Tahniah buat Rumah Ronald McDonald , Hospital Canselor Tuanku Mukriz UKM

by - Khamis, September 05, 2019

Korang pernah pergi McDonalds tak ? Hehehe... Aku pasti korang pernah punya ! Dan perasan tak di depan kaunter tu ada satu tabung warna merah. Nah, korang tau ke mana duit duit sumbangan ikhlas tu pergi ? Haaa, tak tau ? Tak pe tak pe... aku kasi tau naaaa.. Antara kegunaan duit sumbangan ke dalam tabung tu oleh pelanggan pelanggan McDonalds digunakan ke atas Persatuan Kebajikan  Ronald McDonald (RMHC) yang mana telah ditubuhkan sejak 1990 lagi atas tujuan kesihatan dan kesejahteraan kanak kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Setakat ni lebih 40 ribu kanak kanak mendapat manfaat darinya. Bagus tak ? Terima kasih pada korang yang sudi memberi sumbangan ! 


Dan tahu tak korang bahawa  Rumah Ronald McDonald di rantau ASEAN adalah di Hospital Canselor Tuanku Mukriz ( HCTM-UKM ), Cheras ? Haaa.. Usianya dah pun mencecah 20 tahun pada tahun ini ! Hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah mendapat manfaat dari Rumah Ronald McDonald ni. Untuk pengetahuan korang , ada 370 buah Rumah Ronald McDonald di seluruh dunia. 

Tujuan utama Rumah Ronald McDonald ini adalah untuk meringankan beban keluarga pesakit pediatrik yang perlu menjalani rawatan di HCTM-UKM. Ternyata ianya sangat membantu keluarga pesakit dan ada yang dah memanfaatkan selama berbelas tahun lamanya ! Bayangkan jika tiada Rumah Ronald McDonald ni sejak dibina pada tahun 1999 dan terpaksa menyewa di hotel ! Fuh... belanja besar untuk perubatan. Jika berkemampuan , ok la. Jika tak mampu , camana ? 

Untuk pengetahuan , HCTM menerima 20 ribu kes pesakit pediatrik setahun. 

Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM ni dirasmikan oleh Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali , 20 tahun dulu. Kos pembinaan awal ialah RM2 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuklah orang awam dan syarikat syarikat korporat. Rumah ini telah melalui penaiktarafan dan penambahbaikan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2004 dan 2014. 



Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang kembali semula ke sini untuk meraikan sambutan ulangtahun ke-20 dalam ucapannya berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan.  

Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonalds Malaysia menyatakan bahawa konsep unik yang mereka lakukan iaitu 'Home away from home' merupakan usaha murni RMHC Malaysia bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan anak mereka. Beliau turut berharap dapat menjalinkan kerjasama melalui kementerian tertentu serta kerajaan negeri supaya lebih ramai rakyat Malaysia mendapat bantuan sebegini rupa. 
  • Bayaran penginapan: RM5 untuk satu malam
  • Bilangan bilik tidur: 19 (boleh memuatkan 19 keluarga dalam satu-satu masa) 
  • Bilangan katil: 57 katil
  • Kemudahan lain yang disediakan: Ruang makan, ruang istirahat, surau, dapur, bilik dobi, bilikdan taman permainan, perpustakaan, gim mini dan bilik komputer 
  • Aktiviti menarik yang dijalankan: Hari keluarga, kelas masakan sihat, kelas kecergasan, sambutan hari jadi untuk pesakit kanak-kanak dan sambutan-sambutan perayaan.



Persembahan Koir daripada NASOM Maestro

Sayu mendengar luahan mereka.


Acara memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan ulangtahun ke-20 Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM) yang disempurnakan oleh YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia 




Untuk pengetahuan korang,  RMHC Malaysia juga telah mewujudkan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan kawasan Pantai Timur.

Jika berminat untuk menyumbang atau menjadi sukarelawan di RMHC , sila hubungi cawangan  Rumah Ronald  McDonald   di  Hospital Canselor  Tuanku  Muhriz  UKM  (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388.






You May Also Like

0 comments