Tergaru garu kat celah kaki aku. Makin digaru makin menjadi kesedapnya. Tau tau luka ! Aduhhh.. sebelum luka , dia mengelembung cam baru lepas digigit semut api ! Pelik laa.. apa kes ni ? Rupa rupanya , bukan aku sorang jer ! Geng yang gi redah hutan kat Raub ari tu , turut sama 'menikmati' kegatalan cam aku kena gak !
Punca ? Pacat ari tu laaa ! Adussss... Memang kena tempat dia gigit tu ! Tapi kan dah kering ? Apakah gigitan pacat ni mengandungi bisa ? Apakah ??? Aku pun menyiasat dengan mengoogle je.. hehe.. google je la nak oiiii !
Mengerikan ! Hahaha.. Lain kali , nak masuk hutan , sila sediakan peralatan sepatutnya untuk redah hutan. Jangan suka suka pakai sandal cam tu haaaa.. Kan dah kena dah ! Baru ada akai ! Bila teringat balik , eh... tak pe la... korang je la masuk. Aku tunggu kat sini sambil kira berapa ekor pacat lalu lalang kat sini.. Hahahaa..
Ada banyak petua sebenarnya kalau nak elakkan pacat ni gigit kita bila masuk ke hutan. Kalau rajin google , korang akan baca macam macam petua. Antaranya guna Ridsect.. sembur kat kasut atau stokin. Tak pun guna perfume.. katanya laa ..
Kalau dah kena gigit dek pacat , jangan tarik terus. Biarkan dia kenyang dan jatuh sendiri. Atau ada yang kata guna abu rokok dan sebagainya. Macam macam petua ada.. Tapi macam aku dan kawan kawan yang masuk , tangan kosong atau sekadar dengan batang selfie tu.. acaner ? Main tarik je laaa kan ? Haaa...
Punca jadi gatal tu disebabkan main tarik tu laa. Dikatakan taring atau gigi palsu dia tertanggal lalu berada di tempat dia gigit tu ! Haaa... Sebab tu gatal tu makan berminggu lamanya ! Berminggu lamanya yer ! Haaaa... Kalau digaru , makin menjadi malah boleh jadi teruk. Maka dapatkan ubat yang sesuai yer samada di farmasi atau gi klinik jer. Ada yang kata buh je minyak cap kapak.. atau kapakkan je kaki tu ! Hahahaha.. Jangan woiii ! Jangan dikapakkan kaki tersebut. Buh minyak jer.
Cara betul untuk alih pacat yang sedang gigit kaki anda
- Pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.
- Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.
- Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.
- Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.
- Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.
- Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Jika terpaksa, gunakan objek keras.
Kena pacat tu , biasa je la. Tapi perlu ada ilmu untuk 'gugurkan' pacat tu... atau akan menderita berminggu lamanya.. seperti aku dan 'mereka' itu ! Heheheeee... Secara tak sengaja kan... aku pakai losyen Cetaphil yang aku dapat ketika review produk ni satu tika dulu.. Sebab aku pakai , gatalnya tak tertahan. Teringat aku pernah gatal dek kena gigit dan pakai lotion ni , gatal aku tu hilang.
Yer... semua bengkak tu surut , tak sampai beberapa jam ! Woww.. aku baru perasan sebenarnya. Terus aku kemaskini blog aku ni. Korang yang kena gigit dan tak hilang gatal tu , boleh cuba.. kalau tak hilang gak , sila jumpa pakar pacat !
Yer... semua bengkak tu surut , tak sampai beberapa jam ! Woww.. aku baru perasan sebenarnya. Terus aku kemaskini blog aku ni. Korang yang kena gigit dan tak hilang gatal tu , boleh cuba.. kalau tak hilang gak , sila jumpa pakar pacat !