Memori kena marah menganggu Qhaliff rupanya !

by - Jumaat, Mei 10, 2019

Membesarkan anak anak di zaman sel otak berhubung di usia 1 tahun bukanlah mudah. Yelah , sekarang ni pelbagai makanan yang berkhasiat ada di pasaran terutamanya susu susu untuk ibu mengandung bagi memastikan anak mereka cerdik dan pintar sejak di dalam perut  lagi ! Nah, kesannya memang  ramai tak perasan tapi sebenarnya , mereka berbeza sangat dah. Seingat aku la... ketika aku seusia Qhaliff yakni 7 tahun , aku ni macam kanak kanak riang tapi tidak pada Qhalif... pemikiran mereka dah berada di luar kotak ! 


Sesungguhnya aku tak jangka sama sekali apa yang diberitahu pada ibu Qhaliff kepada aku. 

" Qhaliff tak boleh nak belajar sebab memori Qhaliff ni. Masih teringat Qhaliff kena marah dengan Daddy ngan ibu. ".

Ketika tu aku baru nak menjamah makanan berbuka aku. Terus aku panggil Qhaliff duduk di depan aku. Ajak makan sekali walaupun dia tak berpuasa. Aku tanya pada dia , benarkah ? Sesungguhnya bukanlah aku nak marah tapi setelah berkali kali menyuruh dan meminta dia melakukan apa yang aku perintahkan tapi dia buat endah tak endah. Sebenarnya aku tau dah di mana kelemahan aku tu. Silapnya , ketika menyuruh tu.. aku kena bangun sekali dan buat bersama dia. Tak boleh main bagi arahan gitu jer. Memang dia takkan buat ! Aku pulak , ketika menyuruh tu dok menaip di laptop. Memang tak bergerak la budak tu ! Tak pe.. pasni sama sama berubah ! 

Aku suruh dia bersiap. Ajak pergi bertarawikh bersama sama dengan aku di masjid. Dia pun suka pergi. Best katanya. Aku tau kenapa best. Lepas solat sunat tu , dia akan ajak singgah di restoran mamak. Pastu leh makan ayam goreng kegemaran dia. 

Dan satu yang aku tak sangka sama sekali... dia mengira rakaat yang dia kerjakan. Memang menanti rakaat ke 8 rupanya ! Aku ingatkan dia tak kira ! Hahahaha.. Cukup 8 , dia pandang aku. Aku bagi tanda ' nanti dulu ' pada dia.  Dia pun terus sabar menanti. Aku memandang dia tanpa dia sedari. Hurmm..Besar dah rupa dia.

Teringat kata kata dia.. Selepas azan Isyak , ramai jemaah berdiri untuk solat sunat Rawatib. Dia tanya pada aku. Kenapa diorang solat tu tapi dia tak ? Aku kata tu solat sunat... 

" Oooo.... solat tu untuk orang dah sunat eh ? ". Tergelak aku dengar. Terus aku usap kepala dia dan terangkan kepada dia..  Senyum dia. 

You May Also Like

2 comments

  1. Hihihihi...solat untuk orang dah sunat ya Qhaliff..begitulah anak-anak dan kanak-kanak..

    BalasPadam