Nak tau kita dalam keadaan stress atau tidak , cuba bayangkan pejabat tempat kita bekerja , bos.. rakan sepejabat. Apakah kita tersenyum atau terus kepala jadi berat ? Hurmm... Kalau gitu, apakah tindakan kita ? Layankan jer ? Berenti kerja ? Cari kerja lain atau bomohkan je bos tu ?
Cam aku... aku berenti je la kerja. Satu tindakan bodoh , pon ye gak. Tapi itulah tindakan yang terbaik buat aku yang dah berkali kali amik MC sebab stress ! Kesannya.. aku dapat penyakit tekanan darah tinggi level hypertension ! Giler !!!! Setiap minggu , mesti akan ada MC !
Kenapa aku jadi stress gitu ? Banyak faktor.. tekanan kerja , perangai rakan sepejabat , pakaian staff perempuan yang menjolok mata , boss yang takda intergriti dan faktor faktor persekitaran. Dan selepas aku berenti kerja , segala stress hilang. Stress nak cari kerja baru lak. Hahahaha..
Bebas !! Satu perasaan yang tak boleh nak diceritakan... tapi sangat bebas !
Ada beberapa orang kenalan aku yang bekerja di sektor awam... jumpa pakar kaunseling untuk mendapatkan khidmat nasihat setelah mengalami stress di tempat kerja ! Bukan sebab beban kerja tapi sebab perangai pegawai atasan yang.. hurmmm. Dan juga arahan arahan yang diluar bidang tugas juga membuatkan mereka rasa tertekan ! Atas nasihat , tukar tempat kerja. Lega.
Aku dulu... banyak kali terfikir. Sampai bila aku nak bangun pagi dan pulang petang ! Sabtu Ahad je cuti atau cuti umum. Pastu kerja sampai lewat malam. Aduh... stress ! Gaji besar pon tak guna gak kalau takda life ! Terasa nikmatnya bila ada cuti tapi waktu tu .. nak travel mahal woiii !
Ditambah pulak sekarang ni , di Malaysia.. macam macam perkara ajaib sering berlaku, maka fikir fikirkanlah masa depan kita sama..