Bermalam di Hotel Listel Inawashiro pada hari 2. Ketika sampai sini , dah malam. Seperti yang aku ceritakan dalam entri lepas, kami diberi sambutan yang 'hangat' oleh pengawai dan kakitangan hotel. Kami semua yang keletihan pada awalnya , terus terasa segar.
Ramah sangat.
Bilik yang selesa
Gambar bawah : Permandangan penuh di dua musim.
Dan sebelum tu satu majlis meraikan dan juga tanda penghargaan buat semua agensi agensi pelancongan yang terlibat dalam trip kali ni oleh Japan Airlines Malaysia telah dibuat dalam suasana yang cukup santai.
Selepas tu , makan malam di hotel yang cantik ini. Heheehe.. Cantik wooo Listel Inawashiro ni. Sayangnya aku tak dapat nak explore abis hotel ni. Kalau google mengenai hotel ni ,banyak gambar gambar cantik akan korang perolehi.
Tahniah kepada semua agensi yang terlibat. Sangat komited.
Siangnya... baru la nampak keindahan hotel ni. Fuh , memang cantik abis hotel. Terus bergambar kenangan. Bukan senang nak dapat hotel gini. Nasib baik la Japan Airlines yang uruskan semua. Sewaktu kitorang datang ni , ramai yang check in di hotel yang punya lebih 300 buah bilik ni.
Beruntung aku.
Maklumat lanjut mengenai hotel ni boleh didapati di laman web Listel Inawashiro Hotel.Nak tempah terus pon boleh. Heeee...