Anak kedua menagih kasih sayang ?

by - Ahad, Ogos 11, 2019


Anak kedua... aku anak kedua. Zahra anak kedua. Orang kata , anak kedua ni berdikari ! Dan anak kedua ni , kurang dapat kasih sayang berbanding anak pertama dan ketiga dalam 3 beradik. Yang nombor lain tu , aku tak tau la sangat. Heee.. 

Zahra.. aku perasan dia ni sering buat aku marah berbanding adik beradik dia yang lain. Seolah olah saja buat aku jadi gitu. Mendapatkan perhatian bak kata orang. Aku kasihan sebenarnya dengan dia. Memang dia ni ikutkan aku lebihkan juga cuma yang aku tak tahan tu part dia menangis ! Adoiii laa... sakit telinga aku. Dia punya nangis tu kan.. cam .. haish ! Dan punca menangis pun adoilaaaa... boleh buat aku hantukkan kepala di dinding ! 

Contohnya...Dia tengok adik dia dok main mainan dia. Dia amik. Bila adik dia cuit , dia nangis. Dia kata adik dia pukul ! Adoi.. Sikit je kot ? Pukul tu ye la tapi memang la tak sakit mana pun. Dah dia main rampas gitu jer ! Bila kita cakap baik baik.. dia tak nak dengar. Haaa.. saja buat gitu.


Yang kedua... dia nak kita yang ikut cakap dia. Tak nak beralah sama sekali. Contohnya , bila kita suruh dia mandi tapi dia nak susu botol dulu. Selagi dia tak dapat , selagi tu dia tak nak mandi. Kalau kita paksa dia mandi.. dia akan menangis bersungguh sungguh. Macam kena dera lagaknya.

Dan baru baru ni ketika gi menonton Boboiboy. Haish.. Dia boleh bantai menangis tak henti semata mata aku tak gelakkan dia bila dia buat lawak tapi aku gelak sebab Aariz buat lawak yang serupa dengan dia. Masalahnya ialah dia tiru Aariz. Hahahaa.. Serius aku geram sangat kat dia masa ni. Aariz menjerit 'Boboiboy' ketika nampak perkataan Monsta keluar. Dia tiru. Suara dia tu kuat. Sah sah la aku marah dia. Hahahaa.. Nak ikut Aariz, suara dia jerit tu dengan nada pelat. Adoi hai la anak. 


Tapi menurut mak aku.. bila aku takda depan mata dia , dia sangat ok ! Takda masalah sungguh dengan dia. Mudah ikut kata dan matang jer perangai dia. Boleh nampak perangai dia yang matang bila masuk dalam pasaraya. Nah , ketika dia boleh buat dunia dia sendiri ! Mencari apa dia nak. Memilih dan mudah bertolak ansur.

Dan dia juga sebenarnya penghibur hati aku. Anak kedua ni memang melucukan tapi mereka simpan sebab nak orang tuanya manjakan dia. Contohnya semalam. Di jam 2 pagi , semua orang tidur.. dia temankan aku buat keja. Duduk sebelah aku dan dia pun buat kerja dia. Sesekali dia pandang aku sambil tersenyum. Aku pandang dan balas senyumannya.  Dan best partnya.. dengan ekor matanya menjeling ke arah sesuatu yang dia letakkan secara senyap berhampiran dengan aku. Dan aku tak perasan entah bila dia letakkan benda tu ! 

Aku terus ketawa besar. Dia pun. Hampehhhh laaaa anak dara sorang ni ! Dia tak perlu bersuara. Dengan matanya aku dah tau apa dia nak ! 

" Yelah , yelah... daddy buat.." terus bangun dan ke dapur. Lepas dapat susu botolnya tu, dia duduk sebelah aku. 

" Gi masuk tidur. Kang daddy masuk. " kata aku. Dan dia terus masuk. Aku pasti dia akan lena terus.

Bila kerja aku dah siap.. aku masuk dan tengok dia. Lena dah. Kesian dia. Terus aku baring sebelah dia dan kucup dahi serta pipinya. Camana sekali pun , dia tetap nak tidur sebelah aku. Dan takda sapa sapa boleh tidur sebelah aku kecuali dia. Sapa mencuba, dia akan menolaknya ! Yang ini dia takkan benarkan sama sekali. Daddy miliknya ketika tidur. Dah lena, lantak la sapa pun nak tidur sebelah daddy ! Hahahaha.. Bab tidur , dialah raja. Lena tak kisah apa pun dah. 

Anak kedua.. bagus tapi dia kuat cemburu. Cemburu seperti tidak disayangi. Walhal dia memang disayangi sangat. Dan sekarang aku memahami perasaan orang tua aku. Dulu aku begitu. Dalam keluarga. Rasa tidak diperlukan. Mintak apa saja , payah nak dapat walhal dapat jer. Dibutakan mata dek kerana cemburu ! Hurm..

You May Also Like

3 comments

  1. Macam sha anak kedua lebih banyak mengalah.. Hihihi

    BalasPadam
  2. Dalam tiga orang anak Ben, Aara paling mhiburkan suka baca pasai dia bila Ben share heheh

    BalasPadam
  3. Nanti jangan cemburu dengan kak ipar atau adik ipar tau Zahra.. Ibu daddy mmg dah sayang Zahra.Hehehehe

    BalasPadam