Pandu-Lalu McDonald's bantu mereka yang tidak berkesempatan dan yang mempunyai gaya hidup yang sibuk !

Bagi mereka yang senantiasa sibuk atau tidak ada masa nak singgah makan di mana mana restoran mahupun mereka yang berkeluarga besar , takut nak singgah restoran kerana bimbang restoran akan haru biru , kewujudan pandu lalu di McDonald's atau  'drive thru' amatlah melegakan insan insan ini terutamanya aku ! Heeee..Anak-anak tengah melasak. 

McDonald's memahami kehendak pelanggan mereka yang senantiasa sibuk ni. Maka tahun ini McDonald's mensasarkan lagi pembukaan 20 restoran pandu lalu. Buat masa ini sebanyak 167 buah restoran pandu lalu Mcdonald's di seluruh Malaysia. Penggunaan pandu lalu adalah mudah dan efisien selain bersifat praktikal dan juga menjimatkan masa ! 

Dan pastinya McDonald's sekarang ini lebih kelihatan mesra pelanggan dan ceria. Yang penting, laju buat kerja..kan kan ?


Dan berita terkini lagi sensasi ialah..  McDonald's Malaysia telah berjaya memecahkan rekodnya sendiri... rekod yang diciptanya pada 2008 di dalam Malaysia Book Of Records bagi 'Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam tempoh 24 Jam'. Rekod lama ialah 18,677 dan rekod baharu ialah 164 235 buah kenderaan. Satu pencapaian yang membanggakan. Tahniah buat mereka  ! Untuk pengetahuan , rekod pada tahun 2008 di mana 18,677 kenderaan telah pandu lalu restoran McDonald's di seluruh negara bagi tempoh 3 jam bermula jam 12 tengahari hingga 3 petang ! Bukan 24 jam !



"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikandan   menjayakan   ‘Cabaran   Hujung   Minggu   Pandu-Lalu’   McDonald’s   baru-baru   ini.   Ia   merupakan sesuatu yang amat bermakna buat kami apabila mendapat sambutan daripada pelanggan bersama keluarga mereka untuk cabaran ini,

Kami telah menyaksikan kejayaan yang cukup memberangsangkan selama 15 tahun bagi program kesetiaan Pandu-Lalu VIP McDonald’s, dan kami akan melaksanakan lebih banyak inisiatif lagi untuk pelanggan kami menerusi program ini pada masa hadapan dan pada masa sama meningkatkan lagi kecekapan operasi kami. 

Kami komited untuk mengekalkan kepimpinan pasaran kami pada hari inidan yakin bahawa kami mampu memenuhi keperluan pelanggan dengan pelbagai pilihan citarasamakanan pada bila-bila masa apabila mereka ke McDonald’s,” kata Azmir.‘Cabaran  Hujung  Minggu  Pandu-Lalu  McDonald’s’   melambangkan kemampuan  McDonald’s untuk menguruskan segmen  perniagaan   yang   semakin   berkembang   ini.   Selain   itu,   McDonald’s juga menjangkakan 10 hingga 15 peratus peningkatan jumlah kenderaan yang melalui restoran-restoran Pandu-Lalu McDonald’s pada masa hadapan berdasarkan perkembangan pesat segmen perniagaan ini ". 

- Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia , En.Azmi Jaafar




Sememangnya amat mudah menggunakan Pandu Lalu McDonald's ni. Kalau aku nak bersantai dengan anak anak tanpa perlu sakit kepala , maka aku masuk ke pandu lalu jer. Jika nak lepak lama sedikit , aku masuk ke dalam restoran. Aku suka ayam dia yang pedas tu. Kelmarin cuba nasi McD.. best ! 

Pilihan yang menarik di depan mata. Sediakan duitnya saja. Heee..  Tempah , bayar dan amik makanan kita ! Senang , kan ? 


“Segmen perniagaan Pandu-Lalu telah menyumbang pertumbuhan yang cukup signifikan sejak restoran Pandu-Lalu pertama dibuka di McDonald’s Titiwangsa pada tahun 1988. Sejak daripada itu, segmen Pandu-Lalu telah menjadi kunci utama terhadap kejayaan syarikat, dimana jualan menerusi tingkap Pandu-Lalu menyumbang hampir 50 peratus jumlah jualan keseluruhan bagi semua 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s. Selain itu, kami juga melihat purata pertumbuhan sebanyak 10 peratus tahun ke tahun untuk jualan Pandu-Lalu bagi suku pertama tahun 2019,”  kata Azmir.

“Menjelang tahun 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70 peratus restoran McDonald’s di seluruh negara untuk menjadi restoran Pandu-Lalu,” tambah Azmir.


Penghargaan buat team McDonald's di seluruh Malaysia sempena  McDonald's  Drive Thru Weekend Challenge ni. Bagus pengurusan McDonald's Malaysia yang hargai kakitangan mereka.


Tahniah buat McDonald's Malaysia atas kejayaan ini !

9 ulasan:

  1. Nina paling suka drive thru! Senang cepat dan mudah. Order bayar dan dah boleh makan! Dok dalam kete jer.... Tak yah make up pun tak pe, anak tak mandi pun tak de. Hahaaa

    BalasPadam
  2. Mmg selalunya pandu lalu je... Hehehe... Senang dan cepat.

    BalasPadam
  3. Terbaikla Mcdonlds.. Suka ayam dia juga.. Nasi mcd pun sodap.. Eh semua sedapla.. Suka p drive thru juga.. Senang

    BalasPadam
  4. kita suka MCd, selalu mlm mggu msti drive thru cari bubur ayam dan aiskrim.Hahaha... besttt. Memudahkan drivethru nii

    BalasPadam
  5. saya la tu,malas nak kejar humaira dlm restoran,so drive thru senang...

    BalasPadam
  6. Saya pun salah sorang pelanggan drive thru McD ni selalunya time pagi untuk breakfast huhu

    BalasPadam
  7. Hi Admin! Tumpang iklan jap ya. KUALITI YANG MEMUKAU MATA ANDA DARI Al Aqsa Carpets. Boleh klik link bawah untuk lihat perbezaan Tikar Getah Al Aqsa yang susah koyak dan tahan lasak dengan yang adaa di pasaran.

    https://youtu.be/gIebXZiZ3NA

    BalasPadam
  8. Betul tu, pandu lalu memang alternatif terbaik.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.