Setiap pagi , selepas subuh... tugas pertama aku ialah mandikan anak-anak. Seorang demi seorang aku dukung dari bilik tidur ke tingkat atas.. Tingkat atas je ada water heater. Ditambah lagi sekarang ni 'musim sejuk' melanda... masing masing pasti melompat kalau mandi air suam. Sejuuuk woiii !
" Daddy , nak sabun.. " . Pinta Zahra. Aku tau dah... dia pasti nak guna sabun Tea Tree Oil dari Cosmoderm ni. Sabun ni diorang suka sebab tak melekit bila dah dibilas. Qhaliff dan Aariz pon aku gunakan sabun ni. Satu keluarga guna.. senang gitu !
Qhaliff , kalau aku biarkan.. boleh abis sebotol dia balun main sabun. Suka sungguh dia guna sabun ni. Sebelum ni aku ada guna sabun mandian khas untuk kanak-kanak tapi dia tak beberapa gemar. Begitu gak ngan Zahra. Aku sabun rambut dia pon guna ni jer. Senang.
Tea Tree Oil Shower Gel
Selain mudah dibilas, aku senang dengan baunya. Tak begitu menusuk sangat hidung aku. Terlalu wangi pon tak bagus untuk badan sebenarnya. Sebab tu kena baca kandungan terlebih dahulu sebelum membeli apa apa sabun mandi.
" Bahan kimia yang terkandung dalam wangian boleh menyebabkan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, keguguran, penyakit sistem saraf seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain. Ia juga boleh memberi kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan kulit sama ada secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).
Kesan keracunan akut biasanya disebabkan alahan seseorang terhadap kimia wangian tertentu, ada individu yang sangat sensitif dan menunjukkan tanda alahan walaupun terdedah dengan bau atau sapuan kecil. Terdapat juga individu yang tidak menunjukkan sebarang tanda keracunan akut walaupun terdedah pada dos yang tinggi. Keracunan kronik adalah disebabkan penggunaan yang berulang pada tempoh yang lama dan tanpa disedari sehinggalah muncul tanda keracunan.Produk yang memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan adalah seperti penyegar udara, semburan wangian badan dan rambut, pengilat kuku dan pelarutnya serta lain-lain. Semburan, wap atau gas bahan kimia ini akan memasuki saluran pernafasan dan memberi kesan kepada bahagian hidung, tekak, paru-paru dan seterusnya ke bahagian anggota badan lain melalui sistem peredaran darah.
Produk yang terlibat melalui sentuhan kulit pula ialah sabun, syampu, krim, pencukur, peluntur pakaian, barangan kosmetik, detergen, pelembut pakaian dan lain-lain. Bahan kimia ini boleh menjerap ke dalam lapisan kulit dan memasuki aliran darah seterusnya memberi kesan ke bahagian lain anggota badan " - PSN USM
Dan aku yang kembali aktif bergym dan bersenam terutamanya di sebelah malam memang akan sangat berpeluh. Pastu kena mandi bersih bersih. Kalau tak , hurmmm.. mulalah badan naik jerawat! Tu sebab aku yang dah biasa guna produk Cosmoderm bermula dari muka hingga ke kaki , kena pastikan cukup stok di dalam setiap bilik mandi ! Hee.. ada 3 bilik air di rumah aku. Tetamu datang pun , guna sabun Tea Tree Oil Shower Gel. Dan pastu akan tanya.. ada stok tak ? Heeee..
Harga tu paling penting. Heee.. Buat masa sekarang , kalau beli secara online di web Cosmoderm , ada harga promosi. Dan boleh dikatakan selalu la gak mereka buat promosi. Harga yang sangat berpatutan. Kena rajin follow Facebook Cosmoderm supaya tak terlepas promosi terkini mereka. Instagram Cosmoderm jugak aktif... selalu ada testimoni dari mereka yang pernah guna. Maknanya bukan fake punya testimoni la..
Ok... aku nak mandi... heheee.. baru lepas workout. Kasi kering dulu badan.. mandi ! Baru segar kembali. Pastu nak g shopping ! Nak ikut ? Heeee.. Nak cari Watson atau Wellness ! Cari pencuci muka Tea Tree Oil. Dah abis lak ! Heeee..
Di Alamanda...
Di Alamanda...
Set Travel ada dijual di Wellness , Putrajaya
Tunggu apa lagi ? Gi la beli !