Nak 'follow' ke tak drama Korea Vagabond ni ?

by - Rabu, September 25, 2019


On Netflix.. ternampak gambar ni ! Macam tak best jer. Sebab gambar atas tak menarik minat aku. Tapi bila baca di bahagian Episod 1 tu , cam best jer ! Pastu aku tonton sekejap episod 1 melalui handphone. Eh , sekali ada sniper ! Alamakk.. aku ni pantang nampak sniper ni. Heheheh.. Biasanya cerita Asia yang ada sniper ni best la untuk dilayan walaupun bukan semua. 

Aku nekad ! Aku nekad untuk layan episod 1 dengan harapan tak best. Hurmm... hurmmm.. sekali watak heroin muncul. Walawei.. cam cun je. Ori atau tidak tu belakang cerita tapi cun dan comel je watak dia. Ala ala buat sweet walhal perisik untuk tangkap penyangak dalam kerajaan. Best best ! 

Nasib baik baru ada 2 episod. Aku malas nak terjebak layan non stop. Maka dengan ini , aku boleh la layan setiap minggu. Saja isi masa lapang layan mencari sapa pembunuh anak buahnya tu dan 211 orang lagi di dalam letupan kapal terbang tu.

Tomei laaa heroin dia.. kan kan ?

Tapi cam tau je sapa suruh , kan ? Dek kerana dok berebut tender berbilion nilainya , nyawa manusia lain tiada ertinya bagi mereka. Ok... nak tengok satu lagi cerita terbaru kat Netflix.. Eh , aku dah layan semula ke Netflix ? Hahaha.. Iflix tak best laaaa... 

You May Also Like

3 comments

  1. ep satu je dah best!!!!!!!! mmg tak sabar tgu ep lain2

    BalasPadam
  2. sebab pertama tengok cerita ni adalah Lee Seung Gi...wakakakka! then masa tengok episod 1, wowwwww! dah agakk da, mesti pcb akan tengok jugak! hahahahha!

    bae suzy tu da tak ori, dia da buat plastic surgery beberapa tahun lepas...muehehehhe

    BalasPadam