Lawatan adalah kenangan buat mereka. Tahniah Tadika Arina !

by - Selasa, Oktober 15, 2019

Sejujurnya dulu aku dan wife tertanya tanya kenapa Tadika Arina kerap buat lawatan luar kampus ? Ketika tu Qhaliff belajar di sana. Selepas setahun berlalu , baru aku dan wife faham. Dalam lawatan , murid murid diajar berdisiplin , fokus dan tidak segan untuk turut serta dalam aktiviti jika terlibat. Takda la nak malu malu atau segan pastu nangis ! Hehehe.. 

Dan Qhaliff dah masuk tahun 1 tapi dia masih dok bercerita mengenai lawatan yang pernah dia sertai serta kawan kawan yang ikut serta. Satu kenangan manis buat dia. Sekarang tiba masa untuk Zahra pula. Masalah aku ialah ketidakberanian aku melepaskan Zahra lagi sebab makcik sorang ni sangat hati kering dan berani merayau seorang diri ! 

Tapi bila difikir fikirkan , sampai bila nak lindungi mereka begitu kan ? Mereka perlu berdikari dan berani ! Jika tidak , mereka akan terus hidup dibawah ketiak sampai bila , kan ? Hurmm.. Bincang punya bincang... Dan setuju untuk benarkan Zahra ikut lawatan buat pertama kali. Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar ! Di rumah... Zahra tak henti henti bercerita dan pastinya dia lebih berdisiplin dan dengar arahan bila berada di luar rumah. 

Semalam , sekali lagi lawatan yang mana bagi aku , Zahra pasti akan suka sangat ! Selepas tamat ujian tahunan , murid murid yang berminat atas keizinan ibu bapa telah menempah bahagian untuk turut serta lawatan sekian kalinya. 

Untuk pengetahuan , Zahra sekarang baru 5 tahun. Masalah utama dia seperti abang dia awal awal dulu.. mudah hilang fokus ketika belajar ! Hahahaha.. Apa yang aku harapkan dia diusia ni ialah lebih berdisiplin , dengar kata dan punya minat terhadap ilmu. 








Dua tempat mereka pergi... Sozo Music Box D.I.Y dan Pusat Sains Negara. Ternyata berbaloi ! Cuma masalahnya ialah... dia cerita sekali jer. Takda ulang tayang seperti abang dia. Ini perangai mak dia ni yang suka simpan cerita atau kenangan dalam kepala otak dia ! Hahahaha.. Tak suka berkosngsi. Sebab tu , blog ni aku je yang tulis ! Nak harap dia ? Jangan haraplah !!! Hahahaha...

Apa pun , lawatan belajar memang memberi impak positif pada anak anak kita. Takkan la mereka nak duduk dalam kelas dan belajar je kan ? Kena juga ada kelas luar kampus. Macam kita gak la.. Takkan nak kerja je kan ? Boss kena buat retreat atau team building untuk staff mereka supaya lebih mesra , bersemangat dan rasa dihargai ! 

Terima kasih Tadika Arina

You May Also Like

5 comments

  1. bagus sebnarnya ajar dior berdikari..best la zahra

    BalasPadam
  2. comel betul si kenit ni bila dah besar ..

    BalasPadam
  3. Ina suka tadika yang mempunyai aktiviti outdoor macam ni. Mereka jadi lebih terbuka nanti corak pemikiran. Tak lah boring sangat.

    BalasPadam
  4. abangnya ikut Benla yea..suka bercerita ulang kali

    BalasPadam