Kisah video caj mahal Plaza Tol Southville City- Serdang - BEN ASHAARI

Isnin, 1 Julai 2019

Kisah video caj mahal Plaza Tol Southville City- Serdang


Tersenyum aku melihat video di dalam entri tu. Yup , aku pernah kena. Baru juga la. Kisahnya aku dari Sepang nak ke Cheras. Aku lalu tol ni gak. Di depan aku ada sebuah kereta. Dia macam ada problem ketika scan kadnya. Berkali dia cuba pastu palang tol tu naik. Dia pun bergerak. Tapi palang tu tak turun.

Giliran aku. Aku touch  guna Touch N' Go.  Sebelum tu , aku perhatikan salah seorang staf di situ. Dia buat tak tau jer. Aku nak je tegur bertanyakan hal palang tak turun tu. Tapi sebab aku nak kejar masa , maka batalkan niat aku.

Aku guna kad Touch N' Go pertama.. takda respon. Mungkin duit dalam tu tak cukup ? Aku tukar kad satu lagi. Yang ni confirm duit banyak. Aku baru reload. Tapi tak la banyak mana pun namun cukup untuk pengerakkan aku ni.

Takda respon ! Aku pandang staff di situ. Dia sibuk dengan kerjanya. Aku teruskan memandu. Dengan harapan , dah scan ! Jika tidak, aku akan bermasalah di tol di hadapan sana. Huhuh.. Aku nak cepat neh.. jangan kasi aku masalah dah ler.

Dan di tol Sg.Besi.. yup , aku bermasalah ! Tertera di jumlah perlu dibayar ialah RM51++ . Aku tekan loud speaker untuk bantuan.

" Kad encik tak cukup baki. " jawabnya.

Aku jawab. " Saya dari tol Southville. Di sana tadi ada problem dengan tol. ".

Tak sampai seminit ada seorang staff datang. Dia tanya aku pasal kad. Aku jawab aku guna dua dua untuk cuba. Dia kata , kena guna kad yang sama. Aku jawab semula. Aku dah nak keras dah masa ni. Memang laaa kena guna kad sama . Takkan aku baru belajar guna tol kot ? Masalahnya , ketika di tol sana, scanner tak beri  respon terhadap tindakan aku tu. Jadi camana aku nak tau aku punya scan tu dah diterima atau tidak.

Dia amik no kereta aku dan bukak palang. Aku teruskan perjalanan. Terus ke Petronas untuk reload kad. Aku nak tengok apakah kad aku itu akan ditolak RM50 setelah direload  ? Dan... aku tarik nafas lega !

Ini insiden kedua dan sejujurnya yang pertama pon kad touch n go aku terbang melayang RM50. Nasib dapat claim semula cuma makan masa dan juga buang masa ! Tapi apa nak buat.. sistem rekaan manusia. Mana ada yang sempurna.

Cuma jawapa dari pihak Plus dalam blog tu buat aku tersenyum. Heeee..

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.