Best tak Boboiboy Movie 2?

by - Sabtu, Ogos 10, 2019


Dah berkali kali si Qhaliff ingatkan aku akan tarikh keramat Boboiboy ni keluar di panggung. Tak sabar nak tonton katanya sebab best. Erk.. Baru layan trailer  dah tau best ? 

Tapi sejujurnya memang best terutamanya di bahagian skrip.. Bagi aku la. Animasinya dah boleh diletakkan setanding animasi animasi yang popular ketika ini. Itu baru yang bersiri dan movie yang lepas. Terbaru ni, aku baru nak layan. Apakah berbaloi ?? 



Ok.. Aku boleh katakan anak anak yang tonton akan menumpukan sepenuh perhatian pada layar. Setiap babak tidak membosankan sama sekali. Walaupun santai. 

Dan yang dewasa pon memang akan ketawa bila layan dialog dialog yg diucapkan mereka. Melainkan yang tak minat, bolehlah tidur. Yer, ada yang tidur. Tak per.. Janji dia bawa anak anak layan.

Ahaaa.. Satu je aku nak pesan pada orang dewasa ni. Ramai yang bawa anak anak termasuk yang belum berakal. Nak mengawal mereka bukan mudah. Maka, silalah letak had kesabaran tu di satu level yang luar biasa. Biasalah... Ada yang jarang masuk panggung.. Jadi galak skit perangai tuuu.. Tak perlu nak marah marah la yer. Layankan jer  dan sabar.

Kesimpulannya .. Berbaloi bawa anak anak di kala cuti panjang ni. Dan pastikan.. Mereka cukup tidur dan rehat sebelum masuk ke panggung. 

You May Also Like

2 comments

  1. Teringin nak pergi tengok Boboboi. Mungkin hujung minggu ni pergi tengok dengan anak dan isteri.

    BalasPadam