Kalau nak jalan jalan di Pulau Pinang , cari jer hotel bajet atau homestay !

by - Khamis, September 26, 2019




Ini hotel bajet jer. Old Penang Hotel nama diberi. Masa kawan aku tempah, harganya di bawah RM100 untuk 2 orang . Yer, satu bilik boleh muat dua orang. Dalam tu , ada tv LCD , meja , kerusi  , tandas yang boleh muat seorang , 2 helai tuala.  Tu jer. Hahahah. Aku agak terkejut sebenarnya bila diberitahu harga hotel ni. 

Asas sungguh bilik hotel ni tapi ok la kan ? Kalau nak berjalan jalan tanpa menghabiskan masa di hotel , nah.. inilah hotel yang sepatutnya korang cari dan inap. Sekadar untuk berehat , mandi dan tidur ! Selesa dah. Tiada sarapan pagi disediakan yer.

Lokasi hotel ni , terletak di tengah bandaraya GeorgeTown. 5 minit untuk ke Komtar dan hentian bas. Bersebelahan dengan Times Square yang mana ada restoran McDonalds. Yup , ada dua penjaga di sini. Si Bumblee Bee dan Optimus Prime. Hehehe.. Dan menariknya , nak ke shopping mall pun dekat jer. Nak lagi best , restoran banyak berdekatan ! Nahhh...



Dan kalau korang spesis suka berjalan.. segala tempat menarik berdekatan jer seperti Ghost Museum, Magic World ,  The Tops dan banyak lagi. Sejujurnya , aku sebenarnya tak biasa duduk hotel macam ni tapi selepas ni , aku confirm cari hotel begini jika aku ke sana hanya untuk berjalan jalan !

Oh ya... di sebelah hotel ni ada kuil Hindu yang mana tak berikan masalah pon pada penginap hotel ni. Cuma masalah utama kat sini ialah tempat letak kereta ! Heheheh.. Sila pastikan korang bayar kupon parking.. Heee.. kalau tak, kena saman yer.

You May Also Like

7 comments

  1. Lama sungguh tak ke Penang, nanti nak pergi juga, anak-anak dah besar ni best gak jalan Penang ek..

    BalasPadam
  2. masa raya haji pergi penang, mmg cari budget hotel je. sebab nak tido 1 night je. asalkan hotel bersih dan selamat kira ok dah..

    BalasPadam
  3. Ohhhhhhhhhhhhhh... nampak mcm seram pula. Kalo di cat dengan warna menarik, pasti nampak cantik dan tak seram .

    BalasPadam
  4. I mmg biasa duduk hotel bajet gitu ja bila travel yg plannya mmg nak berjalan ja. Setakat nak buat mandi & tidoq ja pun. Asalkan bilik bersih ok sgt dah.

    BalasPadam
  5. Hari tu dok cari hotel bajet jugak. .Last sekali tempah tune hotel ja

    BalasPadam
  6. Terbaik bang. Harga hotel bajet kat situ harga berpatutan.

    BalasPadam
  7. kitaorang pun cari hotel bajet camni jer kalau bercuti. janji ada tempat selesan nak tidur.

    BalasPadam