Salam Aidilfitri. Jangan lupa selesaikan segala hutang sebelum berhari raya !

by - Rabu, Jun 05, 2019

Mana yang boleh baru , aku buatlah baru. Mana rasa boleh pakai seperti songkok dan sampin , aku kekalkan je yang lama. Bukannya aku nak pakai seharian pun. Sekadar gi solat sunat Aidilfitri , pastu balik dah tanggalkan. Cam tak berbaloi nak beli serba baru gitu. Hee.. lain la dah nampak lusuh kan ? Setahun sekali je aku pakai. 

Seperti tahun tahun lepas , aku sekeluarga beraya di Kelantan. Bukan apa... mak aku ada di KL dan kerap je gi ke rumah dia berbanding mertua , 3-4 bulan baru dapat balik. Ke adil la. Cuma raya je lebih di belah Kelantan sebab di KL , takda orang nak oiiiii ! Lepas solat raya , keras dalam rumah. Kat sini , wife aku banyak la rumah boleh gi beraya. Budak budak suka la. Aku je la berpeluh jaga diorang supaya tak bikin itu rumah , serupa rumah bapak diorang ! 

Yang penting bahagian aku, diselesaikan terlebih dahulu. Segala tanggungjawab bulanan , aku dah uruskan. Seperti duit kereta 2 bijik , yuran tadika Zahra , yuran Al Baghdadi Qhaliff , renang , bil telco , bil Coway ,bil kawalan keselamatan perumahan. Insuran je aku tunggu dulu. Duit ready dah. Hutang hutang lain... settle! Baru boleh raya dengan tenang. Oh , jangan lupa menyimpan dengan banyaknya sebab aku tak tau nasib selepas raya ni. Entah ada job , entahkan tiada. Huhuh.. 

Awal pagi raya.. selepas solat Subuh , layan bersenam skit. Keluarkan peluh sebelum mandi sunat Aidilfitri. Bukan apa.. kalau tak , kang aku makan banyak. Bila penat , maka makannya sikit je. Sekadar amik berkat di pagi raya. Bila gi beraya pun nanti, makan ala kadar jer. Jangan buruk lantak. Huhuh..  Sia sia berpuasa di bulan Ramadan lepas. 

Azam aku.. hee.. nak dapat puasa 6 tahun ni ! Aku nak kekalkan berpuasa di setiap minggu. Rasa selesa sangat dah perut dengan puasa ni. Kelihatan muda satu hal lagi.. heheee.. Kalau tak , nampak tembam je aku ni haa.. 





Ok.. jom gi solat sunat Aidilfitri. Sebelum tu, aku nak mintak maaf andai selama korang kenal aku..baca blog aku ni, mungkin terasa dengan setiap bait kata kata aku.

Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian. Selamat Hari Raya Aidilfitri  Maaf Zahir dan Batin dari saya , Ben Ashaari dan keluarga. Moga kita bertemu lagi di Ramadan akan datang. Aamin..

You May Also Like

0 comments