Melancong ke Pulau Pinang , memang menyeronokkan. Syurga makanan dan juga banyak tempat bersejarah boleh dilawati. Kaki bergambar , mesti suka punya. Banyak bangunan bersejarah , kedai makan yang unik, taman negara paling kecil di dunia dan banyak lagi !
Masalah utama bila nak bergerak di Pulau Pinang ini ialah kesesakkan lalu lintas. Bila cuti umum , memang padatlah Pulau Pinang. Menyumpah seranah memasing ! Hahaha.. kan kan ? Aku tau. Sebab tu aku malas nak balik kampung bila cuti panjang !
Dan baru-baru ni, baru aku tau cara mudah nak melancong di Pulau Pinang ni ! Dalam sehari jer , boleh ke semua tempat tempat menarik terutama di pusat bandar ! Haaa , guna je Hop On Hop Off jer ! Sama macam di Kuala Lumpur , HOHO ni berhenti di tempat tempat pelancongan yang terkenal. Kekerapan bas pun antara 20-30 minit jer. Tak perlu tunggu lama !
Korang boleh naik turun di mana mana saja hentian HOHO ni dalam masa sehari. Berbaloi gitu ! Tak perlu nak pening kepala cari parking dan redah jammed ! Atau tercari cari tempat menarik untuk dilawati. Tanya je Tour Assistant yang ada di dalam bas ni. Dia sedia membantu dengan senyuman terukir di bibir ! Heheeee..
Ada beberapa pakej menarik yang disediakan oleh Hop On Hop Off ni. Korang boleh buat tempahan secara online mahupun beli terus ketika di Pulau Pinang. Maklumat lanjut , korang boleh baca di web Penang Hop On Hop Off ni.