Berdasarkan maklumat dari majalah RAPI ( AUG/2010 ) .. taip balik ni.. bukan copy paste yer...
- Kurangkan masa menonton tv sebaliknya habiskan masa terluang anda dengan membaca buku berunsur ilmiah dan keagamaan.
- Pelihara mata anda daripada memadang gambar gambar yang kurang sopan samada di dalam majalah , katalog , tv dan sebagainya
- Gantikan minat anda ke panggung wayang kepada menziarahi masjid untuk menunaikan ibadat wajib dan sunat
- Jangan makan menurut nafsu khususnya saat berbuka. Makanlah sekadar yang memadai dan berhentilah sebelum kenyang
- Kurangkan pengambilan kopi , teh dan minuman berkarbonat
- Jika anda seorang perokok , mula kurangkan pengambilannya di bulan ini untuk membantuk anda berhenti sepenuhnya
- jika anda pengemar muzik , nikmatilah alunan ayat suci al-Quran sebagai ganti sepanjang bulan ini .
- Isi masa lapang anda dengan bermain permainan yang menjana minda seperti teka silang kata atau permainan abjad dan bukannya bermain kad atau snooker
- Kurangkan berbual perkara yang tidak penting malah bulan Ramadhan ini juga mampu dijadikan bulan untuk anda mempertingkatkan prestasi kerja anda
- Jika anda seorang usahawan , cubalah untuk kurangkan aktiviti pemasaran yang melibatkan kerja di luar kawasan. Gunakan masa ini sebagai masa untuk meluangkan masa bersama keluarga seterusnya mendekatkan diri dengan Allah dan juga masyarakat sekeliling .
- Carilah ketenangan dengan tidur awal dan bangun di tengah malam untuk menunaikan solat tahajjud dan bukannya masih tertekan memikirkan kerja pejabat yg anda bawa balik ke rumah .
- Elakkan membazir dengan membeli barangan yang tidak perlu sebaliknya gunakanlah rezeki lebih yang anda ada untuk menderma kepada mereka yang memerlukan .