"Apa gunanya jam tangan mahal ? Asalkan boleh tengok masa dah la. ". Heee.. masa begitu penting bagi aku. Tapi di usia 41 ni , macam macam penting selain masa. Dengan masa , kita boleh buat macam macam. Maka , jam tangan Pro Trek WSD-F20 Android 2.0 ni , banyak kegunaannya.
Antaranya ? Hehehee... jom bakar lemak !
Best wooo.. dah set goal yakni sehari 10 ribu langkah ! Kalau zaman bujang , iaitu zaman guna LRT .. selamba je aku boleh buat , tapi apakah sekarang.. dah guna kereta.. apakah aku mampu capai 10 ribu langkah ? Heeee...
InshaAllah... Treadmill kan ada..
Bukan mudah ! Bukan sebab malas tapi 3 orang anak yang 'memantau' pergerakkan aku. Tapi aku perlukan lakukan memandangkan aku dah rasa ' semput' terutama bila berborak. Fuh , giler laaa.. Very the very bahaya arr !
Disamping tu , jaga makan. Aku kena jaga bab minyak , gula , garam dan lemak ! Fuhhh... bukan mudah tapi kalau berjaya, InshaAllah dalam sebulan boleh turun dan hilang lemak lemak di perut , bawah dagu ! Ehehee.. ada misi untuk tahun depan... kalau ada rezeki la.
Berubah sekarang atau terpaksa berubah , bila di atas katil hospital ! Mana nak ? Sekurangnya ada gak la usaha kan... Berbaloi ada jam mahal ni ! Heee.. Lama dah mengidam jam ni.