Seusai ?? Apa pulak tu ?? - BEN ASHAARI

Seusai ?? Apa pulak tu ??

Entah apa kena dengan aku pagi ni , mata terlebih cerah berbanding hari hari sebelum ni terutamanya di bulan Ramadan ! Takda la pulak mengantuk hingga lepas subuh tu , sambung tidur hingga jam 9 pagi gitu. Mengantuk pelik ! Tapi aku rasa aku tau kenapa. Sebab tak workout di malam hari. Kalau aku workout , siangnya cergas dah. Metabolisme kot ? Hurm..

Semalam aku workout sebelum berbuka. Dan ketika berbuka tu , aku makan kurma dan disusuli dengan minum protein Cinch dari Shaklee. Ni aku beli dari rakan blogger yang juga seorang Ustaz di sebuah sekolah di Terengganu. Borong sekali 4 botol sebab ada diskaun 10%. Bagus untuk mereka yang kaki bersenam bagi menambah protein dalam badan jika kurang amik protein semulajadi disamping boleh dijadikan tenaga tambahan. 

Whatsapp Ustaz Nizam di 013 976 1627 kalau berminat.

Haaa... mata cerah dah ni ! Adeh... aku pun belek la jap Facebook. Update status. Bagitau aku hidup lagi. Heee... dan kemudian update lagi... dan lagi ! Ah sudah.... Dalam masa 10 minit , 3 status dah up. Menyampah jugak  rakan rakan di FB nanti ! 

Ketika aku nak update dengan bermulakan 'Selepas' , aku terasa macam nak gunakan perkataan 'Seusai'. Beberapa kali aku ternampak seorang rakan yang juga guru menulis di statusnya. Pernah membacanya juga sebelum ni cuma tak tergerak hati nak mencari kebenaran akan perkataan tu. Apakah ada dalam kamus Dewan Bahasa ? Maklumlah , bahasa sekarang dah bercampur aduk ! Selagi pembaca boleh paham , ok la. Jangan digunakan bahasa Wechat dah la ! Heee.. tak sesuai dalam blog ! 

Ok... Seusai... Jika dibaca , ianya seperti membawa maksud Setelah , Selesai ..macam tu la. Tapi dalam carian di google menemukan sesuatu yang lebih menarik ! Haaa.. 

Usai (adjektif) ; 

1. Bersinonim dengan sudah selesai: berakhir, bubar, habis, siap, beres, lengkap, sempurna, tamat, sudah, 
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan tidak tersusun: kusut, terurai, terselerak, tidak teratur, kusut-masai, 
Berantonim dengan tersusun

3. Bersinonim dengan sudah lampau: sudah berlalu, sudah lepas,

Nah... Itulah jawapannya ! Rasanya lepas ni , jangan pelik la kalau aku guna. Ke korang dah tak pelik sebab dah selalu jumpa disebabkan korang rajin membaca terutamanya artikal mahupun di novel novel gitu ! 

Hurm... aku kena rajin membaca semula ni ! Tak sempat sejak beranak pinak ni. 

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.