Aku bukanlah insan yang antikan beliau... Aku takda masalah dengan dia pun. Bagi aku , dia ok jer... sebagai ahli perniagaan. Tapi bila video dia dok viral di Facebook atau Instagram dengan kerapnya , aku tertonton tanpa sengaja...dan dapati dia seolah olah mengundang sendiri orang mengutuknya.
Ada bijak pandai kata itu strategi marketing dia. Tapi bagi aku , dia mengundang netizen mengutuk , mengkritiknya secara berjemaah. Komen di setiap posting tak kira la mana mana sekali pun page Facebook , ternyata penuh dengan cacian dan muntahan hijau. Aduhhh.. sian ! Strategi mengena tapi turut membuatkan netizen bertambah meluat.
Nah sekarang... dia berlakon pulak ! Aduhhh.. dia rasa dia ada bakat. Ok la kot.. dia rasa gitu , nak buat camana kan ? Mungkin ada yang tukang kipas dok ampu baik punya dengan memberikan kata kata semangat untuk terus berlakon. Aku tak tau apa dan tak nak tau sebabnya.
Cuma... jap. Nak pekena LazzCafe secawan. Kasi hilang ngantuk nak taip entri ni. Ngantuk siut ! Hahaha..
Ketagihan pulak aku ngan LazzCafe ni ! Huhuhu..
Gini je la wahai Dato Seri... Apa kata part berlakon tu , serahkan la pada mereka yang memang cari makan dalam bidang ni. Yang diperlukan ialah penaja atau penerbit yang banyak duit dan tak tau nak buat apa dengan duit mereka. Tu lebih baik dari dok syok sendiri jer. Maaf la. Dato Seri tak berbakat. Kena terima hakikat tu.
Jangan risau.. kita tengok je contoh pengurus bola sepak kelab kelab ternama dunia.. Ada antara mereka bukanlah pemain terbaik dunia tapi berjaya menguruskan pasukan mereka sehingga menjulang pelbagai piala. Paham tak ni ? Kalau kita tak berbakat dalam lakonan , kita boleh cuba dalam bidang menulis skrip ke... atau mengarah.. atau kasi duit dan biarkan orang lain buat kerja ! Jangan rosakkan nama Dato Seri yang harum tu.
Akhir kata Dato Seri... cubalah LazzCafe secawan sebelum tidur. Confirm tidur dengan lena.. Jangan risau.. takkan bercawan cawan punya.. Secawan dah cukup ! Semoga berjaya yer...
#bilanakdapatTanSrilak?