Hurmm.. patut aku rasa cam pernafasan aku tak teratur. Aku check lubang hidung aku. Tetiba tengok keluasan lubang sebelah kiri berbeza dari sebelah kanan. Walhal sebelum ni ok jer ! Apa dah jadi ? Pelbagai persoalan muncul termasuk yang negatif ! Apakah ? Oh , harapnya tidak sama sekali. Aku cuba Google mencari jawapan.
Kesudahnnya , aku masukkan jari dan memeriksa tulang hidung. Eh ? Semacam jeee ! Tau tak macamana bekas plastik yang terkembung kemudian kita boleh betulkan dengan menolaknya tapi ditendang kembali ke kedudukan asal ? Haaa..gitulah tulang hidung aku ketika ni !
Aku dok pikir pikir gak apa masalahnya ? Aku pegang batang hidung aku. Hurmmm... takkan cermin mata ? Aku belek cermin. Kedudukan pembengkokkan tu betul betul di bahagian aku letakkan cermin mata !
Apakah berpunca dari cermin mata ? Cermin mata yang aku pakai tu asalnya adalah cermin mata gelap yang biasanya orang pakai di waktu panas jer. Bingkainya agak berat berbanding bingkai yang sesuai dipakai selalu ! Hurmmm.. Yelah , benda berat atas tulang yang lembut. Apa jadi ?
Apakah aku perlukan pembedahan atau tukar cermin mata baru ??? Duit lagi. Hurmmm.. Tak pasal pasal hidung mancung aku agak senget sekarang. Dah kena mengurut batang hidung pulak setiap hari untuk betulkan semula. Mau makan tahun gak ni !