Viral Abang Botak : Wajarkah dia di penjara ?

by - Sabtu, Jun 01, 2019


Aku tonton video dia dan geleng kepala jer. Yer , memang sakit hati bila tengok dua orang yang menaiki motorsikal berbual bual. Tapi macam la yang bawak kereta ni tak pernah buat gitu ? Berbual bual pastu sambil merokok ! Nak lagi best , memandu sambil guna telefon. Maka dipandunya kereta dengan perlahan. Pengerakkan kereta jadi perlahan dan pengguna lain di belakang , hanya mampu memaki di dalam hati... selepas melihat apa pemandu di hadapan sedang buat ! 

Aku pernah berada di situasi abang botak ni ! Yer , aku turun dari kereta dan hampir bergaduh. Nasib baik aku cepat tersedar. Tak kira la sapa menang atau kalah tapi jika berlaku pergaduhan , maka inilah kesudahannya.. Penjara !

Tapi segalanya mesti bersebab. Macam kes aku tu.. apa yang menyebabkan aku tinggalkan kereta dan hampir menumbuk penunggang motorsikal tu ? Haaa.. Tiada rekod visual dan saksi. Jika perbicaraan dilakukan , mesti aku kena punya. 

Dalam kes abang botak ni... aku tak minat nak viralkan video dia sebab aku tak tau apa yang sebenarnya berlaku. Takkan dia boleh naik hangin sampai pecahkan cermin kereta orang tu , begitu saja !  Kan ? Sudah berkeluarga. Hurm..

Apakah punca dia naik berang ? Nah... inilah sebenarnya... Dari sebuah blog yang aku baca, ada seorang peguam nak bantu dia dapatkan keadilan. Yer, dia memang salah pecahkan cermin kereta orang tapi wajarkah dia dipenjara sehingga 12 bulan ? Apakah jaminan selepas 12 bulan nanti, dia keluar dari penjara menjadi insan yang baik ? Sapa nak amik bekas banduan bekerja ? Apakah nasib dia dan anaknya nanti ?

Ini menarik minat aku. Ada benarnya pun. Cuma dalam kes ni , abang botak tak mampu nak upah peguam dan sepatutnya dia diberi keadilan sewajarnya selepas mendengar pengakuannya. 

Saya nak bantu appeal (merayu) sebab mahu masyarakat tahu bahawa jika Lan Pet-Pet boleh dapat denda RM2,000 kerana pukul pengawal keselamatan, kenapa abang botak tak boleh? Bukan nak jadikan dia hero tapi nak tegakkan keadilan yang makin pupus di Malaysia ini,” 

Menurut Abang Botak (Danial) , puncanya si pemandu tu hendak melanggar dia dan menghimpit dia.Lantas dia berhentikan pemandu tu untuk berbicara, namun pemandu menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu dia buat keputusan bodoh,. Dengan nada sebak si abang botak berkata dan meminta maaf atas perbuatannya itu.- Sumber New Malaysian Post 

Part ni menarik minat aku... hehee...

Memalukan. Apabila anda kaya dan anda membunuh seseorang, anda diberi jaminan oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di Malaysia. Tiada tahanan reman untuk anda.

“Apabila anda artis terkenal, anda memukul orang miskin, anda didenda hanya RM2,000 oleh mahkamah.

“Tetapi apabila anda miskin, anda memecahkan kaca cermin seseorang yang menunjukkan tanda jari tengah kepada anda, anda dipenjara 12 bulan oleh mahkamah. Dan kamu membusuk di penjara,” 

Salah tetap salah tapi penjara bukanlah jawapannya. Netizen yang komen pun , bukanlah insan cemerlang mana pun. Maka tak perlulah nak berlagak malaikat. Yer,  jika kena kat aku pun aku akan hangin tapi mau tau jalan cerita sebenar ! Video tu satu side jer. Satu lagi side kita tak nampak ! Macam aku kata sebelum ni la.. makin ramai pemandu kereta bersikap kurang ajar ! Kena hati hati sebab jika kita tiada bukti atau saksi , kita yang benar boleh jadi salah ! 

Letakkan diri kita di tempat dia. Jika ada CCTV di sekeliling kita, jerkah anak sendiri pun boleh dijadikan isu besar ! Yang nampak , cuma di CCTV .. padahal ! Hurmm..


Aku pernah bermimpi. Bergaduh dek kerana isu bodoh dan akhirnya di penjara ! Menangis aku di penjara. Tak berpeluang melihat anak anak membesar di depan mata dan lebih mengecewakan.. masyakat akan pandang hina , hanya kerana anda seorang bekas banduan !


Dunia dunia..

Berilah hukuman yang sewajarnya dan lebih setimpal. 

You May Also Like

3 comments

  1. Setuju dengan Aben. Dia memang salah. Tapi hukuman yang diberi sangat tak wajar. Cermin yang pecah boleh diganti.. Macam mana dengan keluarganya? Anak2nya? 12 bulan yg mendatang.. Siapa yang akan bantu mereka? Sistem keadilan kat Malaysia ni yang sakit atau mereka yang diamanahkan untuk menegakkannya yang sakit?

    BalasPadam
  2. Juju pernah mengamuk dulu masa mengandung, kes minah masuk jln juju melulu tanpa signal, break emergency sampai terjerut perut. Mujur x beranak je dlm kete...kebetulan lampu isyarat merah...mmg jd lauk lah minah tu...nsb ju tendang tayar kete dia je...jerkah kt luar sbb dia xmau turunkan tingkap...sedihhh ooo

    Nasib la masa 7 thn lepas xd lg kamera ni digunakan secara meluas...kalau sekarang mau lah tajuk akhbar..."Pompuan mengandung mengamuk tengah jalan" menangis ooo dlm kete pas tu sbb takut gugur je....mmg x adil la sebenarnya...hukuman kena setimpal lah...mesti ada sebab kenapa dia jd cmtu...i feel u Abg Botak.

    BalasPadam
  3. Jika dilihat dari cara mengamuk. Takkan hon hon boleh block gitu je.

    BalasPadam