Lagi isu sampah warga Pantai Timur di Central Spine , setiap kali Aidifilfitri !

by - Isnin, Jun 10, 2019

Mentang mentang ada sukarelawan tolong bersihkan , maka sesedap hati la nak membuang sampah di tepi jalan tu ! Hurmm.. Seperti yang aku katakan sebelum ni , sepatutnya dikenakan je tol di Central Spine ni. Bukan apa.. Bila ada tol , boleh buat RNR kat sini. Maka diorang boleh la berhenti rehat dan membuang sampah di tempat yang sepatutnya. 

Pada tahun 2016 , aku dah tulis isu ni. Aku sendiri yang amik gambar dan update di blog. Kemudian selepas Aidilfitri tak silap aku.. ada sukarelawan membersihkan lebuhraya tu dari segala kotoran.. hasil manusia yang dikatakan berilmu pengetahuan. Tinggi rendah tu , tak kisah. Sebab dari darjah 1 cikgu dah ajar , buang sampah dalam tong sampah ! 

Baca artikal : Apa dah jadi di Central Spine Road dan Tahniah buat Jabatan Amal Malaysia


Cuma satu je persoalan aku.. Apakah semua ini dilakukan oleh mereka yang pulang berhari raya di Kelantan terutamanya ? Lebuh raya ni ke Gua Musang . Jika nak ke Terengganu , mereka akan guna LPT.  Jika benar... Aduhai..... Jika tidak , tepuk dada lega ! Hurm.. 

Tapi ketika aku di Kelantan baru baru ni... dashcam aku sendiri telah merakamkan satu detik bagaimana sampai dibuang keluar dari tingkap sebuah kereta yang mahal harganya ! Aku nak up video tu tapi cam... hurm.. kang kata aku giler viral lak ! Terasa cam.. aduh apasal teruk sangat perangai tu ? Takkan tak perasan bumi kita semakin tenat dengan sampah sarap ? 

Dan sampah sampah yang terbuang di Central Spine sekali ada insan insan yang sudi tolong kutipkan tanpa dibayar sesen pun. 






Sepengetahuan aku la.. orang orang Pantai Timur ni , pandai pandai belaka. Belajar tinggi dan berpengetahuan dalam bab agama. Tapi kenapa  masalah ini boleh berlaku ? Apakah mereka lebih sayangkan kereta mereka ? Hurm.. 

You May Also Like

3 comments

  1. Tu lah....tak faham betul dgn org kita ni....zila pantang klu anak buang sampah keluar kereta....skrg anak2 pun dah terdidik.....Alhamdulillah

    BalasPadam
  2. My in-laws are from Pantai Timur. Memang macam ni la perangai - lepas mencekik dalam kereta, bukak pintu dan baling je sampah ke jalan raya. Babi betul. Kat rumah aku pun diorang buat perangai macam ni. Tak guna la pakai tudung labuh & semayang tak tinggal kalau pengotor mengalahkan binatang.

    BalasPadam