Kenangan yang tak mungkin aku dapat lupakan ! Terima kasih Air Asia !!

by - Khamis, Ogos 15, 2019

Menyingkap kembali kenangan pertama kali aku dapat tawaran ke luar negara adalah di luar impian aku sejak bergelar bergelar blogger. Tapi aku tak nafikan ianya boleh jadi kenyataan cuma tak sangka untuk trip pertama, segalanya yang aku impikan selama aku hidup ini , menjadi realiti dalam masa sesingkat itu ! 

Segalanya bermula dari satu email yang aku terima di kala masing masing sibuk beraya ! 


Ketika dapat email ni , aku gelak ! Jam 2 pagi aku baca email ni kalau tak silap aku !! Terus aku delete weh ! Sapa pulak nak scam aku di pagi pagi hari ni .. di saat orang sibu beraya wehhh ! Terus aku sambung tidur .

Tapi di pagi harinya , aku kembali check email tu. Aku tengok dari sapa. Kemudian isi serta penghantarnya. Kelihatan asli ! Hurmmm.. Aku reply.. Dan woww !! Aku tunjuk pada wife. Dia  pun teruja. Cuma ketika tu sedikit sayu sebab nak tinggalkan Zahra yang baru lahir. Huhuh.. Tak pe la. InshaAllah ok jer.

Dan akhirnya... akhirnya ! Masa singgah Airport Dubai pun aku cam.. Wowww ! Hahahaha.. Aku peminat senibina sebenarnya. Mana mana airport memang mengagumkan aku. Seterusnya aku dan rombongan seramai 6 orang tiba di Paris ! Fuhhhhh.. macam mimpi je wehhh ! Aku tak sangka sama sekali trip pertama aku , ke kota romantik ini ! Huhuh.. Tak sangka sama sekali ! 


Walaupun dah berlalu 5 tahun tapi kenangan ni masih segar bersama aku. Yer , aku turut hampir di seluk saku di sini. Nasib baik ada sahabat yang sering 'menjaga' aku memandangkan aku pertama kali keluar negara. Macam kanak kanak aku jadinya. Hahahahha.. Tapi best sangat ! 

Akhirnya... Eiffel Tower di depan mata aku. Dapat juga sentuh besi buruk ni ! Hahaha.. Bangga sebab aku dapat merasainya atas tiket blogger ! Ye, ramai dah pergi sini tapi sapa je dapat pergi atas tiket tajaan dari syarikat penerbangan terkemuka dunia ?? Haa... tajaan penuh wehh ! 

Kenangan manis tetap terpahat di hati ini ! 



Tapi yang paling best.. ialah ke bandar Toulouse. Bandar penerbangan yang cukup cukup cukup cantik dan nyaman ! Fuhh... sebijk macam dalam cerita cinta gitu. Lepak kat cafe sambil membaca novel , ada yang berbasikal..kelihatan kanak kanak ceria berlari sana sini.. udara yang cukup nyaman walaupun matahari di atas kepala.. hehehee

Kilang Airbus. Aku memang teringin nak berada dalam ni sebab nak tau sangat camana kapal terbang dibina. Melawat ke mock up cabin dan melihat camana ruangan kabin kapal terbang yang ditempah khas Cukup kagum ! 

Panjang nak cerita sebenarnya tapi sudahlah.. dah lepas pun ! Hahahha..










Dan sekali lagi.. aku teruja.. Aku ingatkan balik ke KL kena gi Paris semula tapi rupanya tidak ! Naik kapal terbang terus dari kilang dia wooooo ! Sapa sangka kan ? Satu impian yang tak terduga sebenarnya. Ditambah lagi dalam kapal terbang , takda penumpang lain selain krew kapal terbang. Segalanya baru dalam ni. 18 jam perjalanan tanpa henti. Makan tidur jer.. Heheheh.. 

Alhamdulillah.. Berbaloi jadi blogger. Terima kasih pada En.Fairuz dan juga Air Asia kerana sudi memilih aku ke trip ini. Kenangan manis sampai mati ! 

You May Also Like

1 comments

  1. Tahniah Ben...bertuah badan berkat usaha ko selama ni...berbaloi..

    BalasPadam