jom Tempah Di N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd Sekarang!!

So bagaimana? Menarikan harga-harga dan kelebihan yang ditawarkan di N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd. Untuk info lanjut, anda boleh layari maklumat di bawah ini.


Telefon
Hotline 1 : Tekan untuk telefon (013-8658484) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2 : Tekan untuk telefon (013-5599261) | Tekan untuk WhatsApp
Pejabat : Tekan untuk telefon (08-8258484)
Facebook: @nhelzyrentacar
Instagram: @nhrentacar


Alamat:
N HELZY RENT A CAR & TRAVEL SDN. BHD. ( 1169312-V )
Lot C18-2, 1st Floor, Kepayan Perdana Commercial Centre, Jalan Lintas, 88200 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia



1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.