5 lagi blog best diceritakan oleh Ben Ashaari ! - BEN ASHAARI

5 lagi blog best diceritakan oleh Ben Ashaari !

Eceh.. Hahahaha.. Tajuk giler gempak ! Lama sungguh aku tak main tajuk tajuk gempak macam ni, kan ? Hahaha.. Kalau tak ,mesti ada yang geram jer dek kerana tajuk yang penuh kontroversi ! Kan kann.. hehe..

Okeh... sekarang aku nak up lagi 5 blogger menjadikan 10 blogger untuk hari ini. Aku cadang nak up 20 blogger setiap hari ! Hari ni tergendala dek kerana rangkaian internet di kawasan perumahan aku ni , buat hal ! Entah apa diorang buat , aku pun tak tau. Yang pastinya , aku kena keluar dari rumah untuk update status di Facebook untuk memberitahu rakan rakan yang aku masih hidup ! Huhuhu.. 

Kali ni aku nak gabungkan blogger yang baru aku kenal dengan yang lama. Mungkin korang pun boleh berkenalan dengan mereka. Bukan apaaa.. meh aku cerita sedikit eh ? Ramai dah blogger sekarang jadi 'PR' . Maksud aku , diorang bukan lagi sekadar blogger tetapi boleh kasi job kat korang gak ! Haa... Lepas la nak bayar internet untuk bulan tu. Dan tak perlu harap sangat pada duit iklan banner tu haa ! Terpaksa la kan ? 

Ok... jom kita tengok blog blog mereka. Korang kena pergi komen di blog mereka untuk berkenalan. Follow mereka juga. Sapa di komen blog mereka ! Hehee.. Kita hotkan kembali dunia blog ini ! 

1. Bie Mohd : http://www.biemohd.com
Aku suka konsep blog dia. Smart ! Jeles tengok. Hahahah.. Kalau tengok di laptop , meriah. Mobile view, aku tak sure. Sat tengok naa...On hp. Ok, niceee !! I loikee ! Nak join KBBA9 tak ? Hahaha.. Entri bertajuk Blogger Ditindas bagus untuk dibaca korang yang bergelar blogger !


2. Ah Bok Ah - http://www.taufulou.com
Blogger yang dah lama aku kenal ni , sangat merendah diri orangnya walaupun dia lebih tinggi dari aku. Nah , ini blogger yang aku rekemen sangat korang follow sebab serba serbi lengkap sebagai blogger. Dari sudut komunikasi ketika di event , fotografi dan juga on time bila hantar entri job. 

Ketika aku tengok blog Puan Salami ni, aku teringat akan sahabat aku , Mat Gebu. Apakah masih ramai blogger masakan ? Bukan apa.. sekarang ni ramai yang suka jadi blogger pemakan dari blogger pemasak. Hahahaha.. Gurau gurau. Tapi kalau korang nak tau , blogger masakan ni tinggi giler trafik. Kena pulak kalau buat menu yang selalu viral. Berdesup naik trafik. Kalau pasang Adsense , seronok hidup. Huhuh.. 

Oh ya.. jangan lupa beli domain ! Alang alang nak naikkan blog , biar kasi ada nama. 


4. Zernaish Tabba - http://www.thedesicaravan.com/
Aku suka header dia. Comel cam aku.. kan ? Hahahah.. Gurau ! Jangan menyampah walaupun memang aku comel sejak kebelakangan ni. 

Blog berbahasa omputeh. Kemas cam header dia ! Ok.. aku jeles. Satu je dia kena tambah skit.. Kalau dia punya skill dalam fotografi, aku rasa blog dia akan bertambah lagi WOW ! 


5. Mia Kassim - http://www.miakassim.com
Sabahan. Mommy blogger. Ahaaaa.. Ni kira lagi otai dari aku ni. Hahaha.. Mula berblog di tahun 2007. Aku tak berblog lagi masa tu. Dok sibuk bercinta. Hehehe... Tahniah sebab masih berblog hingga kini. Mengenai blognya , takda apa nak dikomen sebab dia dah ok dah. Tapi kalau ditajamkan skill fotografi, lagi syok gambar gambar dia.  


Ok... tu je untuk petang ni. Malam karang na ! Harap jangan marah jika pendapat aku kurang tepat atau dok rasa aku cam bagus lak dok bagi pendapat. Hahahaha.. Korang nak blog korang interframe dalam blog aku ni , rajin rajin komen dan tinggalkan link. 

Terima kasih. 


15 ulasan:

  1. nak jugak..please review my blog nurain-syahirah.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Wahh .. kalau ben tak share mmg tak kenal. Kenal ben ashaari jee hahahha .. abis tu bila introduces blog den pulak

    BalasPadam
  3. Nak jugak. Nak warm up balik dalam dunia blog. Blog lama dah delete. Dulu tak fikir panjang. Sekarang nak aktif balik. Nyesal plak delete blog lama :( . Jemputla jalan kat blog picisan marina ni https://marinabashah.blogspot.com . Tenkiu aben

    BalasPadam
  4. cuba cuba lah masuk blog ann ye ben. hehe
    http://www.niknurehan.com

    BalasPadam
  5. waa.. byak lgi blogger yg sy x kenal huhu... maklumlah blogger baru.. sy kenal kak Mia ja sbb sabahan blogger juga..

    BalasPadam
  6. Tahniah sebab dpt review dr Ben ashari

    BalasPadam
  7. Terima kasih saudara Ben Ahaari sudi luangkan masa review blog saya. Tak terfikir pula letak link di fb hari tu untuk tujuan ini. Banyak rakan blogger masakan yg undur diri pelan2.... sedih!

    BalasPadam
  8. Yes now mostly blogger blogging pasal event & brg tajaan. PR ramai.
    Hmmmm mia jer yg aida folo & drop komen. Yg lagi 4, lom berkenalan :-)

    BalasPadam
  9. Akan menyusul ke blog-blog mereka, ambil aura..

    BalasPadam
  10. jemput tengok blog saya ya. hihi

    BalasPadam
  11. waahhh! bagusnya Ben share gini.. Tolong masukkan blog saya sekali Ben. hehe.. - www.dorsettpink.com .. Thank you in advance. hehe

    BalasPadam
  12. Nanti boleh g singgah baca ni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.