Sampai di sini saja pembelajaran Zahra di tadikanya ..

by - Rabu, Ogos 21, 2019


Terpaksa berhentikan dia ! Keputusan dibuat sebulat suara selepas berbincang dengan wife. Memikirkan masa depan Zahra , maka aku dan wife nekad untuk mencuba dalam tempoh 4 bulan ni di sebuat tempat baru yang rasanya lbagus untuk dia memperbaiki segala kelemahan yang ada. 

Apa masalah dia ? Hurm.... nanti aku cerita selepas memastikan betul betul. Hanya itu jer masalah dia. Rajin , suka melukis , punya daya imaginasi yang tinggi.. teringat aku masa kecil dulu. Dia sama cam aku punya masalah. Hahaha.. InshaAllah ok Zahra. 

Jika dia boleh menguasainya , aku akan kembalikan dia di tadikanya. Takda masalah dengan tadikanya. Masalah tu lebih pada dia jer. Dan ramai punya masalah seperti dia tapi akhirnya berjaya pun dan paling penting mereka menjadi insan insan yang cukup kreatif dan berdaya saing. 

Kat mana aku nak hantar ? Biarlah dulu. Semua tu akan aku ceritakan nanti , bila tiba masanya nanti. Buat masa ni , dia abiskan sisa sisa harinya di tadika. 

You May Also Like

1 comments

  1. Dah berapa tahun tak stalk blog ni. Sampai lupa nama apa blog. Yang kenal Ben Ali saja. Hahahaha
    Btw semua budak² dah besar. Seronoknya tengok.

    BalasPadam