Beg baru punya semangat, bersungguh nak pergi sekolah tapi..

by - Selasa, September 10, 2019


Segalanya bermula dari beberapa minggu lepas.. Ketika aku menjemput Qhaliff pulang dari sekolahnya. Dia lewat keluar dari kelas. Aku masuk ke dalam kelasnya. Rakan yang lain dah balik. Tinggal dia terkial kial membetulkan zip begnya yang rosak. Kesian.

Aku pun periksa. Hurmm.. Aku angkat begnya. Di rumah, aku berusaha betulkan beg Semigelnya tu. Ok  berjaya! Harapan, dapat guna hingga hujung tahun ni. Nak beli baru cam sayang lak sebab sekolah tak lama lagi nak sampai penghujungnya. Tapi ikut aku, beli je la. Kasi dia semangat pergi sekolah.

Dan minggu lepas, aku gi jemput dia lagi. Rutin aku. Tapi agak terlewat skit kali ni sebab aku dari Putrajaya.. Sesampainya aku di sekolahnya  aku tercari cari dia. Ahaaa, nampak.. Tapi riak muka dia seperti nak meraung!! Aku berjalan ke arahnya. Dahi aku berkerut secara automatik. Yeargh...seperti biasa !

"Kenapa Qhaliff ?" tanya aku.

"Buku Qhaliff.. Abis semua masuk dalam longkang !" sambil tunjuk ke arah buku bukunya yg terjatuh dalam longkang. Kawan kawan sekolahnya mengelilingi aku dan dia. Air mata dah mula mengalir. Aku cam.. Hurmm.. Aku pun angkat besi penutup longkang tu lalu turun ke dalamnya untuk mengutip buku buku sekolahnya. Nasib baik takda air.

Sejak tu, dia minta beg baru. Dan aku akur dengan permintaan dia tu. Semalam  , aku sekeluarga ke Alamanda. Selepas beli kek harijadi Aariz , aku belikan beg untuk dia dan Zahra. Kasi semangat skit untuk ke sekolah.

Ternyata masing masing tak sabar nak pergi sekolah. Pagi ni , tak perlu jadi Hulk , dengan mudah mereka mandi pagi dan bersiap ! Jam 7.10 pagi , aku hantar Qhaliff dulu ke sekolah. Alhamdulillah , urusan pagi ni mudah. Kereta tak banyak tapi menghadirkan satu perasaan pelik buat aku.. Hurmm.. Aku tercari cari mana Pakcik yang jaga lalu lintas. Nak tanya dia. Tapi dia takda lak. Tak pe la.. Kang , kalau betul tekaan aku.. pihak sekolah akan call ! Heheheh.. 

Di rumah.. nasib baik aku rajin belek handphone. Sesungguhnya , telefon aku ni senantiasa dalam mode silent atau vibrate. Aku tak suka bunyi telefon yang banyak menganggu emosi aku. Hahahaha... Bikin terkejut beruk kadang kadang. Kuat sangat jeritannya !

" Boleh saya bercakap dengan En. bla bla bla... Anak Encik , Qhaliff hari ni sepatutnya cuti. " mata aku terus terbuntang ! Hah , betul laa tekaan aku ! Hahahahah.. Aku terus suruh wife gi amik dia kat sekolah. Tengok tarikh hari ni , 10 hb. Memang betullah di surat edaran sekolah bagitau 10hb cuti exam UPSR. Huhuh.. 

Wife gi jemput Qhaliff. Sesampainya di rumah , membebel pakcik tu ! Eh, aku pulak kena bebel padahal dia yang tak sabar nak pergi sekolah !! 



You May Also Like

6 comments

  1. Alahaii.. cuti rupanya.. rajin pula dia ke sekolah sebab beg baru.

    BalasPadam
  2. Dah agak mesti sekolah cuti..bila Ben cerita ni...Redho ja la Qhaliff dgn papa awak ni...

    BalasPadam
  3. HAHAHA memang la cuti UPSR.. mujur un semak semalam, ikutkan along dah kemas beg hehehe

    BalasPadam
  4. excited punya pasal...sampai terlupa cuti budak UPSR...hehehe

    BalasPadam