Kerana 'kereta Ferrari' , aku takkan singgah dah SHELL !

by - Ahad, Ogos 11, 2019

Shell tarik pelanggan dengan cara yang menarik kali ini. Aku pun tertarik walaupun aku bukanlah pengemar mengumpul koleksi kereta ni. Akhirnya masuk ke stor dan tunggu masa untuk dibuang ! Tapi dek kerana Qhaliff yang mintak , aku ikutkan jer. Kalau ikutkan aku... hurmm.. buang masa jer ! Kenapa ? Kualiti tak seperti yang diharapkan. Mungkin beli dan simpan dalam almari je.. Tu ok la !

Ok... Ceritanya gini. Haaa... Shell antara stesen petrol yang aku suka selain Petronas. Petron tu pun aku suka. Tak kisah mana mana pun sebenarnya. Bagi aku sama jer tapi yang menjadi keutamaan adalah layanan staff di situ. Tak suruh layan macam raja tapi cara sambut pelanggan adalah sangat penting ! 

Kalau di Bandar Tasik Permaisuri , aku suka gi Petronas. Staff dia mesra.  Di Putrajaya , aku suka di Shell Presint P18. Boleh belajar dari staff di sini. Mesra pelanggan sangat ! Manakala di Salak Tinggi ni , aku sebenarnya suka ke Shell Bandar Baru Nilai yang lebih jauh dari rumah aku walaupun ada beberapa stesen petrol berhampiran dengan rumah aku ni .

Shell Salak Tinggi ni aku nak cerita. Aku boikot dah selepas ni. Sanggup singgah Petron jer yang berada di sebelahnya. Semuanya kerana kereta Ferrari ! Isu kali pertama , aku singgah beli. Aku sanggup pusing sana sini terlebih dahulu untuk pastikan aku boleh isi petrol dengan RM30. 

Dan aku pun gi isi. Dapat la RM30. Bila gi mintak nak beli , dia kata semua abis stok ! Semua kereta. Huk alohhhh !! Rasanya masa tu dah ada 4 jenis yang dikeluarkan. Pergh.. Aku tak kisah tapi cara dia cakap kat aku tu cam.. hurm.. Mintak maaf pun tidak ! 

" Abis stok. ". Gitu jer ! Geram ! Kesilapan aku , aku tak tanya awal awal ! Kalau tau , aku gi je stesen lain. Tak kisah jauh dekat. Anak dah teringin sangat yang terbaru. Naik angin gak tapi aku sabar.  

Maaf ! Aku takkan singgah dah !

Aku pikir punya pikir. Teringat  Livina tak diisi lagi petrol. Malam tu gak , aku gi isi petrol kat stesen Shell Nilai Square. Di situ, Ya Allah.... mudahnya nak bertolak ansur. Aku cerita masalah aku. Katanya amik resit, datang beli sini je kereta tu. Boleh , tak de masalah !!!! Aku cam.. Hah ??? Tapi masalahnya , masa aku isi petrol kat stesen Shell Salak Tinggi tu , tak de kuar resit ! Rasa menyesal pun ada gak. Tapi staff tu kata tak pe.. Gi masuk je dalam. Beli jer mana yang ada stok. Pastu jangan lupa cop lagi ! Kalau lengkap cop , dapat voucher RM5 ! Hah ??? Boleh pulak eh ? Dia senyum. Aku pun beli 2 jenis la. Senang aihhh.

Selang beberapa minggu , aku singgah lagi Shell Nilai Square tu. Masa tu keluar koleksi baru. Dan diorang bukak meja di depan premis tu ! Nahhh.. sapa nak beli , beli je kereta yang ada. Semua keluaran ada kecuali yang belum keluar ! Beli tanpa tunjuk resit. Aku cam.. wow ! Bagusnya Shell Nilai Square ni. Dah la peramah. Senyum jer. 

Dan malam ni.. disebabkan dah masuk tarikh 11hb Ogos 2019 , maka 2 koleksi baru keluar. Dan kebetulan di dashboard meter petrol aku dah tunjuk tinggal dua bar jer , maka aku buat keputusan untuk ke Shell Nilai Square selepas beli barang di Tesco dan makan KFC di Nilai Square tu. Tapi Zahra nak buang air besar lak ! Adeh... terpaksa la aku balik rumah jer. 

Selepas buang air besar , diorang lapar ! Nak tak nak kena kuar semula dan ke KFC Kota Warisan. Meter dah nak cecah 1 bar jer. Maka aku buat keputusan untuk berenti isi petrol di Shell Salak Tinggi ni. Lagi pun esok pagi nak bertolak ke Kelantan. Malas nak isi dah di awal pagi. Senang cerita nak tolak terus dan isi di highway jer. 

Di situ.. aku mintak wife aku gi beli kereta Ferrari tu dan isi Touch N Go , RM100. Sebelum tu aku gi tanya dulu. Katanya ada. Aku lemparkan senyuman dan tunjuk tanda ' Good' ! Aku pun isi la. Dengan harapan dapat la lebih RM60. Boleh la beli dua kereta. 

Wife aku datang. Katanya tak boleh beli dua dengan satu resit ! Aku cam... Dia dah bengang sebab cara staff berbangsa Bangla tu jawab dengan nada angkuh. Wife aku tanya.. kat Shell lain boleh je beli tanpa banyak cerita. Kenapa sini susah lak ? Tau dia jawab apa ? Dia suruh pergi beli kat sana je. Korang rasa camana bila dijawab gitu ? 

Dan aku.. Isi punya isi.. sampai RM54 dan berapa sen je. Aku pun gi la beli. Mintak la dua. Kot kot la dapat. Tapi tak boleh ! Katanya satu resit boleh beli satu jer ! Aik ???? Pulak ? Ko tak tengok pun resit aku lagi tapi dah terus tolak gitu jer ? Aku dah naik angin ! Hari tu , bila aku isi cukup , ko takda stok... selamba je tolak gitu ! Tanpa mintak maaf ! Ni bila dah isi , ko jawab dengan cara angkuh gitu. Konon boss kata tak boleh ! 

Adoi.. berapa banyak kereta datang isi lebih RM30 dan tak beli pun kereta tu ! Aku pernah je tengok orang sebelum aku tu isi RM80 dan blah gitu jer. Yang isi RM30 dan nak beli kereta tu pulak yang banyak isu ! Bukan nak curi pun. Aku nak beli !! Kalau abis stok , order la lagi ! Shell lain boleh bersepah je stok !! 

Aku dah naik angin dan tinggi suara di situ. Nasib baik di luar premis. Aku beli satu dan blah. Aku tau Qhaliff nak sangat lama dah yang F1 tu ! Seriusss.. ni last la aku beli benda benda gini ! Asalnya nak support Shell .. Rasanya pasni dah tak payahhhhhhhhh dah ! Anak anak aku pun bukan nak buat koleksi. Bersepah je dalam rumah. Tunggu masa nak dibuang jer ! 

Menyesal aku singgah stesen Shell Salak Tinggi tu. Memang pasni takda dah ! 



Pasni memang tak beli dah ! Beli Hot Wheel lagi bagus.

You May Also Like

2 comments