Adalah satu kelebihan bagi satu satu rumahtangga jika suaminya pandai memasak .. tetapi ada juga isteri tidak mahu tanggungjawab memasak itu dipikul oleh suaminya . Cukuplah sekadar membantu dari segi mengemas dan membersihkan rumah dan biarlah tugas memasak itu miliknya sahaja..
Adakalanya betul kenyataan ini . Bagi aku tak salah suami pandai memasak tapi yang dirisaukan ialah isteri yang sanggup mengambil kesempatan diatas kelebihan suaminya tu . Ada satu kes dimana anaknya hanya nak makan masakan bapak dia je... dia kata mak dia masak tak sedap .. Nak tak nak , tunggu bapak dia balik masak la baru nak makan malam ..
Tapi tak dinafikan .. lelaki masak lebih sedap dari perempuan masak.. kan kan
BA : Suami belum tunjuk skill menjahit langsir lagi.. kalau tak , setiap tahun tukar langsir..