LCW dan Qhaliff tinggalkan dunia badminton !

by - Jumaat, Jun 14, 2019

Yer.. lama dah sepatutnya tapi aku tau , dia begitu mencintai badminton ! Kesungguhannya memang terpamer setiap kali dia berada di dalam gelanggang. Dengan sesiapa sekali pun dia berjumpa, dia tak memandang remeh ! Setiap lawannya memang ingin sangat menewaskan lagenda badminton dunia ini. Yer , Datuk Lee Chong Wei !



Berada di ranking no 1 dunia selama 199 minggu berturut turut bermula pada tahun 2008 hingga 2012 yang juga juga satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu adalah antara rekod terbaik buatnya dan Malaysia. Satu pencapaian yang cukup membanggakan. 

3 kali pemenang pingat perak Sukan Olimpik ini terpaksa bersara disebabkan masalah kesihatan. Sudah tiba pun masanya bagi aku untuk dia berundur dan tumpukan masanya pada keluarganya pula. Dan pada masa yang sama , dia boleh jadi jurulatih untuk bakat bakat muda. Dengan semangatnya gitu , tak dinafikan dia boleh lahirkan ramai lagi jaguh jaguh yang berdedikasi sepertinya.


Selepas terdengar berita pengunduran LCW ... aku pun segera mengesa Qhaliff untuk mengantung raketnya juga ! Apa guna lagi dah ! Tak da lawan yang setara dia dah pun ! Qhaliff tak mungkin dapat dicabar lagi !! Kan ???

Eceh.. poyooo ! Hahaha..  Takda laa.. aku suruh Qhaliff pilih. Antara renang atau badminton ? Bukan apa.. aku tengok kelab badminton yang dia ceburi ni macam... tak serius je ! Lebih nak buat duit jer ! Disiplin jurulatih pun takda. Sepanjang 4 bulan berlatih, jurulatih asyik bertukar. Dah la gitu , datang pun lewat. Kita sampai awal pagi lagi. Mintak maaf lewat pon takda ! Huhhh... Berbeza dengan renang.. jurulatih dia cukup berdisiplin. Bekas askar kan ? Paham paham la.. Pastu ajar pun bersungguh. Berbaloi la bayar. 

Tapi ini tak bermakna dia akan gantung selamanya. Aku plan nak suruh dia berlatih dengan bekas pemain Malaysia.. hee.. asas dah la. Yang penting , disiplin tu ! Kasi si Qhaliff ni berdisplin skit. Banyak main !! 

Buat LCW ... terima kasih kerana menghidupkan sukan negara kita ! 

You May Also Like

4 comments

  1. Betul..disiplin penting..itu juga buat Datuk LCW bertahan lama dalam arena sukan badminton.Disiplin.

    BalasPadam
  2. Qhalif gud luck dan sukses hendaknyaa

    BalasPadam
  3. apa yg dibuat kena disiplin, itu la sebab tak tak ramai atlet yg bertahan...

    BalasPadam