Bermasalah akibat bersukan ?

by - Selasa, Jun 18, 2019

Kejang otot , melecet , badan berjerawat akibat peluh berlebihan  atau pun tersilap urat ? Hurmm.. Yer , ni la yang selalu berlaku pada aku selama aku keluar masuk gym ! 20 tahun sudah aku membakar lemak melalui cara ini. 

Puashati tapi setiap apa yang kita buat , berlebihan akan ada kesannya. Hee.. kan kan ? Tapi tak pe...selagi kesannya positif , ok je ! Cuma yang kesan sampingan tu kena cari cara penyelesaiannya.  Cam kes aku ni... aku dah memang tak cari dah penyelesaian lain selain menggunakan produk produk dari Cosmoderm. Bertahun tahun dah aku hanya dengan Cosmoderm. 

Antara produk yang aku gunakan sebelum dan selepas bersenam ialah Deep Heat Lotion. Sejujurnya , produk ni memang sangat bagus terutama sebelum bersenam. Macam aku yang ada masalah bahu baru baru ni akibat tersalah langkah ketika mengangkat beban , aku legakan dengan menyapu losyen Deep Heat saja. Terasa panas sekejap pastu sejuk ! Lega !! 

Rupanya masalah seperti aku ni memang kerap berlaku pada mereka yang masuk gym dan juga yang bersukan menggunakan tangan. Aku cerita pada kawan gym aku ni. Dia nak cuba. Selepas mencubanya tau apa terjadi ? Heheee... dia terasa seperti sangat bertenaga. Kesakitan di bahunya tidak terasa langsung. Terus dia mintak aku belikan untuk dia. Walhal , aku tak menjual pun. Huhuh.. Beli secara online je di www.cosmoderm.com.my  Cepat dan mudah.

Untuk mereka yang kaki bersukan , aku cadangkan sapu di betis sebelum berlari. Fuhh.. Syok woo ! Atau pun selepas bersukan , pastikan mandi dan keringkan badan. Sebelum tidur , sapu ! Haaa.. lena weh ! Boleh juga guna untuk mak mak atau ayah yang keletihan bekerja di siang hari. 

Oh ya.. aku pun sapu di bahagian tengkuk dan juga bawah dagu. Er , kat perut pun ada terutama sebelum bersenam dan juga terlebih makan ! Heee.. memberikan kelegaan berpanjangan. 


Ok.. yang ni , mereka yang bersenam dengan mengangkat beban akan hadapi masalah ini. Ada yang suka sebab kelihatan 'macho' tapi ada juga yang tak suka. Sebab tu ada yang guna 'glove'. Aku tak suka guna sebab tak terasa genggaman tu. Tapi inilah kesannya.. 

Sebenarnya , gambar di bawah ni dah semakin pulih selepas aku gunakan Advanced Moisture Therapy Cream . Tu dah kira dah kering dan mengelupas seterusnya akan gugur la kulit mati tu. Hee..Tak sakit pun. Jika tak letak krim tu , kulit keras dan akan pedih bila mengelupas.

Selain tapak tangan , boleh juga sapu di tapak kaki. Kulit yang merekah tu akan diperbaiki disebabkan kandungan krim yang terdiri dari vitamin E , tea tree oi dan herba. Wife aku suka pakai sebelum tidur. Katanya melembutkan tapak kakinya. 



Haaa... Ni satu lagi masalah. Hee.. Badan berjerawat !  Punca ? Mandi tak bersih ? Atau peluh terlalu banyak macam aku setiap kali bersenam. Hinggakan ada yang syak aku letak air kasi nampak terlalu berpeluh ! Hahaha...Tak pun ! Teknik bersenam yang aku gunakan tu yang bikin peluh yang banyak. 


Dulu segan nak pakai singlet sebab ada jerawat di bawan tapi selepas mandi dengan gunakan  Tea Tree Shower Gel , Alhamdulillah... takda masalah dah dengan jerawat di bawan. Shower Gel ni senantiasa aku usung walaupun ketika travel ke luar negara. Tak nak masalah jerawat kembali ! Segan. Heeee...
3 produk yang aku kerap gunakan untuk elakkan masalah masalah timbul kesan dari bersukan. Sebarang pertanyaan , korang boleh terus tanya pada Cosmoderm di : 

Careline : 1700 815 495
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram https://www.instagram.com/cosmoderm/
Web www.cosmoderm.com.my

You May Also Like

0 comments