Ke booth HKTDC DG Studio di TAGCC 2019 PWTC , Kuala Lumpur

by - Ahad, Jun 23, 2019

Teruja ! Setelah melihat video di Facebook HKTDC DG Studio yang viral baru baru ni , aku terasa nak melihatnya sendiri di event Toy's, Anime, Games & Comic Con atau TAGCC 2019 yang sedang berlangsung di PWTC. TAGCC 2019 . Dan sasaran aku ialah booth  Hong Kong Trade Development Council ( HKTDC ) !

Menariknya HKTDC di TAGCC 2019 kali ni membawa pelbagai jenama jenama produk inovatif dari Hong Kong ke Malaysia. Sebanyak 14 jenama terlibat kali ini. Antaranya ialah Artiart , Cardhoda , Eco Concepts , FLUFFY House , Hoobe, Hyone , Kilovest , Konstar , MH Blocks , Paris Garden , SOAP Studio , Tea Lab , Team Green dan TINY. 

Barisan jenama jenama ini bersama produk produk yang cukup menarik. Yup... Hong Kong seperti yang kita ketahui , ianya tempat kelahiran produk produk yang cukup kreatif dan mempunyai imaginasi yang tinggi di mana pembeli pastinya akan sangat berpuashati setelah memilikinya. 

Aku sempat meluangkan masa di 2 booth yang menjadi tarikan ramai pengunjung . SOAP Studio dan TINY yang mana produk produk yang dipamerkan dan dijual cukup menarik perhatian aku dan pengunjung yang lain ! 



Yer.. Inilah produk yang dihasilkan oleh TINY yang mana khusus dalam model ikonik , model kereta , aksesori  dan permandangan Hong Kong yang mengabdikan binaan dan kemudahan yang sinonim dengan Hong Kong. 






















Manakala SOAP Studio pula berkolaborasi dengan artis terkenal , B.Wing bagi melahirkan karektor-karektor adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Woman dan Batman dalam produk produk cenderamata dan item item kolektor yang mana pasti akan menguja peminat peminat adiwira.












Batmobile ni , adalah kereta kawalan jauh. Sangat menarik dan boleh dikawal menggunakan telefon pintar jer. Harganya cuma  RM2 ribu lebih jer. Heee.. Rasanya kalau orang tu seorang kolektor , pastinya Batmobile ini akan membuatkan dia termimpi mimpi ! Hee..

TAGCC 2019 akan berakhir pada 23hb Jun 2019 tapi jangan risau ! Kenapa ? Korang boleh dapatkan produk produk TINY dan SOUP Studio ni di IOI City Mall yang mana sedang berlangsung promosi HKTDC dengan tema Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong yang akan berakhir pada 30 Jun 2019. Selain tu , korang boleh dapatkan produk produk ini di : 
  • Parkson Elite di Pavillion KL
  • Parkson di 1 Utama Shopping Centre 
  • CM3 di Sunway Piramid 
  • Times Bookstore di Pavillion KL 
  • Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre 
  • Parkson Elite di Gurney Plaza , Pulau Pinang 
Tunggu apa lagi ! Cepat turun dan borong ! Bukan apa.. ada produk yang memang rare dan takkan dijumpai di lain lain tempat.. kecuali di event tu jer ! Heee..

Booth PWTC : 101,102 , 107 dan 108
IOI City Mall : LG-KSA, Sayap Barat

Info lanjut , boleh dapat di Facebook : https://www.facebook.com/HKTDC.KualaLumpur/

You May Also Like

9 comments

  1. bestnya dapat tgk koleksi mainan, mesti ada yg murah murah!! jom pi weii

    BalasPadam
  2. Pertama kali tahu pasal ni. Tertarik gak! Comel tapi harga nya gulp! Telan air liur. Huhuuu
    Pencinta nya pasti tak akan lepaskan peluang ni..

    BalasPadam
  3. Bila tengok ni nampk kiut je semua brg dia.. Boleh dijadikan koleksi

    BalasPadam
  4. Wahhhh.. suka kumpul benda2 macam ni.... Boleh buat koleksi baru ni.

    BalasPadam
  5. Comelnya model² kereta tu, best buat koleksi tu!

    BalasPadam
  6. puashati dapat pergi ke pameran ni.Banyak pula figura comel2.. Jenuh nak bergambar nanti. Ehh,seronoknyaa tengok

    BalasPadam
  7. wah best yer kalau dapat terjah sini dan beli koleksi superhero kegemaran anak-anak kat sini

    BalasPadam
  8. Kereta tu comelnyaaa! Gempak aa Batmobile, kalau si kembaq pi mesti dok telek tu ja hehe

    BalasPadam
  9. Comelnya mini cooper tu..

    BalasPadam