Qhaliff dah berusia 6 tahun. Zahra, adiknya dah 4 tahun. Masing masing dah petah berkata kata walaupun masih ada pelat lagi. Namun suara hati mereka perlu dititikberatkan terutama Qhaliff yang dah mula bersekolah walaupun tadika , adakalanya dia mengambarkan betapa dia memerlukan bersama keluarganya.
Aku memerhati dalam senyap tindak tanduk mereka. Belajar mengenali mereka. Ditambah lagi dengan ilmu yang aku baru perolehi di The Parenthood yang aku hadiri beberapa minggu lepas , aku gunakan dengan sebaiknya.
Jangan persiakan setiap saat bila bersama anak-anak !
Masa berlalu begitu saja. Kita sedia maklum , kita sendiri pernah jadi ' anak-anak kecil'. Ditanya kembali apakah saat saat paling indah bersama ibu bapa kita , pastinya akan termenung sejenak.Terlalu banyak ? Tak ingat ? Atau takda ? Jangan ingat bawa pergi bercuti saja dah memadai. Itulah antara kesilapan yang kita sebagai ibu bapa dah buat !
Apa yang diperlukan oleh anak anak kita ialah masa kita ! Itulah yang mereka inginkan. Saat saat bersama mereka, kita masih leka dengan kerja kita. Masih leka dengan telefon pintar kita... di zaman ni ! Kan ? Bila anak anak buat perangai , kita bentak.. kita marah ! Walhal ketika itu kita sedang bercuti bersama sama mereka... tapi hakikatnya kita 'tidak bersama mereka' ! .
Maka, baru-baru ni.. aku bawa sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Aku nak luangkan masa bersama anak-anak terutama Qhaliff dan Zahra. Aku sedar aku akan 'kehilangan' kemanjaan mereka tidak lama lagi. Dan aku nak 'tinggalkan' kenangan indah buat mereka..
" Qhaliff nak petik strawberi..".
" Ara pun nak petik strawberi dengan daddy..dengan abang..".
Sehingga sekarang , bila dia nampak buah strawberi di pasaraya , dia akan cakap mengenai aktiviti dia di ladang strawberi.
" Hari kan Qhaliff ngan Ara petik strawberi ni kan ? Best ! " . Katanya.
" Nak pergi lagi ke ? ". Tanya aku
" Naakkkkkk.. Best ! ". Jawabnya pantas.
Mampu lemparkan senyuman. Bukan saja dia happy malah aku sendiri pon happy di sana. Tapi tak semestinya kena gi bercuti baru dapat luangkan masa bersama. Di rumah sendiri pun kita dapat abiskan masa kualiti bersama anak anak. Tolak semua gajet ke tepi. Keluarkan mainan dan bermain bersama sama atau buat sesuatu yang memberikan dia kenangan... seperti tabung duit !
Inilah saat saat indah mereka bersama kami.. Mereka senantiasa bercerita mengenainya pada rakan-rakan sekolah.. pada guru mereka. Dan pantang ada cuti , mereka ajak pergi jalan jalan. Seronok abiskan masa bersama.
Dan kita , sila simpan semua gajet ! Terima kasih Kao kerana menganjurkan My Modern Parenthood. Tak sia sia gi sana ari tu.