Cadang nak hantar budak Alphabet ke Tadika Arina , Putrajaya

Mulut dia asyik dok sebut ABC...Z ! Pantang nampak HURUF di depan mata dia.. terus tarik kepala aku atau mak dia !

" A... Ahh ahhh ahh.. ". Tu kalau A.. Kalau huruf lain , dibunyikan juga style ajaran omputeh gitu.. Phonic ! Dia dah lama tau ABC ni.. belajar dari telefon pintar jer. Aku memang pasang kat dia bila aku nak memandu ke Cheras dari rumah aku. Tak nak dia kacau aku ketika memandu. 

Tu kalau huruf.. Angka lak , dia dah mula kenal. Cuma dia lebih taksub pada huruf ! Angka , kureng skit ! Hahahha... Sejak cecah 3 tahun beberapa hari lepas , dia memang cukup menghiburkan. Mak aku memang suka suruh tinggalkan kat rumah. Senang nak jaga sebab dia pandai berdikari ! 

Perangai baru dia... Suka buat memek muka gitu bila orang dok cakap ngan dia ! 

Dan dia seperti kakak dia, suka cakap omputeh gitu ! Nampak gaya , macam nak kena hantar dia ke tadika tempat kakak dia belajar je ni. Senang gak nanti mak dia nak jemput diorang. Tapi tahun depan Aariz baru 4 tahun. Sesuai ke gi tadika ? Tapi.. ramai je skang ni awal awal dah hantar ? Bukan untuk belajar sangat tapi lebih pada nak bersosial dengan rakan sebaya. Sian gak duduk rumah je kan ?

Tadika Arina Childhood Centre ni memang dah terkenal di Putrajaya. Ada 4 cawangan di sana ! Haaa.. Qhaliff juga belajar di sana dulu. 2 tahun. Dan Qhaliff mudah berbual tanpa janggal dalam bahasa Inggeris. Bukanlah aku nak besarkan bahasa tu tapi sesungguhnya English penting sebagai bahasa komunikasi dan juga dalam bacaan.  Aariz pun kekadang dok sibuk cakap omputeh dengan aku.. gaya muka yang penuh kepoyoan gitu ! Yup, Aariz kuat bergurau ! Grrr... Ngan mak pak dia jer. Dengan orang lain, tak de lak. Huhh..  

Hurm.. tengok la nanti camana. Tahun depan baru kasi keputusan. Hantar pun bagus. Sebab dia tengah suka nak belajar..

Tiada ulasan:

Entri Pilihan !

Sebak melihat mereka gembira dapat cermin mata dari Eyes Smart Group , Sungei Wang.

Aku 'berkawan' dengan founder Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah lama dah. Dah hampir 7 tahun atau lebih kot. Statusny...

Dikuasakan oleh Blogger.