Rugi 'berdiet' ketika di Pulau Pinang.

by - Rabu, September 25, 2019

Pulau Pinang , dikenali sebagai Pulau Mutiara ? Sila tukar... Syurga makanan ! Hahahah.. Tak kira bangsa , di Pulau Pinang adalah syurga bagi kaki makan ! Haaa.. di mana saja korang pergi , pasti ada tarikan makanan di situ !

Menariknya ialah Pulau Pinang ni macam Pizza ! Dibahagi kepada beberapa bahagian yang mana setiap bahagian tu, ada tarikan makanan tersendiri ! Kalau korang nak tau, rapati orang tempatan terutama kaki makan ! Nak tau orang tu kaki makan , tengok 'aset' mereka. Hahaha.. Terutama lelaki. Jujur ok !! Lelaki yang berasal dari luar Pulau Pinang , tinggal di sana atau kerja di sana.. sebulan saja dah memadai ! Boleh tengok perubahan pada badan mereka. Hahahaa.. Kata mereka , tak boleh tahan tengok makanan makanan yang menarik di Pulau Pinang ni ! 

Nasi kandar? Oh tidak.. ! Bukan nasi kandar je nak oiiiii ! Banyak makanan menarik di sini. Larat dengan tak larat je korang nak makan. Ok , aku mulakan dengan pengalaman aku baru baru ni di sana.  Di Warung Suiwah Lama, Bayan Baru. Aku confirm ramai tak tau tempat ni ! Haa , kitorang pun tak tau tapi diberitahu oleh staff WS Tours, En.Azrul. Kitorang guna kereta sewa dari mereka. Maka dapat la tau tempat tempat best untuk mencari makanan sepanjang di Pulau Pinang. 

Mee Sotong dan Pasembor. Perghh.. Original kauuu ! Memang rasa dia .. huhu.. Mampu berhuhu je la ! Nasib baik aku kekenyangan dan plan nak cari makanan lagi selepas tu. Maka makan untuk merasa je.. Kononnya la.. 




Hari hari berikutnya , adalah wajib mencari nasi kandar. Masalahnya , ada banyak restoran nasi kandar di sana. Mana yang sedap ? Senang jer.. jangan cari yang sedang viral ! Hahaha.. Parah nak beratur.

Ada beberapa restoran nasi kandar  yang sedap di Pulau Pinang. Antaranya Nasi Kandar Imigresen, Nasi Kandar Mohd Rafee , Hameediyah , Tajuddin Hussein , Nasi Kandar Ceri , Nasi Kandar Aboo , Nasi Kandar Cargas Cafe dan Kassim di Komtar. Hehehe... Deen pon sedap bagi aku. Yummy !





Aku sempat merasa Deen dan Kassim. Kassim ni , aku suka roti canai dia ! Hahaha.. Terbayang roti canai banjir dia yang lembut dan kuahnya yang .. power kau  ! Nasi kandar aku tak makan tapi rakan blogger aku kata sedap ! Hahahaha.. 



Malam , kalau nak happening mencari makanan... boleh cuba di Padang Brown, Padang Kota Lama atau Gurney Drive. Malam tu , kitorang ke Gurney Drive jer. Kat sana kitorang try Laksa Penang. Bagi aku , ok laaa.. nak kata sedap sangat tu, tak la. Mak aku punya sedap lagi ! Hahaha.. Serius woo.. Tapi ok la gak. Kena tekak aku.Rezeki.

Alhamdulillah. Dua mangkuk gak aku layan sebab kuah dia pekat. I loikeee ! Hee...





Ok.. Bagi pengemar nasi melayu , sila naik ke Balik Pulau. Ada restoran gulai ikan semilang ! Haaa , yang ni korang kena google atau kena tanya orang sana. Aku tak sempat mencari ari tu. Kebuluran punya pasal , kitorang ke Restoran Peladang jer. Lapaq sangat woiii ! Hahaha.. Dengar kata gulai semilang ni sedap ! Haaa.. lain kali aku cari ! 

3 hari kat sana , camana sekali pun.. tiap malam gi lepak McDonalds ! Hahaha.. Kalau dah orang bandar , gi mana mana pun cari gak McDonalds.. Saja lepak malam malam sebelum balik ke bilik.. tidur ! 

Apa pun , trip kali ni ke Pulau Pinang mencari makanan membuatkan aku benar benar boroi ! Hahaha.. Nasib la kau nakkkkk ! 

You May Also Like

13 comments

  1. Nak kena spend time dok Penang jgk nampak gaya nih. Balik kedah, asik x smpt singgah..

    BalasPadam
  2. Syok aih tapi tak minat nasi kandar haha bestnya sekali je penah p penang, next kena jalan2 cari makan lagi, naik flight then boleh sewa kereta

    BalasPadam
  3. Lama sangat tak pi penang. Sedapnya nengok! Merengek ajak geng pi penang cuti nanti. Hahaa

    BalasPadam
  4. Setuju dengan statement atas tu hahaha. Selaku lelaki berasal dari Penang, asal balik cuti ja makan non-stop. Nasi kandar kat Penang tu even tepi jalan pun still sedap, kalau kat KL susah nak cari yang macam kat Penang.

    BalasPadam
  5. Kerana makanan mcm.ni lah, masa.kerja di JKR.Komtar, badan.mcm.di pam pam....serikkk...����

    BalasPadam
  6. Betul tu. Haida kalau pergi penang memang semua tempat makan nak terjah.. benar bagai dikata.. syurga makanan.. hahaha

    BalasPadam
  7. Penang ni mmg food haven. Confirm boleh naik brape kilo ni. Lol

    BalasPadam
  8. YESSS MEMANG RUGI! fiza g penang hari tu memang food hunter sungguh lah.semua benda masuk mulut cari tempat makan bestt.Tak puasss! nak pergi lagi nanti. Now fiza dah craving pasemboq kat penang.huwaaaaaa

    BalasPadam
  9. Penang memang besttt bab makan, merata sedap!

    BalasPadam
  10. sedapnya tengok semua..kuah dia banjir2 semua..haishh..lama tak cuti penang..menarik la ni

    BalasPadam
  11. sedapnya..oh kalau balik sana tak boleh diet. Terliur tengok makanan die

    BalasPadam
  12. mmg tak akan diet la.. rugi hihihihi

    BalasPadam