Kerana 'trip' , Zahra batalkan niat dia untuk.. - BEN ASHAARI

Kerana 'trip' , Zahra batalkan niat dia untuk..

Seperti biasa , lepas solat subuh... tugas aku adalah siapkan anak anak. Sorang demi sorang aku mandikan. Diorang ni takda masalah untuk bangun mandi walaupun tidur lewat. Cuma lepas mandi tu masalah akan muncul !

Bukan Qhaliff tapi Zahra. Dia akan kembali ke dalam selimut. Qhaliff ni , ngantuk camana pun dia akan bangun bersiap. Cuma mata tu antara nampak dengan tak je la. Sepet jer. Zahra, dia akan terus meraung kalau paksa dia bersiap ! 

Pagi ni, dia dah set kepala dia untuk ponteng. Aku rasa dia tau aku nak ke rumah nenek dia. Tu yang dia tak nak gi sekolah. Aku terlepas cakap kat dia malam tadi sebelum tidur. Salah aku la. Hahahaha.. Masak aku. 

Tapi segalanya berubah bila mak dia berkata begini.. " Aara tak pergi sekolah , tak boleh gi lawatan. Kalau nak pergi lawatan , kena gi sekolah. ".

Terus berlari keluar amik baju dia. Ehhh ? Terus berubah mood dia ? Bersiap dah happy terus. Uik... Amik beg dan panggil aku suruh dukung ke kereta dengan botol susu dia ! Amboiii.. part ni ,camana sekali pun kena aku gak dukung.

Teringat kata kata dia semalam.." Daddy tak boleh pergi work dah ! Kena duduk ngan Aara jer. Tidur dengan Aara jer.. No no no.. ". Yup , semenangnya  setiap malam.. dia nak kena tidur atas lengan aku. Sampai naik kebas la lengan aku. Baru dia boleh tidur.. tu pun puas dia menyanyi dulu..



Yeargh.. itulah antara kelebihan Tadika Arina di Putrajaya. Sesekali ada trip luar , pelajar happy sangat ! Dapat belajar macam macam perkara di luar kampus mereka. Dan di sana akan mengamit memori buat mereka bersama sama. 2 tahun Qhaliff di sana dulu , pon masih dok ulang cerita dia pergi trip bersama kawan kawan. Yer , memori indah di zaman kanak kanak.. 

3 ulasan:

  1. baguslah tadika macam ni ada aktvt. Kalo bayar mahal sekalipun, ada trip mcm ni. Ibu bapa tak ralat sangat.

    BalasPadam
  2. ida ni pagi2 berperang sndiri buat itu ni..huhuh. anak2 ni kdg tu dgr kita nk pergi tmpt lain ada la alasan die xnk pergi sekolah..hehehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.