III Legion Fitness, untuk kaki fitness di Nilai !

by - Rabu, Oktober 23, 2019


Baru buka dalam sebulan yang lalu. Lokasi yang cukup strategik ditambah lagi dengan mudahnya nak parking serta lambakan restoran berhampiran membuatkan aku teruja nak membakar lemak dan kemudian menambahnya semula. Hehehe.. Gurau gurau... part tambah tu , tak la. Buang masa je gitu gi gym kan ? 

III Legion Fitness ni  dimiliki orang muda. Dengar cerita geng krew kapal terbang.Tepat atau tidak info tu, aku kurang pasti. Yang aku pasti , gym ni sempoi jer. Setakat ni , takda lagi badang yang datang dan ini merupakan perkhabaran gembira buat pelanggan pelanggan di sini ! Hehehe.. Abam badang tak sesuai kat sini. Barang kat sini sesuai untuk mereka yang sedang sedang je..

Di sini , kalau nak jadi member.. diorang sedang buat promosi. Sampai bila, aku tak pasti. Tapi aku lebih selesa walk in jer walaupun aku tau aku rugi buat gitu. Kenapa walk in ? Sebab aku layan beberapa gym. Kalau main satu gym je , berbaloi la kan ? 

Jom tengok gym sini.. Barabg barang dia , aku rasa second hand tapi dalam keadaan yang cukup baik. Bersih dan terurus. 

















Buka jam 7 pagi hingga 12 malam ! Puashati gitu ! Kalau buat 24 jam , best gak ! Hahahaha... Boring boring tengah malam , gi lepak gym.. kan kan ? Pastu gi lepak mamak. Perghh... Baru sadoppppp !

You May Also Like

0 comments