Membina kenangan terindah bersama keluarga di bulan Ramadan.

Alhamdulillah... saja je aku nak bagi mereka satu kenangan supaya mereka ingat bila dewasa nanti seterusnya menerapkan pula pada keluarga mereka nilai nilai kekeluargaan sebegini. Aku sendiri pun mencontohi keluarga lain. Satu contoh positif ! Dan ada banyak lagi contoh contoh positif di bulan puasa yang mulia ni yang kita boleh ikut... kan kan ? 

Seronok. Dan Alhamdulillah , semakin banyak masjid yang mesra kanak kanak seperti di tempat aku , Bandar Baru Sepang yang mana kanak kanak boleh bersolat disisi ayah mereka tapi perlu diasingkan ketika zaman kanak kanak aku dulu.. 







Santai dan selesa. Tak perlu banyak banyak makanan ketika berbuka. Nak tunaikan Maghrib pun selesa jer. Makan kurma dan sedikit kuih muih. Kalau lapar nasi atau makanan berat , tunggu lepas tu. Gi makan berat sedikit pastu tunaikan Isya' dan juga Tarawih. Senaman dan bakar kalori juga tu. Heeee..



1 ulasan:

  1. Bestnyaa suasana macam ni...kalau di Johor ni..mesjid pun dah macam buffet Ben huhuhu...
    Teringin juga nak berbuka di Mesjid..tapi sebab Suami takde, jadi tak selesa plak kalau dengan anak-anak aje...one day...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.