Kenapa wajib melancong ke Australia Barat ?

by - Sabtu, Jun 29, 2019


Masih terbayang-bayang di kepala aku. Yer , Western Australia atau Australia Barat ! Kali terakhir aku ke sana... erk , sebenarnya itulah yang pertama dan berjanji akan kembali lagi ke Australia cuma sayangnya belum berpeluang lagi sehingga hari ini.  Tapi ketika tu , aku sempat sehari je kat sana. Pergi atas tugasan blog bersama team sebuah telco terkenal di negara kita. Tak sempat nak merayau !

Sayang tul tak dapat explore abis Western Australia ketika tu. Pusing Perth je pun dah teruja. Tu pun dalam kereta dan petang tu cuma dapat ke Kings Park. Syok bergambar kat sini. Kings Park ni antara tempat wajib gi la.. Tak gi , rugi gitu sebab boleh nampak permandangan yang cukup cantik dari sini. Gambar aku ambik , entah mana hilang dah. Huhuhu.. Instagram masa tu tak cukup canggih lagi. Huhuh.. Untung orang sekarang. Uhuk...


Bila tengok kawan kawan blogger ke sana dalam tahun ni , aku terasa cam.." Wah, nampak gayanya aku kena gi semula ! Tapi nak lagi syok , gi ngan famili ! Sememangnya Western Australia ni tempat percutian yang sesuai mereka yang berkeluarga. Yang bujang pon sesuai gak. Aku kata gitu sebab kat sana tenang terutamanya Perth ! Syok bandar Perth. Tak seperti bandar bandar utama lain di dunia. Rileks jer pagi hingga ke malam harinya.




Kagum ketika tu dengan suasana di sini. Mereka yang berbasikal , berjogging saling hormat menghormati dan pejalan kaki pun kena ikut undang undang di sini untuk elak dari berlaku kemalangan. 

Segalanya masih segar dan aku boleh katakan Perth ni adalah bandar orang yang ingin carikan kedamaian ketika melancong. 


Tahun ni , aku tengok kawan gym aku , si Boboy dok rancak ulang alik ke Australia. Amboi , amboi , amboiii ! Sedap sungguh naa ! Aku tanya dia , apa yang best sangat sampai dia asyik ulang alik ke sana ? Dia pun bercerita la. Wah , baru aku tau. Rupanya terlalu banyak tempat tempat menarik di Australia ni terutamanya di Western Australia ni ! 

Maka aku pun tengok la Facebook dan Instragram si Mohd Boboy . Menarik ! Katanya lagi , tarikan di situ memang banyak. Nak shopping , memang murah murah terutamanya perfume , produk produk kesihatan , pakaian dan macam macam lagi. Bab makanan pun tiada masalah. Banyak sangat restoran restoran Halal di sini. Rakyat Malaysia yang belajar mahupun menetap di sini pun ramai ! 

Selain shopping dan makanan , mereka yang gemarkan kembara atau aktiviti luar , nah... tak perlu risau ! Korang takkan boring , katanya lagi. 



Ok... Sekarang aku kasi 10 sebab kenapa kau , kau , kau dan aku... kena gi Western Australia bersama sama. Pastu leh teroka bahagian lain Australia pulak ! Hehehehe..Ikutkan ada lebih dari 10 tapi memadailah 10 je kot ? Kang bermastautin pulak kita kat sana. Tak nak balik ke Malaysia lak ! Hehehe.. 

Oh ya.. sumber ni aku amik dari beberapa blog ye. Nanti aku kasi tau dari sapa aku amik. Kalau nak dari pengalaman aku sendiri , kena tunggu aku gi sana la jawabnya baru boleh buat cerita dari mulut aku sendiri. Heeee.. 

Perth 

Perth merupakan ibu negeri Australia Barat. Dengan jumlah penduduk seramai 1,507,900 orang[1] (anggaran Disember 2006) menjadikan Perth sebagai bandar terbesar di Australia Barat. Bandar ini juga adalah penduduk kawasan bandar keempat terbesar di Australia, dengan kadar pembesaran 2.1% (2006) adalah kini bandar utama yang cepat membesar di Australia. Ia dianggap bahawa penduduk Perth akan membesar di 2.5% tiap tahun di 2007, oleh kerana ekonomi Australia Barat yang membangun. State Final Demand, misalnya, membesar sebanyak 10.2%, 12 bulan ke Mac 2007 (ABS).

Perth diasaskan pada 11 Jun, 1829 oleh Kapten James Stirling sebagai pusat pentadbiran penempatan bebas Koloni Swan River. Sejak itu, Perth masih berfungsi sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Australia Barat hingga kini.

Kawasan metropolitannya terletak di kawasan barat daya benua, iaitu di antara Lautan Hindi dan tubir pinggir laut rendah yang dikenali sebagai Darling Range. Kawasan daerah pusat perdagangan dan pinggir bandar Perth terletak dekat dengan Sungai Swan. Bandaraya yang terdekat dengan Perth ialah Adelaide yang menempatkan lebih 1 juta orang di Australia Selatan, iaitu terletak 2,104 kilometer (1,307 batu) jauhnya dari Perth. Justeru, Perth yang juga diduduki lebih kurang sejuta orang merupakan bandaraya paling terpencil di dunia. - Wikipedia



Antara tempat menarik yang patut dikunjungi ketika di Perth ialah : 
  1. Kings Park and Botanic Garden
  2. Swan Valley
  3. Fremantle Prison
  4. Perth Zoo
  5. Bibbulmun Track
  6. AQWA The Aquarium Of Western Australia
  7. The Bell Tower
  8. Penguin Island
  9. Fremantle Markets
  10. Adventure World
  11. The Perth Mint
  12. Round House
  13. Art Gallery of WA
  14. Cottesloe Beach
  15. Yanchep National Park
  16. Caversham Wildlife Park
  17. John Forrest National Park
  18. Elizabeth Quay
  19. Western Australian Museum – Perth
  20. Army Museum of Western Australia
  21. Aviation Heritage Museum
  22. Araluen Botanic Park
  23. Lake Monger
  24. Whiteman Park
  25. Swan Valley Visitor Centre
  26. Shoalwater Islands Marine Park
  27. Hillarys Boat Harbour
  28. Mundaring Weir
  29. Mundy Regional Park
  30. Heirisson Island
  31. Cohunu Koala Park
  32. Fremantle Arts Centre
  33. Hyde Park, Perth
  34. Yagan Square
  35. South Beach
  36. South Perth Foreshore
  37. Fremantle Fishing Boat Harbour
  38. Walyunga National Park
  39. Scitech Discovery Centre
  40. Margaret River Chocolate Company
  41. Midland Gate Shopping Centre
  42. Lakeside Joondalup Shopping City
  43. Avon Valley
  44. Kailis Fish Market Cafe
  45. Lancelin Sand Dunes
  46. Perth Hills
  47. Insan’s Cafe
  48. The Lobster Shack
  49. The Pinnacles
  50. Old Mill
 


Ada lagi tapi cukup la kot yang ni. Bukan apa.. bila sampai sana nanti , akan ada yang rekemen ke tempat tempat yang lebih rare dan unik ! Lain la memang nak gi sana untuk shopping jer ! Rugi la gitu kan ? Kena terokai abis abisan kat sana.

Antara banyak banyak tempat di atas tu , aku teringin nak pergi ke beberapa  tempat jika berpeluang. Pastinya aku nak ke Perth Hills ketika matahari terbenam , Perth Hillls menarik kerana menawarkan pemandangan indah iaitu kawasan perkampungan yang hanya terletak 45 minit dari bahagian timur Perth. Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat di sinis seperti berkelah atau berbbq di Lake Leschenaultia, melawati taman-taman negara yang indah yang terdapat di sini, membawa keluarga tercinta ke Araluen Botanic Park, memetik buah di kebun epal yang pastinya akan meninggalkan kenangan manis nanti !


Penguin Island pun aku tertarik kerana di Penguin Island kita dapat mendekati penguin-penguin yang secara live tau ! Bukan dalam kurungan atau aquarium! Siap boleh bermain dengan diorang lagi haa.. Dah puas bermain-main dengan penguin, kita boleh menghabiskan masa di pulau ini dengan aktiviti snorkeling, berenang, berjalan-jalan untuk menikmati flora dan fauna atau bersantai sambil menikmati pemandangan di sekitar pulau yang cukup mengasyikkan. Menarik kan ? 

Aku minat kapal terbang. Dan pastinya Aviation Heritage Museum akan aku masuk punya ! Haaa ! Kat sini pasti boleh melihat pelbagai jenis kapal terbang dari zaman perang dunia lagi kan ? Haaa.. 


Er, bajet terhad ? Rileks.. Sekarang ada Traveloka Promo ! Rugi kalau aku tak amik peluang ni untuk dapatkan tiket kapal terbang , penginapan dan tiket untuk masuk ke tempat tempat yang ingin dilawati atau kunjungi dengan potongan harga yang menarik ! 


Jom Flight to Australia

You May Also Like

13 comments

  1. Wishlist tempat nak pergi soon... Cantiknyaaaaa

    BalasPadam
  2. Bestnya!!! Dah lama simpan dam bucket list. Tapi tak jugak pergi. Padahal ada ae family dgn kawan² kat sana.

    BalasPadam
  3. Australia... Dah ada dalam list..

    BalasPadam
  4. Tunggu tunggu.. One day nak jejak juga tempat ni.. Hehee..

    BalasPadam
  5. wah, macam2 rupanya tarikan menarik di western australia ni. tunggu anak2 besar sikit baru best travel ke oversea.. skrg saving bagi tabung travel penuh dulu

    BalasPadam
  6. Dari dulu teringin nak pergi Perth.. hrp ada rezeki nt.. amin..

    BalasPadam
  7. Memang teringin nak pi Australia, bawak anak anak tgk kangaroo & penguin tu mesti depa excited.

    BalasPadam
  8. Bestnyaa.. InsyaAllah one day nak pg jugak.. Masuk dlm wishlist dulu..

    BalasPadam
  9. Perth memang tenang dan aman. Tak hiruk pikuk cam kat malaysia. Kalau ada rezeki nak pegi lagi. Dapat pegi perth pun dah teruja apatah lagi kalau dapat pegi bahagian AU yg lain.

    BalasPadam
  10. Bestnya, moga ada lah peluang ke sana suatu hari nanti!

    BalasPadam
  11. harapnya nanti dapat juga pergi ke Perth ... di sebelah barat Australia ni

    BalasPadam