Makin menjadi anak dara aku ni !

by - Selasa, Oktober 01, 2019


Sangat berbeza dengan abang dia. Memang perempuan gitu kot ? Jenis pengemas. Berkali dah aku tengok Zahra ni. Kat mana dia amik buku, kat situ dia simpan semula. Mungkin didikan di Tadika Arina di Putrajaya memberi kesan positif pada dia. 

Pastu , barang barang dia. Memang dia simpan dalam beg elok elok. Tapi perangai perempuan tu tetap ada. Maksud aku ? Hahaha.. Semalam , dia beli jam Princess kat Tesco selepas abang dia dapat jam baru. Dia punya meroyan nak jam , dari hari Jumaat lepas tapi part ni aku respek dia. Sabar je menanti namun sesekali dia bisik kat telinga aku... ajak gi Tesco atau Alamanda untuk beli jam. Selagi tak dapat ! Dah dapat , terus masuk dalam beg sekolah dia. Kenapa ? Nak tunjuk kat kawan dia di sekolah ! Adoi.. 

Dan part video di bawah ni. Hahahaha.. melucukan jer tengok tapi tu la dia. Sebenarnya risau gak aku dengan dia ni sebab membesar di kalangan dua orang lelaki. Alhamdulillah.. jadi perempuan gak dia. Heheee...




Setiap malam lak , drama bermula. Selagi aku tak baring sebelah dia... selagi tu dia akan datang ganggu. Tak macam abang dia.. Terus masuk bilik dan tidur ! Si Aariz tu pun sama. Dapat mak dia je dah cukup. Aku tiada guna lagi. Hanya Zahra saja menanti aku. Itulah anak dara aku. Huhuh.. Kena jaga dia elok elok. 

You May Also Like

8 comments