5 blog lagi di BenAshaari.com

by - Selasa, Oktober 01, 2019



Ok... semakin panas ! Semakin tak menang tangan nampaknya ! Tapi tak pe.. Demi mengembalikan kehangatan dunia blog yang pernah dirasai satu ketika dulu , aku redahkan juga. Hehehhe.. Bukan apaaa.... ramai penulis blog yang bagus bagus tapi akhirnya menyepi. Kerana bakat mereka tidak berjaya diketengahkan dan akhirnya karam di lautan sepi. 

Blogger blogger yang lepas , ramai juga berjaya dinaikkan hingga LHDN terpaksa meminta mendaftar cukai pendapatan dari mereka. Haaa ! Jangan tak tau dik ! Ada yang kaya raya dah. Sampai tayang harta benda gitu. Alhamdulillah.. Tapi kena tau yer.. blog ni cuma medium jer. Sekadar jambatan untuk korang bergerak ke hadapan. Segalanya kena ada perancangan. Jika kena dengan perancangan, InshaAllah berjaya la... Kalau tak berjaya tu , mungkin rezeki korang belah lain.

Orait... pagi ni , aku nak cari 5 blog yang menarik untuk aku kongsikan dengan rakan pembaca di blog aku ni. Tapi sebelum tu , aku nak kongsikan sedikit tips berblog ni. Aku dapati ramai blogger baru tinggalkan link. Bagus gitu. Apa yang perlu perbaiki ialah dapatkan template yang menarik dan juga skill mengambil gambar. Posting gambar di blog juga kena tau juga. Jangan main taruk jer. Sayang ! Idea ada tapi kena asah part tu. Headar tu satu tarikan untuk membuatkan orang tak jemu singgah di blog kita. 

Dan bagi yang nak menulis mengenai bisnes dia tu , cuba campurkan dengan cerita cerita lain yang mana pembaca korang tertarik seterusnya yakin akan blogger tu adalah ikhlas dan serius dalam bisnes yang dia ceritakan di dalam blog dia tu. 

5 blog... Ok. Sapa punya eh ? Meh kita tengok...  Oh ya.. aku tak nak amik blog blog dari team blogger KBBA9 lagi. Aku nak cari blogger blogger yang tak pernah aku kenal pun selama ni. Heee.. Ok pee dapat kawan baru kan ?

- Travel. Food. Lifestyle ! I loikeee gitu ! Header yang wow ! Santai tapi maksudnya sampai. Diolah dengan gaya yang mudah namun aku tertarik. Berani gitu ! Template yang bersih. Susun atur yang kemas dan penulisan lengkap. Seronok baca ! 

- Aku suka header dia. Hahaha.. Aku sebenarnya taksub sedikit bab header ni. Bagi aku , header ni mencerminkan tuan dia dan header blog Olie ni serupa macam tuan dia. Misteri. Setompok cat warna warni tu seperti cerita cerita di dalam blognya ! Best !!

- Nama blog yang unik. Hehehe... Mungkin ketika ni dia agak kalut dalam memilih nama mungkin ? Pentng sebenarnya dalam memilih nama kerana kita tak tau apa akan terjadi di masa hadapan. Tiba tiba blog kita meletup.. jenuh nak bagitau kat orang nama blog kita ! Heheheh.. Ok , header cool ! Template dia bersih. Tapi akan agak penuh di side bar. Kalau dapat kurangkan , mungkin lebih cun. Sekadar pandangan je yer. Jangan up status kecam aku lak yer.. 

4. Nurul Sakinah - http://www.apekinah.com
-  Kemas. Teratur. Menarik ! Aku suka. Takda nak komen. Bagi aku , macam masuk website orang kaya lak ! Hahaha.. Terbaik. Takda apa nak diberi pendapat sebab dah menarik dah blog dia

5. Ziana Eunos - http://www.zianaeunos.com/
- Kemas dan simple. Warna yang digunakan di blognya , aku berkenan. Rileks mata memandang. Fokus pada bisnes dia. Penulisan formal.  Tiada komen sebab ok dah bagi aku.

Ok.. tu je la. 5 blog untuk pagi ni. InshaAllah , 5 lagi selepas ini.. Tunggu ! Berminat ? Sila tinggalkan link blog korang di ruangan komen entri ini..

You May Also Like

18 comments

  1. nak jugak!
    https://lemonribena.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Wahhh.. bestnyaaa... Agak2 www.diaripink.com layak tak dok dkt blog A.Ben ni...

    BalasPadam
  3. okay.. akan singgah dan jelajah blog yang dicadangkan..

    BalasPadam
  4. terbaik sifu
    jom naikkan kembali kegemilangan blogger

    BalasPadam
  5. wah tak sangka ada masuk skali blog saya.. hihi

    tq encik ben

    *done follow sini :)

    BalasPadam
  6. Jemput singgah blog kami https://kedaivitaminbangikajang.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
  7. nak jugak..hehehehe
    http://kisahsidairy.com

    BalasPadam
  8. Tahniah Gee dan yang lain² 😍👏👏

    BalasPadam
  9. Patutlah trafik hari ni naik. Rupanya blog kinah termasuk sekali. Terima kasih ben😁

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah tak sangka masuk dalam list, terima kasih sifu. Akan diperbaiki dari masa ke semasa inshaAllah.

    BalasPadam
  11. bila nk review blog fiza nie.. https://ourmemoria.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. nak juga en.Ben!
    http://www.niknurehan.com

    BalasPadam
  13. Eh, blog kita dah di ulas tu. Tq tau... Xde nk kecam aihh... Haha kelakar rasanya :)

    BalasPadam
  14. jom share blog saya ben - www.dorsettpink.com

    BalasPadam
  15. ada yg sy dah follow blog2 ni.. kalau sudi boleh la review blog sy ben..
    www.ceriteraibu.com

    BalasPadam
  16. Wahhhh Chasing The Sun masuk dah..Thank you so much bro Ben Ashaari. Such an honor!

    BalasPadam