Pertama kali aku tertonton video dia... aku tersenyum. Sapa la yang gi viralkan video awek ni eh ? Confirm jadi bahan parody nanti... Dan , yearghh.. ramai dah buat parodi dan automatik awek cendol ni meletopps! Bukan meletops jer.. siap dapat job di media sosial lagi ! Hahahaa.. LHDN jangan lupa pm dia nanti yer.
Bila baca komen komen.. fuh , dasat. Mencaci maki kaw kaw punya ! Seolah olah dia tu seharum mawar merah.. tak pernah buat dosa. Malah ada yang bukak cerita lama awek tu.. Adeh ! Ni la hasil viral masa kini. Baik buruk semua menjelma sekali gus ! Boleh bikin stress. Melainkan jika kita tak baca komen komen tu.. buat bodoh... ok la. Teruskan kehidupan..
Viral di media sosial memberikan pulangan yang lumayan. Cuma kalau boleh... bila dah viral tu , kena hati hati la. Posting selepas itu akan menjadi saham kita di akhirat kelak. Ramai pengikut akan follow. Jika posting kita positif , maka ianya bagus untuk kita. Jika sekadar mengejar keuntungan di dunia.. hurm.. boleh fikir sendiri.
Dan.. buat mereka yang gemar meninggalkan komen di media sosial... hati-hatilah.. Nak nasihat tu boleh jer... tapi tak perlu dengan caci maki. Rileks sudah... Yang penting , bahagian kita dah lepas.
#akunakwatmanjagakla...nakmintakrojak