Buah Zuriat boleh bantu kehamilan ? Makanan yang tak boleh dimakan ketika hamil ialah..

by - Rabu, September 04, 2019

Teringat aku ketika aku suami isteri berusaha mendapatkan zuriat pertama. Pelbagai cara diusahakan. Dan antaranya ialah minum air rebusan buah zuriat ! Awalnya aku cam.. ye ke ? Betul ke ? Haish.. mengarut je bunyinya ! Tapi nak tak nak , kena la cuba. Mana la tau kot kot berjaya walaupun tak percaya.. 

Berjayakah ? Hurmm...

Ok.. meh menyingkap kembali entri aku pada tahun 2010.. kisah buah zuriat ni..


" Pernah dengar buah zuriat ? Buah yang dikatakan hanya boleh didapati di Mekah .. Tujuannya adalah antara cara untuk mendapatkan zuriat ( dengan izin Allah ) ..

Ada la kawan wife aku yang bagi .. dah lama simpan , tiba tiba ari ni wife suh aku pecahkan .. Mengikut dari apa yang digoogle , biji buah tu perlu direbus dan minum air rebusannya .. Hurmm .. Ada yang tau ke ??

Buat pengetahuan korang , nak dapatkan isi dari buah ni , bukanlah mudah .. ibarat nak dapatkan isi buah kelapa.. kalau yang tak tau tu , pasti akan mengetuk sampai hancur.. Kiamat ler ..

Caranya , kena buang kulit luar tu dulu.. hiris sampai nipis dan baru ketuk .. hehe... berpeluh ketiak jap la nak dapat .. Mengigil gak tangan tadi nak dapatkan biji buah tu.. Alhamdulillah.. dapat gak .. huhu..

Gambar diatas tu menunjukkan buah zuriat dan biji buah zuriat yang telah aku ketuk tu... skang tunggu je wife rebus.. Berjaya atau tidak , berdoa jer .. yang penting adalah usaha .. hehe.. InsyaAllah. ".

Apakah itu buah zuriat 

Buah zuriat atau terdapat sesetengah yang memanggilnya sebagai buah Adam dan Hawa, merupakan buah dari pohon yang terdapat banyak di tanah Arab, iaitu di Mekah dan Madinah. Dikatakan antara kelebihan buah zuriat ini atau turut dikenali sebagai doum fruit, atau nama saintifiknya, Hyphaene thebaica adalah:
  • Dapat merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita 
  • Menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Ia dikatakan sesuai untuk individu wanita yang pernah mengalami keguguran, mandul dan tidak mempunyai rezeki untuk memiliki zuriat
  • Mengaktifkan sel darah yang baru, dan hormon yang lebih subur tanpa menjejaskan sel-sel lama
Cara untuk mengambil buah zuriat ini sebagai salah satu usaha untuk hamil adalah dengan mengamalkan meminum air rebusan buah zuriat ini, bergantung kepada rezeki masing-masing.

Kandungan buah zuriat 

Selain dikatakan dapat berfungsi membantu kesuburan, buah zuriat ini juga dikatakan berperanan membantu memberikan kesihatan yang baik dengan melawan dan mencegah penyakit. Antara yang terkandung dalam buah zuriat adalah seperti:
  • Tinggi kandungan serat dan karbohidrat
  • Mempunyai kandungan protein yang tinggi
  • Kandungan kalsium
  • Terdapat kandungan lemak yang sedikit
  • Tinggi kandungan vitamin B1, B2, dan B3
  • Bersifat antikanser, antimikrob
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi
  • Manfaat buah zuriat

Selain memberikan manfaat dalam aspek kesuburan, berikut adalah beberapa manfaat lain yang dipercayai dapat diperolehi daripada buah zuriat. Antaranya:
  1. Melancarkan haid
  2. Mencegah penuaan
  3. Melawan radikal bebas dan kanser
  4. Meningkatkan stamina dan kecergasan diri
  5. Mengurangkan tindak balas alahan
  6. Mengurangkan tekanan
  7. Mengatasi gangguan pencernaan dan sembelit
  8. Mengurangkan tekanan darah tinggi
  9. Mencegah osteoporosis
  10. Mencegah jangkitan dan keradangan
  11. Mengurangkan masalah dehidrasi
  12. Melancarkan peredaran darah
  13. Merawat saluran darah tersumbat
  14. Mengurangkan rasa sakit dan lenguh sendi

Jika anda mempunyai rezeki untuk mendapat dan memperolehi buah zuriat ini, tidak salah untuk mencubanya bukan? Anggaplah ia sebagai satu ikhtiar dan usaha anda dan pasangan untuk hamil. Jangan pernah putus asa!

Selain dari buah zuriat , meh kita tengok buah apa lagi yang boleh bantu untuk meningkatkan kesuburan bagi memudahkan si isteri kita hamil...

1. Buah Sitrus 
Tidak hanya kaya dengan sumber vitamin C yang tinggi, buah-buahan seperti oren, limau gedang dan pelbagai buah-buahan sitrus lain turut mengandungi kalium, kalsium dan vitamin B – folat – yang dapat membantu meningkatkan kesuburan dengan mengawal selia ovulasi dan memujudkan persekitaran yang sihat untuk telur.

2. Sayuran berdaun hijau
Sayuran seperti bayam merupakan antara sumber terbaik untuk mendapatkan nutrien pranatal yang penting seperti kalsium, zat besi – terutama ketika anda sedang dalam kedatangan haid – dan folat – yang dapat melindungi dan mencegah kecacatan kelahiran bayi pada tumbesaran otak dan tulang belakang yang pesat membangun dalam beberapa minggu pertama kehamilan.

3. Beri
Buah beri seperti beri biru atau rasberi tinggi dengan kandungan antioksidan semula jadi dan antiradang fitonutrien – yang membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Seperti buah-buahan sitrus, buah beri juga kaya dengan kandungan folat dan vitamin C, yang dapat membantu perkembangan janin dalam proses tumbesarannya. Beri juga dikatakan sebagai sumber serat yang baik dan dapat membantu mengurangkan berat badan, ini kerana wanita yang mempunyai berat badan berlebihan cenderung untuk berdepan dengan isu sukar hamil.

4. Avokado
Satu cara lagi untuk meningkatkan pengambilan dos harian folat anda adalah menerusi buah avokado. Buah berkulit hijau gelap ini mengandungi kandungan vitamin K yang dapat membantu badan menyerap nutrien secara berkesan sambil mengekalkan keseimbangan hormon. Avokado juga tinggi kalium yang berperanan mengawal tekanan darah.

5. Salmon
Merupakan alternatif terbaik untuk sumber protein selain daging dan ayam. Ikan berlemak ini adalah kaya dengan sumber omega-3 dan DHA (Docosahexaenoic acid), yang amat penting untuk perkembangan otak dan mata untuk janin di dalam kandungan anda. Individu yang mempunyai masalah berat badan dan obesiti, kebiasaannya mengalami masalah kekurangan DHA, jadi pengambilan salmon adalah sumber nutrien yang baik untuk diambil sebelum anda hamil.

6. Telur
Telur ayam organik mempunyai kandungan mineral dan vitamin yang tinggi bersama asid amino seperti kolin, yang dapat meningkatkan kualiti folikel. Seperti folat, ia dapat membantu mencegah kecacatan kelahiran saraf neural dan membantu dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan anda.

7. Walnut
Setiap kacang mempunyai manfaat yang tersendiri, yang berbeza antara satu sama lain. Kacang walnut kaya dengan serat tinggi dan mengandungi omega-3. Kacang ini turut tinggi kandungan magnesium, yang membantu penghasilan progresteron dan meningkatkan bekalan darah ke rahim, sekali gus membantu kesuburan anda. Magnesium dapat membantu meredakan simptom morning sickness yang sering dihadapi oleh wanita mengandung pada trimester pertama kehamilan. Tetapi kebanyakan kacang mempunyai kandungan kalori yang tinggi, jadi pastikan anda mengehadkan pengambilan harian anda.

8. Delima
Buah dengan isi yang berwarna merah ini kaya dengan vitamin C – sumber antioksidan yang baik. Ia juga mengandungi antioksidan lain seperti resveratrol dan merupakan sumber buah-buahan yang mengandungi tiga kali ganda antioksidan berbanding teh hijau. Antioksidan dikatakan dapat membantu mencegah gangguan yang boleh menyumbangkan kepada risiko kecacatan dan keguguran. Buah ini juga mempunyai khasiat nutrien kesuburan seperti vitamin A, vitamin E dan vitamin B3, asid folik, kalium dan serat. Terdapat kajian juga menyatakan bahawa buah delima ini mempunyai kesan pencegahan terhadap kanser prostat dan payudara. Ia juga dipercayai dapat melindungi otak bayi jika sewaktu dalam kandungan, ibu yang hamil mengambil minuman jus delima.

9.Buah ara
Buah ara (figs) merupakan buah yang kaya dengan kalsium dan serat, di mana mineral dan vitamin ini membantu menyingkirkan estrogen dan xenoesterogen dari sistem pencernaan sebelum ia diserap. Buah yang dikenali sebagai buah tin ini juga memberi manfaat kepada masalah kesihatan sindrom ovari polisistik (PCOS) – PCOS ialah sejenis gangguan pada hormon wanita dan ovulasi. Buah ara juga dapat melindungi dari kanser payudara, meningkatkan kepadatan tulang, melindungi sistem kardiovaskular dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Apa yang boleh dan tidak boleh dimakan semasa hamil

Orang kata, wanita hamil kena jaga makan. Apa maksud di sebaliknya? Tahukah anda bahawa terdapat sesetengah jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh wanita hamil. Dan, terdapat juga sesetengah makanan yang dikatakan tidak boleh diambil oleh ibu hamil, namun sebenarnya boleh dimakan asalkan dengan kuantiti yang sederhana. Ketahui jenis-jenis makanan tersebut dan alasan pantang larang makan dibuat untuk ‘mak buyong’.

Durian
Mesti anda pernah dengar orang-orang tua melarang ibu hamil untuk makan buah durian, bukan? Ini adalah antara pantang larang ibu mengandung yang sering didengar. Larangan memakan raja segala buah ini dibuat kerana dikatakan terlalu ‘panas’ untuk mereka yang hamil.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kajian yang menunjukkan buah durian tidak selamat dimakan. Cuma, kandungan yang terdapat dalam buah durian, iaitu kandungan gula dan karbohidratnya begitu banyak dan boleh membahayakan ibu hamil yang menghidap diabetes. Kajian menunjukkan dua ulas durian yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori di dalamnya. Selain itu, durian juga menghasilkan banyak gas dalam perut dan usus, serta boleh menyebabkan ibu hamil mengalami kembung perut dan loya-loya.

Justeru itu, adalah lebih elok jika ibu hamil mengehadkan pengambilan makanan ini dengan maksimum dua ulas durian sehari atau kurangkan pengambilannya.

Coklat
Adakah coklat berbahaya kepada wanita hamil? Kebanyakan wanita hamil yang menggemari coklat ragu-ragu untuk menikmati makanan kegemaran mereka itu memandangkan coklat juga mempunyai kandungan kafein.

Wanita hamil dibenarkan memakan produk berasaskan koko ini hanya jika mereka tidak mempunyai alergi kepada koko dan coklat.

Menurut kajian, kandungan kafein yang terdapat pada coklat adalah rendah dan masih selamat untuk wanita hamil. Tambahan pula, coklat juga kaya dengan magnesium yang baik untuk perkembangan otak bayi di dalam rahim.

Selain itu, coklat juga membuatkan wanita hamil berasa lebih tenang dan mengurangkan tahap tekanan mereka.

Walau bagaimanapun, setiap makanan jika diambil secara berlebihan pasti terdapat kesan buruknya. Justeru itu, kepada penggemar coklat, anda masih boleh menikmati makanan kegemaran anda ini tetapi haruslah berpada-pada. Jangan lupa! Coklat yang manis juga mempunyai kandungan gula dan lemak yang banyak selain mengandungi kalori yang tinggi. Jadi, berpada-padalah dalam memilih makanan anda!

Sushi ???? Tapai ? Nanas ? Kenapa , kenapa  ??? Hahahah... gi baca sendiri kat HelloDoktor.Com ! Macam macam ada kat sana untuk tingkatkan lagi ilmu korang mengenai dunia kehamilan ni ! 

Sumber : HelloDoktor.Com

You May Also Like

5 comments

  1. perkongsian yang bagus pada yang nak mencuba cara ni...masa gi sana memang ada nampak buah zuriat nih....tapi tak beli pulak ...ehehehe

    BalasPadam
  2. asslamaualaikum w.allah wabarakatuh
    saya puan fatemah saya menjual
    serbuk debunga kurma
    serbuk manjakani asli
    bunga fatimah
    madu sidir asli
    madu sauda
    minyak alhabbatusauda (black seed )
    yang berminat sila wat

    BalasPadam
  3. Saya menjual kapsul zuriat mojaz bersempena Nama anak saya Mohd jazlan.sila lawati page fb saya
    MoJaz untuk melihat pengalaman saya selama 7tahun berkahwin baru dikurniakan cahayamata.

    BalasPadam
  4. Sebelum minum air buah zuriat bersama-sama antara suami dan isteri, perlu niat dengan sejelas-jelasnya untuk ikhtiar hamil. Perlu tenangkan fikiran dan baca Bismillah, selawat atas Nabi Muhammad SAW dan diikuti surah Al- Imran (ayat 38 & 200).

    BalasPadam