Langkah kanan selepas Syawal !

by - Sabtu, Jun 22, 2019


Alhamdulillah. Walaupun masih dalam mood Beraya tapi kerja tetap kena kerja ! Heee.. Maka , kelmarin , aku ke Yayasan Inovasi Malaysia yang terletak di Teknologi Park Malaysia. Satu tika dulu , Teknologi Park Malaysia memang mengerunkan aku. Yelah , nak ke Bukit Jalil tu bukan senang woi. Kau kena redah kesesakkan lalu lintas yg boleh bikin kepala pening ! 

Tapi kelmarin.. aku terkejut. Di Waze aku terpapar cuma 38 minit saja diperlukan untuk ke sana , dari Sepang ! Ohhhh.. dekat rupanya. Tapi ikut jalan mana eh ?? Tak pe tak pe.. Kita ikut jer.. Tak payah nak pikir banyak. 

Maka.. aku pun gerak selepas Solat Jumaat. Hujan mula turun dengan lebatnya. Risau dah aku. Huhuh.. Sebab kena parking di luar bangunan . Kalau satu bangunan , aku tak kisah. Huhuh.. Tak pe la. Redha. Demi sesuap nasi , aku redah ! 

Alhamdulillah... tak hujan di TPM tu ! Lega sangat ! Dah la berbaju melayu ! Huhuh.. Dan aku ketika di sini , aku kagum dengan TPM ni. Dulu aku ke sini hanya untuk ke ASTRO. Rupanya besar sangat TPM ni. Banyak syarikat syarikat besar beroperasi di sini. 

Ok...naik tingkat 3. Aku guna tangga. Bakar kalori. Heee. Dan tiba di depan pejabat YIM. Setelah memperkenalkan diri , aku masuk. Boss belum tiba. Maka aku berpeluang untuk jelajah YIM. Nak tau apa fungsi YIM ni dan apakah inovasi inovasi yang telah berada di sini. 


Serius !Aku tertarik dengan setiap inovasi yang berada di sini. Mana mana ciptaan yang berkelayakan , menerima bantuan geran berupa wang ringgit dan juga khidmat kaunseling ! Duit tu bukan untuk bergembira yer ! Duit tu untuk memperlengkapkan inovasinya dan seterusnya menjadikan produk komsersial. Kebanyakkanya terdiri dari golongan B40.












Perjumpaan bersama ACEO YIM, Puan Sharmila berjalan lancar. Dan akan ada dua meeting untuk dua projek besar selepas ini. InshaAllah. Hee. Satu projek yang aku jangkakan sangat bermanfaat untuk rakyat Malaysia terutamanya  alam sekitar ! Nak join ? Hee..



Eh.. lupa lak. Kalau korang sedang mecipta sesuatu yang dirasakan bagus untuk diketengahkan , bagitau aku. Makanan yang rare , produk kesihatan , apa apa saja laa.. Tengok di almari tuuuu.. penuh dengan ciptaan ciptaan dari mereka yang bijak dan berdaya maju ! 

You May Also Like

0 comments