Korang mesti pernah dengar cerita pasal Volkwagen kuning .. Kereta yang dikatakan tiada pemandu tapi bergerak di tengah tengah lebuh raya sewaktu tengah malam ... ramai dah terjumpa dengan kereta tu .. terus demam weh .. perghh ...
Tapi sapa sangka , sebenarnya kereta tu ada kembarnya .. Sedang aku selongkar cerita cerita mistik dari luar negara .. aku terjumpa satu cerita ni yang dikatakan bercakap dengan pemiliknya !! Malah bergerak sendiri tanpa mengira waktu ! Aku terus mengodek nya .. akhirnya aku jumpa maklumat serta gambar kereta yang dikatakan kembar kepada volkwagen kuning tu !!!
Kat umah mak aku ni ada 2 orang cucu dia .. anak buah aku la ... sorang dah 2 tahun sorang lagi dah berapa bulan dah ... hehe.. terlupa laaaaa ... Ya Allah ... hingar bingar.. sorang nangis ..sorang lagi suh dukung .. dukung yang ni , yang tu teriak .. dukung yang tu , yang ni teriak ... Bila yang besar teriak , mak dia babap dia .. teriak .. bila teriak , aku lak naik hangin .. marah mak dia ... sampai bila tak abis .. Bawak keluar , yang kecik lak nanesss.. adoi.. aku rasa cam nak idupkan kunci kereta jer .. terus balik Putrajaya ...
Tapi berkat kesabaran dan kebijaksanaan aku serta pengalaman menguruskan budak budak ni , aku amik keputusan ni.. bagi je kat mak aku .. hahaha..terus settle ... sian mak aku .. ingatkan sabtu ahad leh rehat .. kena jaga budak budak ni .. tu baru anak buah aku tu.. kalau anak aku ? Anak abang aku lagi ? adik laki aku lagi ?? Kalau semua disatukan ? Rumah kecik ni bisa hancurrrrr !!!
Kalau dulu dulu..rumah kampung , boleh la budak budak ni lari di kawasan rumah .. skang ? Nak lari depan rumah ? Kereta bang .. samada kena langgar atau kena culik ..bahaya weh.. Nak tak nak , main je la dalam rumah ... sian budak budak skang ni kan ... nak main apa dah ? Playstation ? Bila otak dok ingat main jer , mak bapak marah .. padahal dah diajar kecik kecik.. bahagikan masa ? Alaaaa ..org tua pon tak reti bahagi masa .. ni kan pulak budak budak !! betul tak ?
Dalam minggu lepas , ada dua kes yang berlaku pada kawan aku ... tapi aku tak perlulah bagitau sapa kan .. kang tak pasal pasal ada fans club lak ... Kes pertama melibatkan FACEBOOK .. gambarnya disalah guna oleh unta padang pasir mana tah .. kemudian dia pon 'mengatal' dengan id palsunya tu .. haaaa... camana tu ? Mau tensen aku tengok kawan tu .. sian dia .. skang aku tak tau la kesnya camana ..
Kes kedua ... Blogshop .. erm... disebabkan nila setitik , tak pasal pasal semua blogshop kena register bawah SSM .. kena ada lesen dah skang .. Ada kawan aku cerita bagaimana , partner menipu duit orang .. amik duit sedap .. tapi barang takde ? Lagi satu .. bila takde barang , dia pos design lain .. lain mintak lain dapat .. alasan , tiada stok .. boleh ke gitu ? Ermm... Ada blogshop boleh dipercayaia 100% .. malah wife aku sendiri pernah membuat tempahan melalui blog .. ok .. alhamdulillah .. barang diterima ok jer ..
Tu dua kes yang berlaku dalam minggu ni ... Semoga korang dapat jadikan pengajaran di masa akan datang .. hehe..
Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian?
Jawapan Dr MAZA: Saudara, semoga kita semua menyambut kedatangan Ramadan kali ini dengan ibadah yang diterima Allah. Semoga jiwa kita semua penuh keikhlasan dan kasih-sayang sesama muslim. Malang sekali, fanatik atau taksub telah melahirkan penceramah-penceramah yang ‘terbabas’ sehingga berbicara apa sahaja yang dia suka tanpa menyemak terlebih nas-nas yang sabit. Untuk soalan saudara saya sentuh beberapa perkara berikut;
1. Sebenarnya, solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha:
“Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan ‘Umar r.a yang memulakannya. Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan atau zaman pensyariatan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan, namun berhenti bimbangkan Allah fardukan kepada umat sedangkan umat ini mungkin ada yang tidak sanggup.
Maka dari hadis ini, solat tarawih berjemaah adalah sunnah yang jelas. Mereka selama tiga hari telah solat di belakang baginda. Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat kebimbangan itu tiada lagi. Wahyu sudah terputus. ‘Umar pun menghidupkannya kembali. Pada zaman Abu Bakr, terlalu singkat masanya, dan mungkin beliau tidak berkesempatan menguruskan hal tersebut disebabkan berbagai kesibukan seperti kes murtad dan seumpamanya, atau beliau tidak melihat keperluan untuk itu.
2. Justeru itu al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) dalam karyanya al-I’tisam mengulas hadis ini dengan berkata:
“Renungilah hadis ini. Ia menunjukkan kedudukan solat tarawih adalah sunat. Sesungguhnya solat baginda pada peringkat awal menjadi dalil menunjukkan kesahihan menunaikannya di masjid secara berjamaah pada bulan Ramadan. Baginda tidak keluar selepas itu adalah kerana bimbang difardukan. Tidak menunjukkan ia dilarang secara mutlak. Ini kerana zaman baginda ialah zaman wahyu dan tasyri’ (perundangan)..” (m.s 147, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Adapun berhubung dengan perkataan Saidina ‘Umar yang menyebut solat tarawih pada zamannya “sebaik-baik bid’ah hal ini”, al-Imam al-Syatibi mengulas:
“Dia menamakannya bid’ah hanya disebabkan pada zahirnya setelah mana RasululLah s.a.w meninggalkannya. Sepakat pula ia tidak berlaku pada zaman Abu Bakr r.a. Bukannya bid’ah pada makna (syarak). Sesiapa yang menamakan bid’ah disebabkan hal ini (muncul semula), maka tiada perlu perbalahan dalam meletakkan nama (istilah). Justeru itu tidak boleh berdalil dengannya untuk menunjukkan keharusan membuat bid’ah” (m.s 147-148).
Maksudnya bid’ah yang disebut oleh Saidina ‘Umar adalah disudut baru muncul semula setelah Nabi s.a.w tinggalkan, maka ia dari segi bahasa boleh dinamakan bid’ah. Bukan bererti keharusan membuat bid’ah yang dilarang syarak.
3. Berdasarkan riwayat yang sahih dalam al-Muwata karya al-Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar perintah dilaksanakan adalah sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid:
“Umar telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik).
Maka dengan itu riwayat al-Baihaqi melalui Yazid bin Khasifah daripada al-Saib bin Yazid yang menyebut bilangan yang ‘Umar perintahkan sebanyak dua puluh rakaat adalah bercanggah dengan riwayat sebelas rakaat yang sahih tadi. Sedangkan dari segi kekuatan riwayat, riwayat sebelas rakaat itu lebih kuat, maka riwayat dua puluh dianggap shaz (ganjil) kerana menyanggahi rawi yang lebih kuat.
Justeru, riwayat dua puluh dihukum daif oleh sesetengah ahli hadis. Sebahagian pula menerima riwayat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan sebelas rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan dua puluh. Apapun, hadis al-Imam Malik tadi yang menyebut sebelas rakaat menafikan dakwaan yang menyatakan sesiapa yang solat tarawih beserta witir sebelas rakaat tidak sah. Itu adalah dakwaan yang melampau dan zalim.
4. Sebenarnya, para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau:
“Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini juga menunjuk perbuatan mencela solat tarawih sebelas rakaat adalah menyanggahi sunat Nabi s.a.w. Bahkan ramai ulama hadis yang mengutamakan bilangan sebelas rakaat ini sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w.
5. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah. Lajnah Tetap dan Kajian Ilmiah serta Fatwa, Arab Saudi sendiri ketika mengulas hal menyebut:
“Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: “Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).
6. Adapun dakwaan bahawa sesiapa yang tidak berselawat semasa solat tarawih sesat maka itu adalah dakwaan yang melampau. Apakah beliau ingin menyatakan seluruh dunia Islam yang sebahagian besarnya tidak berselawat, termasuk Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi itu sesat?!
Selawat beramai-ramai semasa solat tarawih itu tidak dilakukan di zaman Saidina Umar, juga khalifah al-Rasyidin yang lain. Jika pada zaman Saidina Umar dan Saidina Uthman mereka bersalawat dan menyebut nama khalifah-khalifah selepas Nabi s.a.w seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak di negara ini, tentulah para sahabat tidak tertanya-tanya lagi siapakah bakal mengganti kedua khalifah tersebut selepas kewafatan mereka. Tentu tiada perbincangan lagi dalam menentukan para khalifah semasa zaman sahabah. Ini menunjukkan hal ini tidak dilakukan oleh para sahabah. Mencontohi Nabi s.a.w dan para sahabah dalam ibadah adalah paling baik dan selamat.
7. Di sana ada riwayat yang sahih
“bahawa Nabi s.a.w berwitir dengan membaca Surah al-A’la, al-Kafirun dan al-Ikhlas. Baginda menyebut selepas member salam Subhana al-Malik al-Quddus sebanyak tiga kali dengan memanjang dan mengangkat suara baginda” (Riwayat al-Nasai, Abu Daud dan Ahmad).
Maka, jika kita mencontohi perbuatan tersebut, ia merupakan sunnah.
sumber : DRMAZA.COM
Korang percaya tak ? Kalau korang tanya aku la .. setelah aku lihat video tu .. eheheh .. aku rela tengok Pontianak Maya Karin ... lagi real .. Mengikut orang yang mengepos video ni , katanya betul .. dia rekod .. aku rasa la kan .. kalau orang yang nampak betul betul pontianak ni , sah sah dah lari ala ala si Bolt tu ... tak de makna dia nak tunggu situ .. lagi satu .. kalau benar dia rekod , mana penghujung rakaman tu ? takkan takat dia naik atas pastu turun balik ? ke ulang tayang tu ? adoi..
Pendapat aku .. aku tak percaya dengan rakaman ni .. saja dibuat oleh budak budak nakal .. orang kita ni , giler ngan mistik .. pantang dengar hantu jer , zasss ...mencari terus dalam internet .. Tu baru hantu .. belum yang 'hantu bogel' dan 'hantu isap dadah' .. penuh beb ..
Ops .. nak tengok video tu ke ? G la nilai sendiri ek > Pontianak jibam jibam
Kalau betul la nak tengok pontianak .. senang jer ..kat lorong lorong hitam tu berlambak ... duduk dengan mekap tebal .. " marilah bang.. murah jeee " ... p la cari ... sah sah kena 'gigitan manja' .. hahahaha ...
Masalah ! Masalah ! Masalah ! Pasti akan timbul bila si dia mula memeriksa dompet anda .. Apakah masalah itu ? hahahaha.. cuba tanya pada mereka yang pernah diperiksa ? hehe.. Si dia yang memeriksa tu bukanlah nak amik duit .. Kalau amik tu , kes lain.. tak nak dibincangkan pada entri ini .. hehe...
Apa yang si dia cari dalam dompet suaminya tu ?? Tak cari apa apa pun .. cuma nak pastikan dompet suaminya senantiasa berisi dengan duit .. kadang kadang lelaki ni ego nak 'pinjam' atau mintak duit dari isterinya .. Bukan takde duit tapi ada jenis suami yang mintak si isteri uruskan perbelanjaan mereka seperti aku .. hehe..
Aku antara mereka yang tak reti nak berjimat cermat .. aku bukannya kaki joli cuma masalah aku ni , suka belanja kawan .. entah ler .. cuma aku berpendapat , rezeki yang aku ada tu , apa salahnya berkongsi .. mungki hari ni , rezeki aku lebih , maka aku bersedekah .. sapa tau esok lusa aku tak berkemampuan , maka senyum jelah aku boleh hulurkan ..
Ada lelaki pantang isterinya membuka dompetnya .. katanya mencabul hak asasi si suami .. hehe.. aku tiada komen bab tu .. hehe.. cuma mengikut pengalaman aku la .. ada sesuatu yang dirahsiakan kot ? kalau tak , takkan beria dia nak pertahankan hak dia tu ? hehe.. psst.. percaya mmg percaya ..tapi perlu waspada ... hati manusia.. sapa tau kan ?
"eelobor said...
-
aku tak tahu mcm mana bro bagi masa dalam sehari. mana masa utk tgk movie, baca buku, tgk berita, kuar gi pasaraya, tp entri terkini selalu ader. pening den.... "
Toksah pening bro ... laptop adalah kembar aku .. senantiasa tersimpan rapi di dalam beg sandang aku .. selain dari laptop , ada kamera .. bila dalam kereta , senantiasa aku letakkan di luar .. mana la tau kan ..ada sesuatu yang menarik di depan mata ..
Cara aku mudah .. aku ikut stlye BERITA TEKINI TV3 .. sejam sekali dia ada update .. walaupun cuma 5 minit dan ringkas , yg penting , maklumat sampai.. Aku malas nak bercerita panjang .. bagi aku , pembaca faham dah.. masa yang lebih tu , dia boleh ke blog lain .. jadi adil la kan ? Aku tak nak mereka terlalu menghabiskan masa di blog aku .. cukup sekadar 2-3 entri yang ringkas di bacanya kemudian ke blog lain .. Adil dan saksama kan ? hehehe ..
Berkaitan dengan isi entri .. Apa saja yang aku nampak , aku rasa , aku dengar ...pastikan dari mana sumber dan kesahihannya , barulah aku buat entri .. jika perlu ada bukti , aku sertakan .. bermakna ... aku cuba membawakan info info segar dari ladang ! .. hehe ..
Masa ? Kalau ada lelaki boleh curi masa untuk merokok , aku pon begitu jugak .. di mana mana , jika ada tempat letak laptop , aku akan bukak dan terus update.. apa yang aku nampak sebelum dan waktu tu , adalah bahan aku .. ;) .. Tgk tv ? laptop terpasang bila aku kat rumah .. bila iklan .. terus aku update 'perasaan' aku tu .. hehe..
Adakah ini menjawab kepeningan wahai en.eelobor ?? hahahaha... sbb tu aku suka berblog ... bukan sekadar $$ tapi minat untuk berkongsi cerita dan pendapat ..
Sepatah dua kata dari EELOBOR , " Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga tak sempurna. Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tak pernah jujur. Kita tak perlu mencari seseorang insan yang sempurna untuk menjadi TEMAN, Cukuplah mempunyai seorang TEMAN yang menjadikan kita cukup sempurna bila bersamanya..."
Nak berkenalan dengan dia ? hahahah ... blog cool ... dan rajin mengomen di blog aku .. walaupun aku tak rajin balas , tapi dia tau aku membaca dan tersengih .. hahaha..thanks bro ! Good luck to u !! dan terima kasih juga buat semua pengomen setia blog ini .. tidak membalas bukan bererti tidak membaca .. Yang penting , kita semua terhibur di samping mendapat manfaat ..
Terima kasih sekali lagi .. jom jengok blognya >> eelobor
Bayangkan tiba tiba pelakon yang kita suka , boleh bercinta dengan kita ??? Sapa tak giler jap weh .. Kalau di malaysia ni .. dulu.. aku penah giler la kat sorang ni .. huhuh... siap lukis potret dia weh... eh.. silap.. bukan dia sorang .. ada dua .. tapi sama jenis .. hehehe.. nak tau ke ??? Sofea Jane dan Julia Rais .. wow weee... hehehe
Google la sendiri ek tgk sapa diorng ni .. hehehe..
Cerita dewasa malam malam ni .. huhu .. Layan Public Enemies .. huhu... Menarik giler .. Ari ni je aku rasa dah 3 kali dia ulang kat Astro.. semua aku terlepas .. skang ni jer baru sempat layan .. Mmg panas cerita neh ... Dari mula sampai abis ... non stop action .. Hehe.. Cerita lakonan Johny Deep dan Christian Bale ..
Kalau korang kaki movie tembak tembak ... mmg menarik cerita ni .. tak tengok , mmg tak rugi pon ..tapi kalau tengok , hati terhibur ar bila si perompak ni permainkan agen agen persekutuan .. huhuuh..