Mudahnya guna HOP ON HOP OFF pusing bandar GeorgeTown

by - Isnin, September 23, 2019

Di Pulau Pinang tempoh hari , aku dan rakan rakan blogger KBBA9 , menginap di hotel bajet sekitar Komtar. Kawasan strategik untuk ke mana mana saja di Pulau Pinang ni. Saja malas nak amik hotel mahal sebab tak plan untuk abiskan masa di hotel ! Heeee.. 

Masalah utama di sini ialah , tempat letak kereta ! Sebenarnya bukan di sini tapi di Malaysia. Mungkin jumlah kereta melebihi penduduk ? Hahaha.. Ok ok... kembali ke cerita asal. Maka setelah perbincangan dibuat  bersama , kitorang guna Hop On Hop Off Penang atau dikenali dengan nama HOHO jer. 

Kenapa ? Sebabnya bas HOHO ni memang akan lalu tempat tempat yang kitorang nak pergi. Kitorang nak pergi beli jeruk , nak gi Ghost Museum , Magic World  dan makan nasi kandar ! Nah , naik jer Hoho ni. 

Dari hotel penginapan kitorang , ke tempat hentian Hoho di Komtar ni sangatlah mudah. 5 minit je jalan kaki. Dan bas akan tiba antara 30 minit , bergantung pada keadaan trafik semasa. Kitorang kat situ tepat pada masanya. Tak sampai seminit tunggu, sampai dah bas. 


Pastikan ada tanda ini jika nak naik HOHO 


Menariknya guna HOHO ni ialah ada pembantu yang akan membantu korang untuk ke lokasi yang ditujui. Tanya je soalan dan akan dijawab dengan ramah. Dan , penerangan diberikan ketika korang dalam bas. Contohnya mengenai sejarah bangunan ,  peristiwa menarik berlaku di jalan tersebut dan pelbagai lagi infomasi. Best ! 



RM22 untuk sepanjang hari. Dari pagi hingga jam 5 petang. Peta turut diberikan untuk memudahkan pengguna.



Jika kena dengan cuaca , duduk di tempat terbuka ni memang syok ! Boleh bergambar sepuashati tanpa gangguan... jika tak ramai pengguna. Hehehe.. Kalau tak , malu laaa... kan ? Heee.. Dan untuk pengetahuan korang , bas HOHO ni dilengkapi dengan pendingin hawa atau bahasa omputehnya , aircond. Heee.. Kot la tak tahan kena panas kan ? Hee..








You May Also Like

8 comments

  1. ooooo bas tak de bumbung mcm kat kl gak eh,nanti naktry la gi sana,tak yah sewa keta ehhehhe

    BalasPadam
  2. Yg KL pun x pernah try lagi. Aishhh. syoknya pusing penang..

    BalasPadam
  3. Kalau gi penang nanti bolehla naik hoho penang. Takyah stress2 drive dalam pulau

    BalasPadam
  4. Senang ade bas mcm ni.. Tempat dia berhenti pulak mmg tempat loaksi yang kene pergi bila dtg penang.. Tapi kl punya pun tak pernh naik.. Hehehe

    BalasPadam
  5. Nanti pergi Penang nak try jugaklah. Dkt Ipoh pun ada aapi tak pernah naik naik jg. Hehehe

    BalasPadam
  6. dah pernah try haritu..mmg terbaik la...tp jgn cuba time skrg pulak..tgh jerebu ni

    BalasPadam
  7. best naik hoho nie..pernah naik dh dulu pusing2 penang sampai ke mlm

    BalasPadam
  8. Orang penang pun xbesa naik lagi hahaha.. Nk kena try lahhh

    BalasPadam