ZV Beauty Travelog ke Ghost Museum , Magic World dan Entopia , antara tarikan utama di Pulau Pinang !

by - Selasa, September 24, 2019

Fuh.. 3 hari 2 malam di Pulau Pinang ingatkan cukup. Rupa-rupanya tak puas sama sekali. !  Yelah , masuk satu tempat je dah makan berjam lamanya. Pastu nak bergerak berjemaah lagi. Haaa.. Hahahaha... Kena lebih jugak rupanya.  Dan nasib baik keadaan berjerebu di Malaysia ketika ni menyebabkan pengerakkan terbatas. Kalau tak , syok woo..

Walaupun kampung aku di sini tapi aku belum pernah merasa buat giler macam ni. Maksud aku , berjalan ke sana sini sebagai pelancong tempatan. Kalau sebagai pelancong luar negara , aku kena pakai seluar pendek gitu ! Gurau jerrrr...

Okeh... 3 tempat menarik yang sempat aku pergi bersama rakan rakan blogger KBBA9 ialah Ghost Museum yang bagi aku, memang syok la sapa nak bergambar sakan dan kasi mengelabah rakan rakan di media sosial bila tengok gambar gambar kita tu. Hahahaha... 

Syok sini. Tak perlu takut pun. Bukan rumah hantu pun tapi lebih pada sejarah asal usul hantu serta kisah dongeng mereka. 






Yang kedua , Magic World. Tarikan utama di sini ialah Malayan Culture Magic Show dan Ice Cafe diorang. Fuh , persembahan menarik pastu makanan bertemakan ais memang power  ! Sejuk beku tekak weh ! Sedap lak tu ! 

Ini kali ke dua aku ke Magic World. Semakin bagus persembahan dan juga makanan juga turut semakin sedap ! Terbaek !!






Dan ketiga , Entopia by Penang Butterfly Farm. Akhirnya tercapai hasrat aku nak masuk dalam ni.Lama dah teringin tapi tak tercapai hajat sebab masa. Bila aku ke Balik Pulau , aku sekadar mampu tengok jer. Bukan apa.. nak masuk dalam Entopia ni, orang kata makan 3-4 jam gak wooo ! Banyak sangat tarikan dalam ni. Apakah yang menarik ?? Huhuh..Menarik bergambar bersama rama rama, serangga seperti kala jengking dan banyak lagi !









Amacam ? Menarik tak tempat tempat kitorang gi ni ? Haaa.. Rugi kalau gi Pulau Pinang tapi tak ke tiga tiga tempat ni. Ikutkan ada banyak lagi seperti The Habitat Penang Hill tapi disebabkan jerebu , maka terpaksa ubah pelan demi kesihatan. Sedih gak tak dapat gi. Huhuh.. Begitu juga dengan The Top di Komtar. Uhuk... lain kali naaaa...

Dan paling best la kan... aku mencemburui si anak anak dara dalam team aku kali ni ! Kenapa ?? Diorang bila bergambar , nampak seri jer ! Aku punya , muka berminyak gitu. Adoiyai... Rupa-rupanya, dek kerana produk kecantikan dari  ZV Beauty Collection ! Patutlahhh....




Adakah aku perlu juga tepek tepek loose powder kat muka aku gak ??? Hurmm...

You May Also Like

2 comments

  1. Nampak nya aben kena gak tepek loose powder ZV Beauty
    Serius nina dah cuba masa travel ke Singapore tu ari, memang long-lasting makeup. Muka tak berminyak. Gerek seyh

    BalasPadam
  2. bestnya tempat semua..masuk dlm list dulu..hahaha..produk zv pun nampak menarik

    BalasPadam