Tiba-tiba rasa nak beli batu batu refleksologi lak !

by - Jumaat, Oktober 11, 2019

Badan tiba-tiba rasa pening kepala dan panas cam nak demam ! Pagi tu kena hujan ketika beraktiviti di luar. Panadol lak aku lupa nak bawak. Adoi.. Camana ni ?? Hurmm.. Tiba-tiba kawan sebilik hotel aku ajak ke kolam air panas untuk ambil gambar dan video. Ikutkan aku malas tapi entah camana , aku setuju nak ikut sama.

Dok sibuk amik gambar , aku terpandang batu-batu yang amat aku kenali ! Aku suka batu batu ni ketika aku kecil dulu. Suka berjalan atasnya. Kenapa ? Sebab kasut yang aku pakai, mendatangkan ketidak selesaan pada aku ketika tu. Dengan cara berjalan atas batu tu, kaki aku terasa lega. Tapi sayangnya , aku dah tak amalkan. Dulu tu , sebab rajin gi tempat tempat riadah untuk berjogging. Maka amalan aku ni , tiada lagi dalam diari hidup aku. 

Ok.. sambung.. aku buka sandal aku dan terus naik atas batu batu tu. Terus berjalan perlahan-lahan. Adoiii ! Terasa sakit sampai ke otak , pinggang , tulang belakang dan terus sakit kepala aku hilang ! Aku cuba abiskan satu pusingan.. Fuhhh ! Dan mencuba satu lagi pusingan ! Alhamdulillah... berjaya buat dua pusingan..



Kemudian aku terpandang papan tanda. Aku baca. Dan... patutlah ada yang berjalan atasnya , memudaratkan pada dirinya ! Bukan semua orang boleh dan mereka yang dah guna , mereka tak tau apa kena buat seterusnya. Maksud aku pantang larang dan juga apa yang kena buat selepas berjalan di atas batu ini ! Korang baca dan hadamkan ! 

Di bilik , aku lena dengan cepat ! Bangun solat subuh.. di sini aku terasa kelainan ! Sebelum aku ke Pulau Pinang , di awal bulan ari tu, aku ada masalah pada bahagian belakang peha aku. Bila solat nak duduk antara dua sujud tu , terasa tangkap di bahagian peha. Sakitnya memang macam kena kekejangan otot ! Tetapi , subuh tu.. aku tak rasa dah ! Terasa macam urat tu dah dilepaskan ! Satu kelegaan sangat sangat ! Dan pinggang serta lenguh di bahagian leher pun rasa lega ! 

Balik KL , memang confirm yang sakit tu berkurangan sangat ! Terus rasa cam nak cari batu batu refleksologi ni dan letak di halaman rumah ! Arwah ayah aku pernah buat di rumah dulu. Letak di belakang dan dia berjalan setiap pagi atas batu batu tu.. 

Aku google mencari kat mana boleh beli batu batu tu. Ada yang jual online.. Shoppee ada.. Tapi nak cari batu batu kerikil ni. ke batu sungai ? Bulat bulat lebih cam ok je nampak.. hehee..





Tapi ! Tapi ada yang kata tak bagus ! Bila aku baca, katanya mereka yang atas usia 50 tahun tak digalakkan. Aku baca lagi.. Dan aku dapati mereka mesti tak tau yang mana manusia manusia yang punya masalah kesihatan seperti yang  tertera di dalam papan makluman ( rujuk gambar mula mula ) menggunakan batu batu ni. Sebab itu memberi kemudaratan buat mereka. Sebaiknya, dapatkan dulu nasihat doktor anda sebelum menggunakannya. 

Dan aku.. esok nak gi Sungai Buloh. Nak cari batu batu ni. Ke pergi kedai RM2 je. Ada je jual kasut kasut ni. 

You May Also Like

2 comments