Zakat pendapatan , khas untuk orang kaya dan berduit jer !

by - Jumaat, Mei 10, 2019

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Dari dulu lagi aku teringin nak bayar zakat pendapatan ni. Tapi dengan gaji kecik ketika tu disertai ilmu pengetahuan yang kurang mengenai zakat ni , maka aku tunggu je la aku kaya baru tunaikan ! Maka yang wajib ke atas diri aku adalah zakat fitrah yang perlu di bayar ketika di bulan Ramadan jer... kononnya ! 

Nak ditakdirkan , Allah murahkan rezeki aku ketika bergelar blogger dan kesedaran aku mengenai kewajipan aku membayar zakat ni hadir ketika aku menyertai team media Lembaga Zakat Selangor dan sesungguhnya , aku dah diwajibkan membayar zakat pendapatan atas sebab kemampuan aku dari segi pendapatan bulanan aku. Walaupun tak banyak , aku tetap nak keluarkan zakat sebab aku percaya pada janji Allah ! Murah rezeki nak oiiiiiii ! Tak nak keee ? 

Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan  Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tu- juh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Me-liputi ilmu pengetahuanNya. "
(Surah Al-Baqarah : Ayat 261)

Ditambah lagi dengan melihatkan posting posting di media sosial yang membuatkan aku sayu dan sedih. Sesungguhnya ramai orang Islam di negara kita ni 'berduit' tapi lebih suka menderma berbanding membayar zakat pendapatan dan zakat harta ni. Katanya memadailah dengan derma. Sama jer ! Lebih ramai umat Islam yang membayar zakat , lebih ramai asnaf yang dapat dibantu dengannya. 

Sebelum kena paham apa itu zakat dan apa itu derma ! Haa.. Tak sama yer. Berbeza ! Zakat dan sedekah adalah dua perkara yang berbeza.  Sedekah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja dan tiada pengiraan khusus tetapi Zakat ada syarat dan pengiraan khusus serta ia hanya boleh diterima oleh 8 golongan asnaf sahaja.


Dan semalam , aku ke cawangan Lembaga Zakat Selangor bagi menunaikan kewajiban aku. Sebenarnya , boleh je bayar secara online di web Lembaga Zakat Selangor tapi aku nak feel membayar zakat tu supaya di tahun tahun mendatang , aku lebih bersemangat untuk membayarnya. Syaitan hasut woii untuk melewatkan bayar zakat ni terutama zakat pendapatan dan zakat harta ni ! 

Kuatkan kaki dan niat kena betul. Ajak wife sama sama sebab dia nak bayar fidyah..






Alang alang bayar zakat pendapatan , bayar sekali zakat fitrah.. Selepas membayar , terasa hilang satu beban di bahu.  Kalau tidakkkk.. asyik dok teringat jer !

" Bila nak bayar... bila nak bayar... bila nak bayar ???? " . Malah ada tu,  siap 'dibisik' lagi... hujung tahun je la bayara atau tak payah bayar la...kau tu suri rumah jer. Pendapatan online pon tak tetap.... Hurmm... Tu pasal aku segerakan ! Kalau tunggu lagi , memang termakan la hasutan syaitan tu ! Ada duit , cepat cepat tunaikan. Jangan risau part takda duit sebab , nanti ada la rezeki kita. Perlu ingat , rezeki kita dariNya !

Ingat yer... zakat pendapatan ni bukan untuk orang kaya jer ! Gi dapatkan maklumat di mana mana cawangan Lembaga Zakat berhampiran korang.

You May Also Like

2 comments

  1. Betul.. Zakat dibayar pada golongan asnaf dan bayarlah zakat kerana golongan ini amat memerlukannya

    BalasPadam
  2. alhamdulillah,bagus bayar zakat.Ada pernah terbaca source m entah.Katanya dapat mencuci hati sekali selain mencuci pendapatan yg kita perolehi

    BalasPadam