AGNESIA - seumpama sentuhan kasih sayang gitu ! - BEN ASHAARI

AGNESIA - seumpama sentuhan kasih sayang gitu !

Mak aku call. Katanya ada barang tiba di rumah. Aku memang guna alamat rumah dia sebab rumah aku ni , aku jarang nak ada di sebelah siang. Maklumlah , sibuk ngalahkan Menteri gitu ! Heheh. Sibuk dengan urusan anak gitu. 

" Ada orang antar bunga" katanya. Aku cam... Wowww ! Sapakah itu ??? Hahaha. Aku ada peminat lagikah sekarang ni ? Maklumlah , dah beranak 3 gitu ! Huhuh.. Tapi sayangnya, aku tak dapat nak terus gi amik sebab aku masih kelesuan. 3 hari di Pulau Pinang yang padat dengan aktiviti travel membuatkan aku muak tengok jalan raya ! Hahahaha.. dan juga kesesakkan lalu lintas. Maka aku nak rehat jer.

Esoknya aku ke Cheras. Nak tau apakah barang yang aku dapat tu. Tak sabar sungguh ! Hehehe. Dan bila sampai je rumah mak aku, terus aku cari barang aku tu. Dan... Tadaaa ! Tu dia , bunga hidup dan berbau wangi. Masih segar lagi gitu. Teruja punya pasal , tak sempat aku nak selfie dengan produk yang aku dapat ni. 

Dan best part... mak aku dah mintak sebotol dah ! Dia tau betapa bagusnya produk yang terkandung di dalam kotak tu ! Bukan apa , dulu aku rajin nampak arwah ayah aku guna pada badan dia untuk elakkan badan dari berbau akibat peluh. Dia turut sapu pada siku dia sebelum dia keluar berjalan kaki ke pejabatnya. Perjalanan yang amik masa dalam 30-40 minit la juga. Ikut jalan pintas ! Jimat kos pengangkutan gitu tapi yang pastinya, badan dia tak berbau akibat berpeluh ! Yer, aku sendiri akui tak pernah bau masam pada badan dia. 

Ok , aku nak cerita pasal bedak Agnesia ni sebab aku dapat hadiah dari mereka yang mana dua produk Hygiene Care dalam bentuk terbaru manakala produk terbaru mereka iaitu Beau Care yang menampilkan bauan Lavender dan Ros. Menarik wooo !

Agnesia Hygiene Care ni sememangnya dah jadi pilihan ramai ibu ibu sejak berpuluh tahun lamanya. Yer, termasuk mak aku. Dan bila aku post di Facebook , ramai rakan rakan turut meluahkan rasa betapa Agnesia Hygiene Care ni banyak membantu mereka dalam kehidupan sehari hari dalam menjaga kebersihan diri. Tapi Beau Care ni ramai belum tau. Haaa , baru dilancarkan dan semenangnya Lavender dan Ros mempunyai bau yang wangi. Tapi yang penting ialah kemampuan membasmi kuman sehingga 99.9% dan tidak mempunyai Asbestos.



Bedak Agnesia Hygiene Care sangat terkenal dengan rumusannya yang melegakan dan menenangkan malah mempunyai bahan pelindung serta anti bakteria sebanyak 25% zink oksida dan 0.5% Chlorohexidine. Dengan ini ianya mampu menyerap lebihan lembapan pada kulit dan mengelakkan dari berlakunya kegatalan pada kulit . 

Menariknya bedak Agnesia ni ialah bedaknya halus dan tidak melekit.Terasa selesa jika anak anak kita pakai terutamanya. Maklumlah , budak budak sekarang ni kan tak suka pakai bedak Tapi bila disapu selepas mandi , memang akan senyap la terus. Wangi jer. Dan untuk orang dewasa , boleh je pakai sebelum tidur atau jika kuat berpeluh , nah , boleh gunakan la. Sapu pada leher , ketiak dan juga siku yang gelap tu !

Contohnya cam aku. Cuaca kering cam ni.. walaupun dah cuci muka , masih terasa berminyak dan terasa tidak selesa untuk tidur. Bilik lak tak leh pasang aircond sebab wife dan anak anak selsema.. maka muka aku akan mudah terasa sedikit gatal. Maka , aku pakai je Agnesia ni untuk mengurangkan rasa gatal tu.


Ada sijil  HALAL ! 

Bedak Agnesia ni bukan baru dibuat 10-20 tahun lepas tapi sudah pun berusia lebih 80 tahun dan sememangnya digunakan pada bayi seawal usia 6 bulan lagi. Yang penting , kandungan di dalam bedak Agnesia ini tidak memudaratkan pengguna mereka. Maklumlah , sekarang ni macam macam bahan ada di dalam satu satu produk tu ! Bahaya kan ? Haa.. boleh dapat kanser dan sebagainya. Tapi Agnesia ni , 

Ok.. Dah, dah ! Aku malas dah nak membebel panjang. Kesimpulannya, aku rasa korang patut beli dan guna. Terutama yang mereka yang mudah berpeluh dengan banyaknya.. ha , sapu je sebelum pakai baju ! InshaAllah , menyamankan.. hehee. 

Mana nak beli ? Bedak Agnesia boleh didapati di semua farmasi utama, Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart. Tak susah pun nak cari kan ? 

Untuk maklumat selanjutnya, sila ke  https://www.facebook.com/AgnesiaMY/.







23 ulasan:

  1. Terkejut mak ngk gambar putih lepak tu.. Tapi bedak ini memang turun temurun.. kalau kene gatal2 mmg cpt elok.

    BalasPadam
  2. Bagus bedak ni kalau ada gatal2. Legend ni..

    BalasPadam
  3. Bedak Agnesia ni mmg guna dri kecik lagi. Bagus sgt especially utk bayi and kanak² klau ada ruam.

    BalasPadam
  4. Dulu pon guna bedak ni. Time agnesia botol besi. Pastu dah kawen ni ada beli jugak untuk anak. Bila ada ruam kat badan biasa pakaikan bedak ni kat anak. :)

    BalasPadam
  5. Wah ,aben dapat roses in the box la. Eksklusif gitu. Dah try mmg best bedak agnesia yg baru ni.wangi!!

    BalasPadam
  6. Bedak yang memang kena ada kat rumah...sapu kat ruam memang terbaik ..melegakan.. Awesome

    BalasPadam
  7. wahh bagus gak..yanie ruam mgandung pkai bedak ni..

    BalasPadam
  8. Dari kecikk dah memang tengok botol merah ni ada jeee kat rumah ni. Wajibb! Memang bestt kalau nak elak gatal2

    BalasPadam
  9. Bedak zaman berzaman ni. Packaging dah baru. Aku pernah beli untuk Haziq n Khair 😄

    BalasPadam
  10. Bedak ni memang bedak dari tok nenek mak pak pun pakai. Nina pun pakai, sekarang anak pun pakai. Bagus! Memang mengurangkan kegatalan dan nyah kan bau badan. Nak pi cari laaaa yang baru ni. Teruja nak try Lavender dan rose tu!
    Ppsstttt... Pakai kat muka time ada jerawat waktu malam, nanti jerawat cepat kecut tau!

    BalasPadam
  11. Nak beli lah...Abg Qi ngadu kt badan mcm naik serangga gigit. At least leh kurangkan rasa pedih tu pakai bedak ni

    BalasPadam
  12. Suka bau yang baru tu, Rose & Lavender dua dua besttt

    BalasPadam
  13. Bagus bedak ni... Dari dulu pakai...

    BalasPadam
  14. amboii dah ready nak kena goreng ke tuu mukanya .. hikhiks

    BalasPadam
  15. bedak lejen,mujarab tuk ruam lampin baby hehehe

    BalasPadam
  16. Speedmart pun ada rupanya.. Senang nak cari..

    BalasPadam
  17. yang baru ni memang best lagi2 yg ada bau rose ngan levender ..tekstur bedak dia lagi halus dan lembut tu pasai boleh hamtam pakai kat muka yer dakk

    BalasPadam
  18. ye, kita pun guan sampai sekrg..pastu tak sangak ada bauan harum..huhu

    BalasPadam
  19. Produk yang sememangnya terkenal sejak turun temurun. Mesti best sbb dah ada wangian lavender ni.

    BalasPadam
  20. Dulu masa kecik2 selalu guna bedak ni.. Kena paksa pakai sebab nak elakkan bau mashamm lepas maik sakan..

    BalasPadam
  21. Kalau gatal sedap ni bubuh bedak Agnesia, hilang terus..

    BalasPadam
  22. jenama legend ni. Best guna.. dah ada banyak pilihan nak kena cuba lahh cari satu

    BalasPadam
  23. Dulu masa kecik memang arwah mak pakaikan bedak ni, wangi!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.